CEO Prolintas kontroversi yang juga Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025.
Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Mohammad Azlan akan meletakkan jawatannya sebagai pengerusi kumpulan pada 31 Januari 2025, selepas berkhidmat sejak Mei 2022.
Jun lalu ketika Dato’ Mohamad Azlan Abdullah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah RM1.6 bilion syarikat konsesi Prolintas projek Lebuhraya DASH dan SUKE. Azlan ditahan bersama Rostam Shahrif COO dan Malik Parvez Ahmad CEO Prolintas Infra Business Trust syarikat senarai awam Prolintas dan PNB. Susulan isu itu Azlan direhat dan digantikan Shahin Farouque sebagai Pengerusi interim.
Hari ini Sapura Energy mengumumkan Pengerusi Interim, Shahin Farouque Jammal Ahmad yang akan dilantik semula sebagai pengerusi lembaga manakala CEO SapuraOMV Upstream (SapuraOMV) Muhammad Zamri Jusoh akan mengambil alih jawatan CEO Kumpulan pada 1 Mac 2025.
Shahin Farouque menjadi ahli lembaga pengarah Sapura Energy sejak Disember 2023 dan dilantik sebagai pengerusi sementara pada Jun 2024.
“Beliau kini merupakan Ketua Kumpulan Pelaburan Strategik Permodalan Nasional Bhd dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif di bahagian pelaburan Khazanah Nasional Bhd,” kata Sapura Energy.
Dalam pada itu, kata Sapura Energy, Muhammad Zamri pula menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan kumpulan sejak Julai 2019 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
CEO letak jawatan
Mohd Anuar pula akan meletakkan jawatannya sebagai CEO kumpulan dan pengarah eksekutif pada 31 Disember 2024, selepas hampir empat tahun memimpin syarikat.
Sapura Energy berkata Mohd Anuar membimbing kumpulan melalui beberapa perubahan penting dan pencapaian utama dalam usaha pemulihan termasuk kemajuan besar dalam pelaksanaan penstrukturan semula hutang.
“Di bawah kepimpinan beliau yang mantap, kumpulan Sapura Energy menunjukkan ketahanan operasi walaupun berdepan cabaran kewangan, mencatatkan pendapatan stabil dan aliran tunai yang bertambah baik,” katanya.
Paling penting kepakaran beliau menjual aset-aset Sapura Energy untuk mengurangkan hutangnya yang berbilion ringgit.