Pengasas Revenue , Dino dan Brian semalam membuat laporan polis ekoran ugutan yang diterimanya daripada Mafia Korporat orang kanan Victor Chin Boon Long, Datuk Chong Loong Men (Peguam) dan Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif Revenue Group Berhad.
Ini bukti jelas mengesahkan kewujudan rahsia Mafia Korporat sebagaimana pendedahan The CorporateSecret sebelum ini.
Terbukti Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long (CBL) ‘Mo Gui 魔鬼’ digerakkan Chong Loong Men (Peguam), Datuk Teoh Hai Hin Group MD Hong Seng Consolidated (Funder Mafia), Datuk Sri Lim Kok Han (Runner SPRM), Ng Keok Chai (Bekas Polis) dan Leong Seng Wui merupakan sindiket jahat perampas syarikat senarai awam di Malaysia.
Selepas Mafia Korporat merampas Classita (Caely) Holdings Berhad dan Revenue Group Berhad kini tampil Pengasas Syarikat Revenue dua beradik Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang mengesahkan sendiri perkara itu.
Menurut laporan polis yang dibuat di IPD Sentul yang tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp kedua-dua beradik itu mendedahkan pada 4 februari lalu mereka telah dipanggil untuk menghadiri suatu mesyuarat khas di sebuah premis iaitu The Social Club, Publica.
Dua individu yang terlibat dalam perampasan korporat di Revenue Group Berhad menyatakan mereka wakil daripada Mafia Korporat iaitu Datuk Chong Loong Men dan Francis Leong Seng Wui (ED Revenue).
Semasa perjumpaan itu, Chong Loong Men dan Francis Leong memberitahu bahawa mereka akan memberhentikan siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang ditawarkan mereka.
Katanya Chong dan Francis juga menyatakan sebagai gesture of goodwill, mereka akan mengarahkan SPRM untuk memulangkan handphone yang dirampas SPRM.
“Saya takut dengan Chong dan Francis yang telah secara tidak langsung mengatakan bahawa SPRM berada di bawah kawalan mereka dan akan mengikut arahan mereka atau bersubahat dengan mereka dalam pertelingkahan korporat ini dan mereka hadir membuat laporan kepada Polis dan berharap mereka menyiasat dan melindungi mereka berdua dari kumpulan yang dikatakan mafia korporat berkenaan”.
Jika benar dakwaan itu bermakna ada pegawai kanan SPRM yang menjadi dalang semua ini. Akses kepada SPRM boleh menyiasat, menangkap, mereman dan mendakwa kes di mahkamah mengikut apa yang Mafia Korporat rancangkan. Ternyata individu-individu yang disebutkan dalam Rahsia Mafia Korporat itu benar. Chong Loong Men dan Francis Leong Seng Wui antara individu terlibat dalam perampasan syarikat Revenue Group.
Fail sulit lengkap Victor Chin dan Chong Loong Men sudah didedahkan diharap PDRM dan KP SPRM bertindak untuk menangkap Victor Chin Boon Long dan Chong Loong Men atau sesiapa juga dalang Mafia Korporat. Jika Mafia Korporat tak takut kantoi tak mungkin Ng Keok Chai bekas polis meletakkan jawatan disemua syarikat milik Victor Chin.
Penolakan rundingan Dino dan Brian terhadap tawaran Chong Loong Men dan Leong Seng Wui menyebabkan mereka dituduh dibawah Seksyen 403 dan kemungkinan akan menyusul lagi kes rekaan lain. Persoalan besar bagaimana sebuah kereta hadiah cabutan bertuah daripada CIMB Bank Bhd pada 2018 dianggap milik syarikat? dan perlukan resolusi lembaga pengarah?
Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang wajar menjelaskan laporan polis mereka lebih terperinci atau kronologi rampasan syarikat Mafia Korporat Chong Loong Men dan Leong Seng Wui.
Mesej-mesej aplikasi WhatsApp dan telegram dari Chong Loong Men dan Leong Seng Wui disimpan sebagai bukti dan diserahkan kepada polis bagi menyiasat siapa lagi dalang terlibat.
Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang tidak perlu lagi bersembunyi atau takut. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Mafia Korporat diketuai MuGoi (syaitan) yang jahat perlu dimusnahkan. Jika tidak akan banyak lagi syarikat senarai awam menjadi mangsa.
Penglibatan pengkuatkuasa bersama Mafia Korporat sangat tidak bagus kepada pelabur di negara ini. Pembekuan akaun sehingga 8 bulan kemudian tiada kes hanya semata-mata merombak Lembaga Pengarah Syarikat, memaksa peletakan jawatan atau merampas saham satu perkara yang sangat keterlaluan.
Selepas siri pendedahan dan laporan Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang apa tindakan pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM, Bursa Malaysia, SC dan mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Atau semuanya takut kepada Mafia Korporat.