Pendedahan dalang pegawai SPRM Datuk Tan Kang Sai Pegarah Bahagian Operasi Khas, Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D dan DPP Law Chin How bersekongkol dengan Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long telah membuka mata rakyat.
Penafian SPRM mempertahankan pegawainya hanya memburukkan keadaan kerana terdapat bukti dan laporan polis mengenai pegawa-pegawai siasatan SPRM yang dibayar oleh Mafia Korporat.
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Selain beberapa laporan polis oleh orang awam, laporan dua beradik pengasas Revenue Group Berhad juga mendedahkan siasatan pegawai SPRM yang ‘bias’ kepada Mafia Korporat. Pegawai seperti Wong Yun Fui, Mohamad Farid bin Jabar, Mohd Rauf bin Mohd Adri, Muhammad Eekram Shaharuddin dan Muhammad Syakirin bukanlah asing. Namun tidak diketahui status laporan laporan polis ini sekarang.
Terdapat laporan Pejabat SPRM menjadi tempat ‘lepak’ oleh Mafia Korporat seperti Leong Seng Wui dan Kenny Khow dalam siasatan kes syarikat yang dirampas Mafia Korporat seperti, Caely, MMAG Holdings dan Revenue Group. Mafia Korporat bebas sesuka hati masuk ke pejabat SPRM.
MAFIA KORPORAT RAIKAN MAJLIS BERBUKA PUASA NORHAIZAM
DAN PEGAWAI SIASATAN SEKTOR SWASTA
Kejayaan Bahagian Siasatan SPRM digerakkan Wong Yun Fui kawtim dengan DPP SPRM Law Chin How sehingga berjaya membuat pertuduhan di mahkamah kepada pengasas Revenue Group Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang 14 Mac lalu menjadi satu kemenangan buat Mafia Korporat dan pegawai siasatan SPRM. Mafia Korporat mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Siasatan SPRM Sektor Swasta.
Oleh itu satu Majlis Berbuka puasa secara rahsia ditaja oleh Mafia Korporat diketuai KPKPj Norhaizam bin Muhammad Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Swasta di adakan pada 9 April lalu di Hotel 5 bintang- Hotel Pavilion Bukit Bintang. Menurut sumber hanya Pegawai yang terlibat dengan siasatan kes Revenue Group Berhad sahaja dijemput yang dihadiri oleh Leong Seng Wui Pengarah Eksekutifnya.
Rupanya Wong Yun Fui Cawangan Siasatan D telah berjaya ‘kawtim’ bosnya Norhaizam bin Muhammad Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Swasta menyertai Mafia Korporat.
Selain Norhaizam, KPKPj Yuhafiz bin Mohd Salleh Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Awam, Wong Yun Fui dan Ketua-ketua cawangan siasatan turut hadir sama.
Norhaizam mengarahkan supaya majlis berbuka puasa ini dijalankn secara senyap-senyap tanpa perlu dimasukkan gambar-gambar dalam media sosial atau tanpa pengetahuan pengurusan atasan SPRM. Kebanyakan pegawai SPRM dari Cawangan D yang hadir khususnya yang terlibat operasi kes Revenue Group.
Menurut Norhaizam dia dan pegawai SPRM tak takut khususnya apa saja pendedahan dalam portal The CorporateSecret dan Edisi Siasat. EDISI SIASAT katanya hanya kuat melalak tetapi tidak memberi kesan apa-apa kepada pegawai SPRM.
Tidak ada kutipan bayaran dibuat terhadap pegawai-pegawai SPRM yang hadir majlis berbuka puasa ‘kayangan’ itu kerana telah ditaja sepenuhnya oleh Mafia Korporat kerana berjaya menuduh Brian dan Dino. Dilaporkan Norhaizam, Yuhafiz, Wong dan lain-lain diberikan wang saguhati hari raya oleh Leong Seng Wui dan Mafia Korporat.
Persoalannya bagaimana Pegawai SPRM yang membuat siasatan kes Revenue Group Berhad boleh berbuka puasa dengan Mafia Korporat budak-budak Victor Chin Boon Long jika bukan kerana kepentingan?
Jika semua pegawai SPRM daripada Ketua sehingga pengarah-pengarah cawangan boleh rasuah dan salahguna kuasa kepada siapa lagi rakyat percaya?
