Selepas ditahan reman Menteri Sumber Manusia V Sivakumar telah menggantung tugas tiga pegawai kanannya iaitu Sugumaran Periasamy (PPTK), Setiausaha Sulit SK Vel Mahasvari Rajangam dan terbaru Mahaganesh (PTTK) susulan siasatan kes kelulusan pekerja asing.
Sumber Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengesahkan penggantungan tersebut.
“Ya, tiga orang tersebut telah digantung tugas oleh menteri dengan serta-merta.
“Ini termasuk dua orang yang kini ditahan SPRM dan seorang lagi PTTK,” katanya
Direktori baharu menunjukkan dua PPTK dan Setiausaha Sulit sudah dipadam daripada direktori Kementerian Sumber Manusia. Setakat ini status Ravindran Setiausaha Politik Sivakumar masih kekal walaupun beliau dikatakan dalang utama kes pekerja asing.
Untuk rekod, SPRM menyerbu pejabat kementerian di Putrajaya pada Khamis, di mana agensi pencegahan rasuah itu turut menahan seorang pegawai kanan menteri itu.
SPRM sebelum ini menahan reman setiausaha sulit dan PTTK Sivakumar berhubung siasatan rasuah itu.
Pengarah syarikat dari Ipoh pemberi rasuah turut ditahan dalam siasatan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.
SPRM mengesahkan telah memanggil Sivakumar untuk merekodkan kenyataannya berhubung penglibatan para pegawainya.
Sivakumar dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi ini untuk menjawab soalan berhubung kes itu.
Aduss..sampai bila manusia yg tidak mempunyai naluri manusia yg suka makan bangkai akan wujud di Kementerian Kerajaan.