Sebelum ini ramai orang request aku SCRUT Founder Misi ni. Aku mula-mula macam malas sebab aku rasa dia tu merepek je. Masa tu dia buat business collect dana/derma/sedekah dengan platform macam GoFundMe atau yang sewaktu dengannya.
Platform Collect Derma
Kononnya, lebih berintegriti. Ramai yang terpercaya dengan platform tersebut kononnya telus. Dia record dan tunjukkan duit derma yang masuk, duit derma yang dibawa keluar. Persoalan aku mudah je..
1. Siapa yang betul-betul semak duit masuk tersebut?
2. Bank account dia control.
3. Platform dia yang control.
Jadi sesiapa pun boleh buat. Lebai Bit boleh buat, Lebai Tido boleh, Siti Bainun boleh, Syed Azmi pun boleh. Betul tak?
Kemudian, kononnya duit keluar juga ditunjukkan secara terbuka di dalam sistemnya. Persoalannya adalah..
1. Siapa yang check setiap claim itu benar?
2. Adakah benar setiap transaksi itu berlaku?
3. Siapa yang sahkan setiap transaksi tersebut?
Maka aku simpulkan platform tersebut juga tidak lari daripada masalah ketelusan dan ketirisan. Unless dia berani buat open audit, tunjuk bank statement, MA, dan ready untuk berikan segala resit-resit untuk disemak semula.
Anti Vaksin
Founder Misi ini bukanlah seorang saintis atau ahli perubatan. Tetapi dia pernah terlibat dengan aktiviti menghalang masyarakat mendapatkan rawatan di hospital kononnya tidak percaya dengan keputusan pakar perubatan. Ironinya, dia mengutip derma untuk membeli ubat daripada mazhab perubatan moden juga.
Maka, dari sudut prinsip aku lihat dia ini sekadar syok sendiri. Dia tidak berdiri di atas landasan ilmu. Sama macam para antivaksin, doula, flat earth society dan kumpulan al-Mahdi. Asal ada masyuk, dia jalan.
Collect Derma
Business collect derma ni bukanlah susah mana. Ramai je orang buat pakai NGO dan Yayasan. Rafizi je guna syarikat. Founder Misi ikut jejak langkah Rafizi barangkali, guna syarikat untuk collect derma. Nanti duit yang masuk nak declare apa dalam audit? Sales? revenue?
Guna duit derma orang ramai untuk berniaga ni bukan sesuatu yang baik dan membanggakan pun. Biasanya ia akan gagal dan tukang kutip je untung apabila projek diisytihar gagal. Tanggungjawab takda sebab ia bermula dengan derma.
Ingat tak page Si Rashid pernah collect duit untuk program-program wakaf dan business Sham Itik tu. Tengok apa jadi program tersebut. Dia rilex je lepas tangan. Dia takda kerja apa. Masih hidup seperti biasa, sebab bini dia cikgu sekolah yang senang buat personal loan.
Pengalaman Berniaga
Founder Misi ini jika ditelusuri perniagaan yang dia buat selama ini adalah menjual tshirt. Selain itu, yang aku perasan dia ada buka kedai tomyam.
Dengan menggunakan SCRUT ANALytica, aku menemui 3 entiti yang dimiliki oleh Founder Misi. Korang boleh sahkan fakta aku dengan membeli laporan di Interepo (www.interepo.com) atau di SSM (https://mydata-ssm.my/).
1. Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd didaftarkan pada 28/10/2020 dengan paid up sebanyak RM2,000. Ia dimilik sepenuhnya oleh Founder Misi dan isterinya yang merupakan warga negara Thailand.
Berdasarkan rekod daripada SSM, tahun 2021 revenue syarikat ini sebanyak RM1.6 juta. Syarikat ini rugi. Syarikat ini juga yang menjadi pemilik platform kutipan derma Misi.
2. Misi Kita Sdn. Bhd didaftar pada 21/9/2021. Ia sebuah syarikat baru dengan modal berbayar sebanyak RM2,500.
Masih belum diaudit. Juga milik sepenuhnya Founder Misi dan isteri. Mungkin syarikat ini akan digunakan untuk vehicle business dia nanti.
3. Yayasan Misi Rakyat pula baru sahaja didaftarkan pada 2/5/2023.
Pun juga dimiliki oleh pasangan tersebut. Mungkin dia nak guna Yayasan di bawah SSM ini untuk raise fund selepas ini.
Daripada dapatan ini, dapatlah aku mengesahkan yang Founder Misi ini baru sahaja mula berniaga secara proper. Tiada 1 syarikat pun yang berusia lebih 5 tahun dengan audited report. Modal perniagaannya juga tidak besar. Tiada juga rekod kejayaan yang gemilang dalam menguruskan perniagaan.
Amat jelaslah keupayaan berniaga dan keusahawanan Founder Misi ini masih meragukan.
Projek Misi
Selain platform collect derma, Misi juga ada platform rider yang aku percaya masih sendu. Aku difahamkan kononnya platform dia bina itu boleh self sustain, tetapi aku difahamkan dia terpaksa kutip derma untuk sustain system-nya kerana gagal mengawal resource server.