Norhaizam bin Muhammad Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Swasta merasakan dia sangat kebal dari hentaman netizen.
Menurut sumber beliau membuka pula kertas siasatan baru (IP) kepada pengadu Dino dan Brian kerana membuat laporan polis kepada pegawai SPRM atas alasan menganggu siasatan. Menganggu bagaimana jika Pegawai Siasatan mengugut pengadu? Sejak bila membuat laporan polis selepas pengadu teraniaya boleh dianggap sebagai satu kesalahan.
Jika pegawai siasatan bekerja untuk Mafia Korporat itu boleh dianggap apa?
Jika membuat laporan polis satu kesalahan maka tiadalah tangkapan terhadap Pegawai Bahagian siasatan SPRM seperti SHAHRUM NIZAM BIN BAHARUDDIN @ GOBANG (pecah amanah AS$6.94 juta) dan Muhamad Haffiz Bin Mohd Radzi (Hafiz Kodiang). Kerana ada aduanlah pegawai SPRM ditangkap dan didakwa.
Apakah aduan ini satu kesalahan rakyat? Aduan seperti itu dianggap mengganggu siasatan?
Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melihat sikap anak buahnya yang merosakkan imej SPRM ini. Kartel tertentu dalam SPRM yang tidak terkawal menghancurkan SPRM dan memulihkannya pula memerlukan masa lama.
Haramkan pegar.. pegar makan. Padi.. hancus
Semoga Allah beri dia kena stroke dgn duit² haram yg dia makan.
Semoga keluarga nya akan byk masalah dan anak jadi bengap. Lepas pencen nanti duit haram dia takkan beri dia bahagia. Amin Ya Rabb, Tuhan yg Maha Berkuasa dan Maha Menghukum.
kalau rasuah membabitkan kartel SPRM ianya tidaklah dianggap sebagai rasuah tetapi ianya dianggap “keperluan yang perlu”…by the way tq untuk media yang telus dalam mengeluarkan berita/laporan.
InsaAlla akan di perkenan oleh NYA doa² orang² yg di anayia dan teranayia…
InsaAlla akan di perkenan oleh NYA doa² orang² yg di anayia
..pasti..duit yg tak halal akan memakan diri serta klrga..atas pengalaman aku sendiri..peringatan yg terbaik dari sahabat..tkhs
Najiss
Keberanian perasuah tak kira jabatan mana pun adalah undang2 amat lemah,hukuman amat ringan.Contoh kecurian barang bukti Datuk Hsnariah perisik antarabangsa usd 6.5 juta > rm25 juta, pegawai sprm yg mencuri wang tersebut sempat bina mansion 3 tingkat,deretan kereta dan motosikal mewah,jam tangan mewah.Di tangkap,dihukum 2 tahun tetapi harta dan wang yg di rompak tidak di sita.Moral of the story mereka bebas melakukan jenayah sbb undang2 cover mereka.Jika undang2 hukuman mati mandatory dan harta di rampas keseluruhan nya mungkin kes boleh kurang.So PMX tugasan amat berat,PDRM ada kartel,SPRM ada Mafia, Kastam ada Mafia hancur lah Malaysia.
Rasuah sesuai hukuman mati ja
Bapak borek anak rintik.. Klu yg atas pun ambil rasuah inikan pula pegawai bawahan.. Sprm semakin kotor dan busuk, mohon jika perdana menteri betul2 ikhlas jaga kepentingan rakyat lakukan rombakan dan pemutihan dlm sprm
Korang lagi hina dari khinzir.ilmu ada tapi sengaja mencari neraka.
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. X Betul ler yg di atas tu.
Nampak gayanya macam ikan yang busuk dan berulat di kepala tidak dapat digoteng atau dibuat kari lagi Harap harap tidaklah begiti keadaannya
PDRM sila bertindak atas SOSMA kpd yg bersengkongkol.
Your blog entry presented some convincing arguments
on this topic, and it motivated me to evaluate more deeply.
Siapa kah yang bertanggung jawab menangkap pegawai anti rasuah yang makan duit rasuah? Kalau sprm jugak, hancur lah kita semua! Kalau nak tunggu diorang sendiri rasa malu & insaf, sampai mampus pun tak kan terjadi!