Hospital bersalin Razif (HBR) yang kecoh dan tular di media sosial kes penyimpanan mayat bayi di dalam peti sejuk selama dua minggu baru-baru ini mengundang rasa tidak puas hati netizen terhadap hospita swasta itu.
Terdahulu jenazah bayi yang dinamakan Muhammad Adham Mikail menjadi isu tular selepas mangsa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta kerana bapanya dipercayai tidak mempunyai wang untuk menuntut mayat tersebut.
Isu itu menjadi tular selepas didedahkan pengguna Facebook Mr Wan Chai Official, yang juga pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Wan Cai memaklumkan, UKVJ menghadapi masalah sewaktu menguruskan jenazah bayi tersebut kerana jasad anak kecil itu beku sepenuhnya sehinggakan terpaksa menggunakan air panas untuk melembutkan semula tubuh dan sendinya.
Difahamkan, Muhammad Adham Mikail yang dilahirkan pada 24 November lalu mengalami sindrom siklop iaitu lahir dengan hanya satu mata, tiada hidung dan tanpa dubur.
Masing-masing menuding jari antara satu sama lain antara HBR dan pihak ibu bapa arwah Muhammad Adham Mikail.
HBR dalam satu kenyataan menjelaskan mereka memberikan layanan berdasarkan keperluan kemanusiaan walaupun pesakit tidak membuat sebarang tempahan atau saringan awal di hospital.
Menurut HBR lagi, wanita tersebut dihantar ke hospital oleh seorang lelaki yang pada mulanya dikenal pasti sebagai “suami” tetapi kemudian didakwa bukan pasangan sah.
Jelasnya, selepas bayi itu meninggal dunia, suami telah diminta untuk menguruskan urusan pengebumian, namun lelaki tersebut meninggalkan hospital dan tidak kembali.
Bayi yang dilahirkan mengalami sindrom cyclops, dengan satu mata serta tanpa hidung dan anus. Bayi itu hanya sempat hidup beberapa minit selepas dilahirkan meskipun rawatan kecemasan telah diberikan.
HBR menafikan pihak mereka cuai dan melakukan penganiayaan dalam mengendalikan dengan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki dan dengan sengaja melengahkan urusan pengebumian.
Penafian arwah bapa Adham.
Bagaimanapun bapa Adham dalam satu kenyataan menafikan kenyataan media oleh HBR. HBR jelas memesongkan fakta. Beberapa tangkap layar aplikasi whatsapps turut didedahkan membuktikan perkara itu. Bayaran RM 663 pendahuluan telah dibayar
Jahat Kau Doktor.
Sudah Lah Kejam Penipu Pula.
Kau Keluarkan Statement Mak Bapa Baby Adham Tak Kahwin Tanpa Lihat Sijil Nikah Mereka Tu Satu Hal.
Lepas Tu Kau Kata Bapa Dia Pula yang Tak Nak Uruskan Jenazah Anaknya?
Wei Bangsat,Seorang Kawan Tempat Kerja Datang Ke Hospital Kau Buat Bayaran RM663 Pada Tarikh 07 Disember.
Lepas Buat Bayaran Kawan Tu Cuba Tuntut Jenazah Tapi Staff Kau Perempuan India Yang Ada Di Kaunter Tak Benarkan.
Minah Tu Tekan Suruh Bayar Baki Rm1817 Baru Jenazah Baby Adham Boleh Di Lepaskan.
La Ni Kau Pusing Kata Bapa Dia Yang Tak Nak Uruskan Jenazah Anaknya?
Sepatutnya Kau Mengaku Kesalahan Yang Kau Dah Buat Untuk Betulkan Keadaan.
Tapi Kau Angkuh Dan Fikir Boleh Menang Sebab Kau Ada Duit.
Kau Perlu Sedar Fakta Tidak Boleh Di Ubah Menjadi Auta.
Aku Ada Saksi Mata Bersama Bukti Resit Yang Di Keluarkan Atas Nama Hospital Kau.