Ini bukti yang Founder Misi hanyalah insan yang syok sendiri. Bila tersontot, kutip derma. Dia buat apps tersebut pakai no code app builder, Bubble, kalau tak silap. Orang dalam industri IT tahu bahawa no code app builder ni ada limitation especially license yang mahal dan resource scalability yang sukar dikawal. Itu sebab dia tersontot tempoh hari.
Projek Misi Rider ini berjaya ke tak? Grab yang dah well established pun masih macam-macam isu. Aku tak dapat bayangkan Misi Rider ni boleh pergi jauh. Lihat saja macam-macam applikasi rider yang pernah wujud sebelum ini. Di mana mereka?
Aku cadangkan kepada Founder Misi, fokus dulu Misi Rider ni sampai berjaya. Kasi ada track record yang baik baru boleh sembang. Semangat dan sentimen saja tak cukup bro. Business bukan bergerak dengan emosi semata. Lihat saja Malakat Mall, KoPPIM apa khabar semua itu sekarang ini?
Misi Farm
Mungkin disebabkan Founder Misi stim kerana berjaya collect derma untuk anak kecil itu. Dia mula naik syaikh. Sebenarnya collect derma pakai syarikat sebenarnya salah tau! Mungkin syarikat Bangsa Bertauhid akan jadi macam Invoke Rafizi. Mula dengan collect derma then bikin business. Kan?
Anyway, idea nak langgar kartel, nak turunkan harga barang ni, bukan idea baru, ia idea lapuk, ramai dah cakap, dah cuba. Cumanya pada aku, ia u-topian dream daripada seorang pemuda yang dia sendiri pun masih tiada apa-apa rekod kejayaan dalam perniagaan.
Ingat industri food security ini kecil anak? Boleh sembanglah nak pakai duit derma. Nanti sontot salahkan orang lain tak support. Pakai duit sendiri dulu. Buat POC (proof of concept) dulu. Buktikan kau boleh berjaya small scale. Then baru sembang. Especially dia takda pengalaman pun menguruskan business ladang, logistik, food trade dan massive punya food industry.
Aku anggap idea dia itu sangat tidak realistik dan profil dia sendiri tidak menyokong keupayaan dia. Dulu Air Asia dengan kawan-kawan Syed Saddiq ada buat OurFarm, pun takda dengar cerita kejayaan. Malakat Mall, KoPPIM dan rakan-rakan mereka yang pernah ride isu BMF dulu pun at the end taktau jadi apa.
Takkanlah Founder Misi yang takda rekod pencapaian berniaga aku nak percaya?
Coin Misi
Ini pun satu masalah. Aku faham kepala dia nak cashout duit derma tu. Duit derma tu jadi duit dialah lepas dia kasi coin tu. Tak kisahlah coin dalam betuk apa. Crypto ke tidak. Tapi bila dia kata nak apungkan bersandarkan ekonomi, aku rasa dia sembang kari lagi.
Misi Rider tu pun dia gagal kawal. Dia nak buat digital coin plak. Karang kena hack, orang inject, kau nak kata apa plak? At least crypto coin yang gunakan technology blockchain, takdalah isu kena hack. Open ledger dan boleh disemak imbang. Buat 1 juta token/coin, keluar 1 juta token/coin dah. Semuanya akan direkod dalam ledger terbuka yang boleh diakses oleh semua orang.
Ni kalau digital coin dalam database dia je. Anytime dia boleh inject. Dia boleh manipulate. Silap haribulan jadi macam duit pokok pisang nanti. Tengok syarikat yang besar-besar, billion dollar revenue pun takda buat coin sendiri. Kenapa?
Nasihat Terbuka Buat Founder Misi
Aku nasihatkan buat Founder Misi untuk buktikan dulu keupayaan dia dalam berniaga, kejayaan sebagai usahawan dengan record kejayaan yang tidak dapat disangkal, kemudian raise-lah fund atau dana ikut aturan undang-undang negara.
Gunakan potfolio, profile dan record kejayaan business sendiri dengan duit sendiri untuk dapatkan investor dan raise fund. Bukan menggunakan sentimen bangsa bertanjak dan menunggang kejayaan collect derma anak kecil yang kurang bernasib baik itu
Pandangan Aku Terhadap Founder Misi
Dengan dapatan, data, fakta dan informasi yang aku ada, Founder Misi gagal memenuhi kriteria yang aku tetapkan untuk aku mempercayainya. Pandangan aku, Founder Misi dan ideanya patut ditanda dengan bendera merah (red flag). Aku tidak percaya dia dan idea dia. Ini pandangan aku. Kalau korang nak percaya dia. Silakan..
Sampai masa nanti aku akan tanya apa khabar dan ucapan saya dari masa depan..
Aliff Ahmad
Note: Editor siarkan tulisan Aliff Ahmad dengan memasukkan gambar bersesuaian artikel