
Apa yang lebih berbahaya daripada bom? Kepercayaan. Dan di Iran — kepercayaan itulah yang membuka pintu kepada pencerobohan paling licik dalam sejarah moden Timur Tengah.
Wanita, Wartawan, Perisik
Catherine Perez-Shakdam. Nama ini mungkin tidak asing dalam kalangan elit politik dan intelektual di dunia Islam. Wanita Perancis berdarah Yahudi ini mencipta persona sempurna untuk menyusup ke dalam benteng terakhir sebuah negara revolusioner Iran.

Kononnya memeluk Islam. Kononnya Syiah. Kononnya pemikir bebas yang memuji Revolusi Islam dan Ayatollah Khomeini. Catherine menulis ratusan artikel yang menyokong Wilāyat al-Faqīh, malah karyanya pernah diterbitkan di laman rasmi Pemimpin Agung Iran sendiri, Ayatollah Ali Khamenei.

Tetapi semua itu hanyalah topeng.
Di sebalik tudung dan senyumannya, Catherine dipercayai agen Mossad yang merancang dan menyampaikan maklumat paling sulit terus ke Tel Aviv — bukan melalui bom atau dron, tetapi melalui lidah-lidah wanita di majlis teh elit Tehran.
Pintu Masuk: Nader Talebzadeh, Tokoh Propaganda Rejim
Perkenalan Catherine dengan Iran bermula bukan secara kebetulan. Beliau diperkenalkan dan diberi laluan oleh mendiang Nader Talebzadeh, seorang tokoh propaganda rejim yang juga merupakan pembikin filem dan ‘arkitek’ pemikiran revolusioner Syiah.

Nader bukan orang sembarangan. Beliau adalah sahabat karib kepada Ayatollah, penjaga pintu kepada pengaruh asing dalam Iran, dan penghubung utama antara Catherine dan pusat kekuasaan politik negara.

Beliau membawa Catherine masuk ke Persidangan Palestin, memperkenalkan beliau kepada barisan ulama, pegawai SEPA, dan bahkan membuka ruang eksklusif untuk beliau menemuramah Presiden Ibrahim Raisi secara langsung.


Namun kini, kematian mengejut Nader diselubungi persoalan. Ada yang percaya beliau dibunuh — kerana tahu terlalu banyak, termasuk identiti sebenar Catherine.

Majlis Wanita: Di Sini Misi Bermula
Apa yang tidak dapat dilakukan oleh peluru atau bom, berjaya dilakukan oleh Catherine melalui majlis-majlis tertutup wanita elit Iran. Di sinilah isteri-isteri, anak-anak para pemimpin negara berbual tanpa sedar sedang membocorkan keselamatan negara.

Lokasi kediaman suami, jadual pergerakan, lawatan luar negara, nama pengiring dan semua maklumat rawak ini — yang diucapkan dengan tawa dan santai — menjadi data paling berharga untuk operasi ketenteraan Israel.
Hasilnya? Siri pembunuhan berlaku terhadap saintis nuklear, pemikir strategik, malah komander Pasdaran, semuanya dengan ketepatan luar biasa. Maklumat datang bukan dari satelit. Tapi dari ruang tamu wanita.
Serangan Psikologi Paling Licik Mossad
Operasi Catherine bukan sekadar pengintipan. Ia adalah perang psikologi. Dia menundukkan sistem bukan dengan senjata, tetapi dengan kredibiliti Islamiknya. Dia bukan sekadar menyusup — dia dipuji, disanjung, dan dijadikan “rakan seagama”.
Kehadirannya di Tehran dilihat sebagai bukti bahawa “barat telah menerima Islam.” Hakikatnya, barat — melalui Catherine — sedang menyelami rahsia paling sulit Iran dari dalam.

Kata-kata Nader Talebzadeh suatu malam ketika mereka berbual di ruang tamunya menjadi lebih menakutkan hari ini:
“Kita berasal dari bangsa yang sama, kamu tahu.”
Adakah itu pengakuan tidak langsung? Atau sekadar amaran halus sebelum kebenaran pecah?
Catherine Melarikan Diri Sebelum Terlambat
Apabila pihak keselamatan Iran mula merasakan ada yang tidak kena, Catherine telah pun menghilang dari Tehran. Dia terbang keluar sebelum sempadan ditutup. Tiada jejak. Tiada permintaan maaf. Tinggal hanya kesan: Kebocoran maklumat, siri pembunuhan, dan retakan dalam kepercayaan antara rejim dan rakyatnya sendiri.
Persoalan yang tidak boleh diabaikan kepada seluruh dunia Islam:
Berapa ramai lagi “Catherine” sedang menyamar sebagai pendakwah, penulis atau intelektual Islam di negara kita?
Adakah para pemimpin politik dan agama cukup teliti dalam mengenalpasti siapa yang duduk di sekeliling mereka?
Dan adakah agensi perisikan kita bersedia untuk menghadapi perang tanpa senjata ini?
Dalam era moden, senjata paling ampuh bukan lagi peluru — tetapi kepercayaan. Dan Catherine membuktikan bahawa apabila kepercayaan diperolehi, negara boleh dihancurkan dari ruang tamunya sendiri.
Jangan terpedaya dengan wajah yang lembut dan kata-kata yang manis.
Dalam perang senyap, majlis wanita menjadi medan perang. Dan dalam kekeliruan antara akhlak dan helah, ramai pemimpin tidak sedar bahawa musuh sudah pun duduk di sebelah mereka — sambil menuang teh dan bertanya khabar.
“Catherine” Malaysia?
Ada ramai agen MOSSAD ditangkap di Malaysia. Tahun 2023 Sepasang suami isteri Nidarahayu Zainal, 35, dan suaminya, Raibafie Amdan dituduh di mahkamah kerana menculik seorang lelaki warga Palestin Mereka di latih dan dibayar agen MOSSAD. Tahun 2024 sepasang suami isteri didakwa Mahkamah Sesyen terhadap pasangan suami isteri Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43 yang membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel pada Mac 2025.
MOSSAD di Malaysia bukan perkara baru.
Agen asing seperti MOSSAD dan CIA bertabur seluruh dunia seperti juga anak-anak keturunan SAVAK (perisikan rahsia Iran di bawah Shah) diasaskan dengan latihan dari CIA dan Mossad. Setelah kejatuhan Shah, ramai ejen dan keturunan SAVAK melarikan diri — terutamanya ke Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia, termasuk Malaysia.
Kumpulan ini tidak hadir sebagai pelarian semata-mata — tetapi muncul sebagai profesional, ahli perniagaan, pelabur teknologi, malah tokoh akademik. Ada yang berkahwin dengan keluarga elit Malaysia – jutawan, pemilik GLC, atau anak bangsawan.
Mariam Parineh contohnya anak keturunan agen SAVAK yang berjaya selepas berkahwin dengan pengasas Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir. Mariam yang tamak ini kini menguasai 28 % dalam Sapura Industrial melalui SAK Asset Ventures, sebagai Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Industrial Berhad (SIB) yang bukan agi ada kaitan dengan Sapura Holding.
Namun ketamakan kuatnya menyebabkan beliau mengintai syarikat keluarga Sapura Holdings Sdn Bhd bernilai lebih RM830 juta yang cuba dibubarkan oeh Dato’ Shahriman di mahkamah. Mariam kawan baik Shahriman (Kini Ibu tiri) dalang di belakang saman ini demi melindungi anaknya bagi memiliki aset Sapura Holdings Sdn Bhd.