Iris pertikai KDN tamat kontrak NIISe
Menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Adlan Berhan dan Mansoor Saat seorang peguam yang terlibat dalam kes rasuah projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) masih diburu SPRM melarikan diri ke luar negara sejak 17 Mei lalu.
Datuk Adlan Berhan dan Mansoor Saat nafi melarikan diri namun setakat ini masih belum kembali ke tanah air.
Di Malaysia Iris Corporation Bhd sedang bergelut mempertahankan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Iris Corp dilaporkan menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri mempertikaikan penamatan kontrak sistem imigresennya bernilai RM1.16 bilion itu.
Pada Januari 2021, ketika PN berkuasa menggunakan Adlan Berhan menantu Muhyiddin, Kementerian Dalam Negeri memberi kontrak RM1.16 bilion untuk membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional kepada Iris Information Technology Systems Sdn Bhd.
Datuk Adlan Berhan dengan projek sistem di imigresen dan KDN bukanlah asing kerana sebelum ini Projek Syarikat NERS Sdn. Bhd merupakan pemegang konsesi Sistem Pendaftaran dan Kawalan Pekerja Asing atau projek ‘Biometric System’ bernilai RM912 juta kepada Nexbis Sdn. Bhd pada tahun 2011 syarikat dikaitkan menantu Muhyiddin, Datuk Adlan Berhan dengan Dato’ Sri Johann Young. Projek itu melalui Alpha Circle Sdn. Bhd terlibat secara langsung dalam pengendalian RM540 juta Sukuk Musharakah (Senior Sukuk) & RM55 juta Sukuk Musharakah (Junior Sukuk) yang kini disiasat SPRM baru-baru ini kerana menipu pemegang sukuk yang matang pada Mei 2023.
BACA SKANDAL SUKUK NERS- Seleweng sukuk RM596 juta, SPRM reman empat individu, Adlan menantu Muhyiddin, Adam Radlan terlibat
Irish Corp lupuskan IITS-NIISe
Bermacam cara dilakukan termasuk pada pada februari lalu Iris Corporation Bhd (Iris Corp) memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) dengan Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech) membabitkan pelupusan 80 peratus kepentingan ekuiti dalam unitnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) pada tunai RM70 juta. IITS adalah pelaksana projek NIISe. Penjualan ini belum selesai hingga kini.
Semakan rekod Tass Tech Technologies Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Muhd Badiuzzaman Raja Chulan and Malisa Mohd Zaki.
Siapa di belakangnya?
Raja Muhd Badiuzzaman merupakan bekas CEO G3 Global Berhad berkhidmat untuk bersama Datuk Wan Khalik Bin Wan Muhammad pemegang saham G3 Global Berhad yang juga sebelum ini pengarah CSH Alliance Berhad mafia korporat di bawah pengaruh Victor Chin Boon Long melalui isterinya Chan Swee Ying, Ng Keok Chai dan Kenny Khow Chuan Wah.
Isu Mafia Korporat boleh di baca – Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
Kini G3 Global Berhad adalah Syarikat yang dikuasai oleh Dato’ Sri Aminul Islam Bin Abdul Nor Pengasas Bestinet Sdn. Bhd yang kontroversi dengan kes rasuah sebelum ini yang menguasai sistem pekerja asing KDN Foreign Workers Centralized Management System (“FWCMS”).
Mr. Kunal Tayal ialah pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif G3 Global Bhd merangkap ketua pegawai kewangan Bestinet Sdn Bhd milik Dato’ Sri Aminul Islam. Mengukuhkan kedudukan dalam syarikat ICT Mr. Kunal Tayal dijadikan pemegang saham terbesar syarikat Mafia Korporat Green Packet Berhad yang juga kontroversi sebelum ini melibatkan budak Victor Chin Boon Long, Dato’ Teleng Lim Kok han dan Leong Seng Wui bekas Pengarah Eksekutif kumpulan Green Packet.
Datuk Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng) Mafia Korporat sebelum ini yang menjadi pemegang saham utama Green Packet Bhd melupuskan 358.18 juta saham dalam kumpulan itu pada 26 Mei 2023.
Pada hari yang sama Kunal Tayal memperoleh 373.18 juta saham Lim Kok Han Teleng melalui syarikatnya Authethic Design Resources Sdn Bhd sebuah syarikat bersama rakan kongsinya Datuk Seri Aminul Islam pengasas Bestinet Sdn Bhd. Kunal kini pemegang saham tunggal terbesar baharu dalam Green Packet dengan 18.71% kepentingan.
Bestinet Sdn Bhd pernah kontroversi insiden CEOnya direman SPRM kerana rasuah agen pekerja asing yang memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022. Kes Bestinet nampaknya sedang ditutup oleh pihak tertentu.
Jika pemilik Bestinet berselindung dalam G3 Global Berhad dan Green Packet maka tidak menghairankan jika kumpulan Mafia Korporat mahu mengambil alih 80 peratus kepentingan anak syarikat Iris Corp, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) pada tunai RM70 juta sekaligus menguasai PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) menggunakan Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech).
Mudah Mafia Korporat hanya menggunakan Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech). G3 Global Berhad yang ada kepentingan bersama BESTINET kini monopoli projek sistem itu di KDN di bantu rangkaian Mafia Korporat seperti Green Packet.
Langkah Menteri KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution menamatkannya adalah langkah tepat. Lagipun Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bekas Menteri KDN sangat sayang dengan Iris Corporation Berhad.
Irish Corp Kesal ditamatkan kontrak
Bagaimanapun dalam isu NIISe, Iris Corporation Bhd mempertikaikan penamatan kontraknya untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan mendakwa ia “tidak sah dan melanggar undang-undang”.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, katanya, anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) menghantar surat itu selepas mendapat nasihat undang-undang.
“IITS mempertikaikan penamatan itu seperti dinyatakan dalam notis penamatan dan akan mengambil tindakan perlu untuk melindungi kepentingannya dan melaksanakan hak undang-undangnya berhubung kontrak NIISe.”
Terdahulu, kumpulan itu mengumumkan IITS diberikan notis penamatan bertarikh 10 Ogos.
Tetapi, tiga bulan sebelum itu, KDN memberikan lanjutan 12 bulan bagi kontrak NIISe, dengan tarikh tamat tempoh dilanjut dari 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2026.
Pada Januari 2021, kontrak bernilai RM1.16 bilion itu diberikan kepada IITS mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Ogos 2025.
‘Penyelesaian digital terkini’
Inisiatif NIISe ialah program dilancarkan KDN untuk menaik taraf sistem infrastruktur teknologi maklumat Jabatan Imigresen, membabitkan penyepaduan “penyelesaian digital terkini” untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, sekali gus memperkukuh langkah keselamatan serta keselamatan sempadan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kemungkinan kontraktor NIISe digantikan jika gagal melaksanakan projek itu.
Sebelum lanjutan kontrak, Saifuddin berkata projek itu tidak mencapai kemajuan mencukupi setakat Mac lalu.
Iris berusaha mencuci tangan apabila melupuskan 80% kepentingannya dalam IITS kepada Tass Tech Technologies Sdn Bhd pada harga RM70 juta namun mungkin bakal terganggu jika penamatan ini berlaku.
Apakah Tass Tech Technologies Sdn Bhd Raja Muhd Badiuzzaman Raja Chulan yang di belakangnya Mafia Korporat dan kerabat bakal menyelamatkannya? Rakyat pasti mahu melihat perkembangan ini.
Atau Datuk Seri Saifuddin Nasution bertegas menamatkan kontrak Iris Corporation dan PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) dengan melantik kontraktor baharu?.