Dan Aku Ada Bukti Dokumen Sijil Nikah Yang Kau Sibuk Duk Kata Ibu Bapanya Tidak Berkahwin.
Kau Berani Kata Ibunya Di Benarkan Keluar Pada Hari Kejadian.
Kau Lupa Pada Hamba Allah Yang Tolong Bayarkan Baki RM1800 Duit Bil Hospital Tu Pada 11 Disember.
Kalau Allah Nak Buka Aib Kau,Silap² Hamba Allah Tu Muncul Tampilkan Diri Untuk Menjadi Saksi.
Jangan Kau Lupa Mahluk Tiada Kuasa,Hanya Allah Maha Berkuasa!!!
Siapa pemilik Hospital bersalin Razif (HBR)?
Semakan menunjukkan hospital swasta ini dimiliki oleh Dato’ Dr Mohd Razif Abdul Aziz dan isterinya Datin Dr Norana Yacob. Menetap di Taman Sri Andalas Klang Selangor. Menerima pingat Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) tahun 2001.
Isterinya Dr Norana Yacob merupakan seorang bekas doktor yang Dr. Norana Binti Yacob pernah digantung oleh MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA kerana melanggar KOD ETIKA PROFESIONAL ANTARA JANUARI – JULAI 2009 di bawah Seksyen 11 Akta Perubatan untuk tempoh satu (1) tahun. Antara diarahkan ialah Penambahbaikan Sistem Rekod Perubatan dan wajib menghadiri kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan bayi.
TDM BERHAD- sebuah syarikat perladangan di Malaysia beli kepentingan Hospital Hospital bersalin Razif
Pada 23 Oktober 2024, TDM Berhad sebuah syarikat perladangan di Malaysia melalui anak syarikatnya Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd – miik Kerajaan Negeri Terengganu PAS mengumumkan di Bursa Malaysia Perjanjian Jual Beli Saham (“SSA”) dengan Dato’ Dr. Mohd Razif bin Abdul Aziz dan Datin Dr. Norana binti Yacob untuk membeli 6,000,000 unit Saham Biasa dalam Hospital Bersalin Razif Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 199501032955 (362157-K)) (“HBR”) yang mewakili 100% Kepentingan Ekuiti dalam HBR dengan harga sebanyak RM15,000,000.00 tertakluk kepada pelarasan akhir (“Harga Belian”), yang akan dibayar secara tunai selaras dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam SSA.
Kerajaan PAS Terengganu sangat berbangga dengan pembelian Hospital HBR sebelum ini.
disusuli maklumat tambahan Bursa Malaysia pada 25 Oktober 2023.
Di atas kertas proses jualan masih berlaku dan belum ada kata putus penyelesaian pengambilan kepentingan HBR. Butiran dalam syarikat masih menunjukkan HBR dimiliki Dato’ Dr Mohd Razif Abdul Aziz dan isterinya Datin Dr Norana Yacob.
Dengan tularnya berita kematian adik Adham ini nampaknya KMI-TDM terus membuat penafian HBR adalah miliknya.
Apakah keputusan pembelian semua kepentingan HBR ini akan diteruskan? Jika diteruskan KMI-TDM perlu memulihkan imej buruk HBR yang menindas dan mengutamakan keuntungan. Sama ada HBR diuruskan Dato’ Dr Razif dan isterinya atau sedang dijual hakikatnya pembatalan jualan belum berlaku. Maka Hospital Bersalin Razif masih dikatakan milik TDM Berhad.
Terdapat banyak aduan mengenai HBR sehingga penggantungan Dr Norana isteri Dato’ Dr Razif dan lain-lain isu yang tidak ditularkan.
Apa yang menjadi kemarahan orang Islam ialah tindakan HBR yang milik orang Islam menahan dan membekukan jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin berkata, membekukan jenazah bayi selama dua minggu seperti dilaporkan adalah tidak wajar kerana menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah seorang muslim yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.
“Adapun tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.
“Dalam hal ini, ianya menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” katanya