Susulan penangkapan Dato’ Mohamad Azlan Abdullah Pengerusi Sapura Energy Bhd oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah RM1.6 bilion syarikat konsesi Prolintas projek Lebuhraya DASH dan SUKE. Azlan ditahan bersama Rostam Shahrif COO dan Malik Parvez Ahmad CEO Prolintas Infra Business Trust syarikat senarai awam Prolintas dan PNB.
Azlan terkenal dengan sikap sombong dan jahatnya dalam memimpin syarikat. Beliau juga sangat dibenci di Sapura Energy. Penangkapan Azlan telah menyegerakan Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan pengarah bukan eksekutif bukan bebas dalam syarikat itu, Shahin Farouque Jammal Ahmad sebagai pengerusi interim kumpulan.
Sapura dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan Shahin Farouque Jammal Ahmad selepas mereka memberikan cuti rehat kepada pengerusinya, Dato’ Mohamad Azlan Abdullah berkuat kuasa 26 Jun 2024 susulan siasatan berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Sumber berkata penangkapan ini akan memudahkan Kerajaan dan Lembaga Pengarah Sapura memecatkan Azlan atau mengarahkan Azlan meletak jawatan.
Sapura Energy berkata, siasatan SPRM adalah mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan syarikat itu, dan ia akan menjadi perniagaan seperti biasa berkaitan perkhidmatan serta rumusan minyak dan gas.
“Pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
Sebagaimana Prolintas merupakan anak syarikat PNB, Sapura Energy juga kini lebih 40% dikuasai oleh Permodalan Nasional Berhad ketika pelaburan PNB berjumlah RM2.7 bilion dalam Sapura pada tahun 2019. Tahun 2022 Sapura diambang muflis dan usaha perlu dilakukan menyelamatkan Sapura.
Sekalipun Sapura dikuasai PNB pengasasnya Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin masih memiliki lebih 11 peratus kepentingan dalam Sapura. Tahun 2018Rafizi Ramli antara yang awal menyerang kerajaan kerana membayar gaji CEO paling tinggi. Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin menjelaskan kedudukannya berhubung isu gaji tertingginya dalam kumpulan Sapura.
Pada april lalu di bawah Azlan bagi penstrukturan hutang berjaya menjual anak syarikatnya Sapura Upstream Assets Sdn Bhd, melupuskan 50% kepentingan ekuitinya dalam SapuraOMV Upstream Sdn Bhd kepada TotalEnergies Holdings SAS sebuah syarikat dari Perancis dengan harga RM3.37 bilion. Sasaran awal bagi penjualan kepada syarikat Abu Dhabi Mubada Petroleum sekitar RM5 bilion namun gagal dan hanya berjaya dijual kepada TotalEnergies Holdings SAS.
Pemegang saham dan lembaga pengarah memang anti terhadap Dato’Mohammad Azlan. Dijangka mereka akan menyingkirkan Dato; Mohammad Azlan sebagai Pengerusi Sapura Energy.
ARTIKEL LAIN
Demi bayar hutang, Sapura Energy jual semua pegangan dalam SapuraOMV RM3.37 bilion