Percubaan Sunway Berhad untuk “mengunci” IJM Corporation Berhad melalui tawaran pengambilalihan sukarela (MGO) akhirnya menemui jalan buntu apabila gagal mencapai ambang kritikal pegangan majoriti. Tawaran tersebut luput secara rasmi pada 6 April 2026 selepas hanya memperoleh sekitar 33.43% hak mengundi — jauh daripada syarat minimum 50%.
Kegagalan ini bukan sekadar isu teknikal, sebaliknya mencerminkan kegagalan strategi yang lebih besar dalam membaca sentimen sebenar pemegang saham IJM. Kesombongan Tan Sri Jeffery Cheah yang begitu terdesak memakan diri sendiri.
Walaupun resolusi pengambilalihan diluluskan hampir sebulat suara oleh pemegang saham Sunway dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 26 Mac lalu, realitinya pemegang saham IJM tidak berganjak. Mereka menolak tawaran tersebut secara senyap tetapi tegas — satu isyarat jelas bahawa nilai tawaran tidak mencerminkan kekuatan sebenar aset IJM.
Menjelang tarikh akhir tawaran pengambilalihan sukarela IJM tiba-tiba PNB dan KWSP sebagai antara pemegang saham institusi utama IJM menarik diri dan tidak jadi melupuskan saham mereka
Naratif Pasaran Dipersoal
Sejak awal, persoalan telah dibangkitkan terhadap asas tawaran ini — daripada penilaian harga hinggalah kepada naratif pasaran yang dilihat cuba melemahkan persepsi terhadap IJM. Tangkapan reman terhadap Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan juga telah memburukkan nama IJM. Krishnan Tan sendiri tidak menjangka butiran akaun bank yang disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri hampir RM100 juta didedahkan begitu juga penasihat kewangannya Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong yang memiliki akaun RM2.5 bilion terbongkar.

IJM bukan syarikat kecil. Ia memiliki aset strategik termasuk lebuh raya bertol, konsesi jangka panjang dan pelabuhan yang memberi impak langsung kepada ekonomi negara. Justeru, percubaan pengambilalihan pada harga yang tidak meyakinkan menimbulkan tanda tanya besar siapa di belakang Tan Sri Jeffrey Cheah yang untung disebalik pengambilalihan IJM ini?
Isu ‘Backdoor Engagement’ dengan GLIC
Kenyataan Sunway bahawa telah wujud perbincangan awal mengenai usaha pengambilalihan mengundang kontroversi. IJM menafikan wujudnya rundingan awal sebelum 12 Januari 2026, sambil menyifatkan kenyataan Sunway sebagai mengelirukan.
Menurut IJM, sebarang komunikasi sebelum tarikh tersebut hanyalah permintaan mesyuarat — bukan rundingan rasmi.
Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah kemungkinan wujudnya perbincangan awal dengan pemegang saham institusi (GLIC) tanpa pengetahuan lembaga pengarah dan pengurusan IJM. Ada pihak lebih besar disebalik perundingan ini.
Menurut IJM, jika benar rundingan tersebut berlaku, ia dilakukan di luar radar lembaga dan pengurusan syarikat, sekali gus menimbulkan persoalan tadbir urus dan ketelusan proses pengambilalihan.
Persoalannya siapa agaknya perunding awal di belakang IJM itu? Apakah orang tengah itu Datuk Seri Panglima Ahmad Fuad Md Ali anggota PMAC Menara KLCC Tingkat 73 yang kecoh sebagaimana dilapor media sosial sebelum ini? Beliau dilaporkan menggunakan kedudukannya dalam penjualan saham IJM memujuk Lembaga Pengarah PNB dan KWSP.

anggota PMAC yang berpengaruh
Tidak mungkin semua ini dapat dilakukan bersendirian oleh Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Pengerusi Sunway tanpa orang berkuasa dan pemegang saham utama IJM.
Siapa Di Belakang Percaturan Ini?
Bagi pihak Sunway, Datuk Anuar Taib, Presiden Sunway Berhad yang kontroversi di Petronas dan Sapura yang kini menjadi orang kanan Tan Sri Jeffrey Cheah sebagai kuda utama Sunway. Beliau diarahkan Jeffrey Cheah menggunakan pengaruhnya menguasai IJM.

Beliau perlu berunding dengan dua GLC kerajaan utama sebagai pemegang saham terbesar IJM iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau hampir berjaya namun gagal.
Siapa dalang Permodalan Nasional Berhad?
1. YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda (Pengerusi PNB)
2. Dato’ Abdul Rahman Ahmad -(Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)
3. Datuk Rick Ramli (Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)
Dilaporkan Datuk Rick Ramli memainkan penting dalam PNB menghubungkan Pengerusi dan CEO PNB kepada Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua nama terlibat iaitu;
- Ahmad Zulqarnain Bin Onn – Ketuaa Pegawai Eksekutif
- Mohamad Hafiz Kassim – Ketua Pegawai Pelaburan KWSP

Ahmad Zulqarnain, CEO dan Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Mohamad Hafiz Kassim menyediakan kertas pelaburan bagi memudahkan Sunway membeli saham KWSP dalam IJM. Disaat akhir KWSP terpaksa bermain wayang memandangkan banyak pendedahan dan siri bantahan rakyat berlaku.
Proksi Pengerusi IJM
Seorang lagi ialah pengasas syarikat pelaburan Newfields Group, Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong orang penasihat pelaburan Pengerusi IJM Tan Sri Krishnan Tan yang disiasat oleh SPRM berhubung skandal pengubahan wang haram RM2.5 bilion. Menurut sumber Krishnan Tan sebelum bersara bersekongkol bersama Tan Sri Dr Jeffery Cheah menjual IJM kepada Sunway. Motifnya adalah wang.

Rasuah Tan Sri Dr Jeffrey Cheah
Kesemua individu yang dinamakan didakwa bukan sekadar terlibat secara kebetulan, sebaliknya berperanan dalam satu rangkaian tersusun yang dikatakan dijanjikan habuan lumayan oleh pihak Tan Sri Jeffrey Cheah bagi melicinkan laluan pengambilalihan ini. Peranan proksi didakwa dimainkan oleh Anuar Taib, manakala kelulusan tidak rasmi atau “lampu hijau” dari pihak institusi seperti PNB pula dikaitkan dengan Rahman Ahmad dan Datuk Rick Ramli.
Apa yang berlaku bukan sekadar transaksi biasa, tetapi satu urus niaga berprofil tinggi yang dipercayai melibatkan komisen jutaan ringgit. Lebih membimbangkan, ia memperlihatkan kewujudan kartel korporat yang sanggup mempergunakan kedudukan dalam institusi pelaburan milik rakyat untuk memanipulasi aset strategik negara demi kepentingan peribadi. Ini bukan lagi soal perniagaan — ini soal amanah yang dikhianati.
Rancangan pengambilalihan IJM oleh Sunway, jika dilihat dari sudut ini, bukan sekadar langkah korporat, tetapi menyerupai satu percaturan terancang yang melibatkan individu berpengaruh dan jaringan dalaman. Dakwaan peranan proksi serta kelulusan dari pihak tertentu menimbulkan persoalan serius- sejauh mana proses ini benar-benar telus, dan siapa sebenarnya yang mengawal keputusan di sebalik tabir.
SPRM Sudah Buka 3 Kertas Siasatan
Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka tiga kertas siasatan melibatkan IJM Corporation Berhad, meliputi pelaburan luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion, siasatan terhadap projek yang dipersoalkan dari segi tadbir urus, serta dakwaan penggunaan maklumat dalaman untuk perdagangan saham.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sendiri mengesahkan 3 siasatan termasuk dakwaan “tip atas saham” membabitkan Sunway dan IJM. Kenyataan ini sekali gus menunjukkan bahawa siasatan IJM dan Sunway jelas tidak boleh dihentikan apatah lagi dakwaan bayaran rasuah Tan Sri Dr Jeffrey Cheah terhadap pihak yang terlibat didedahkan.
Gesaan: Siasatan SPRM tidak boleh terhenti
Oleh itu dakwaan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah bahawa Sunway bersih rasuah dalam satu surat tidak boleh diterima dan tidak wajar menutup siasatan.
Dakwaan yang melibatkan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, selain turut menyentuh institusi utama seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta rangkaian individu berprofil tinggi, dilihat cukup serius untuk menuntut satu siasatan menyeluruh, telus dan bebas.
Kegagalan pengambilalihan IJM oleh Sunway mungkin menamatkan satu episod, tetapi ia membuka episod yang lebih besar — persoalan tentang siapa sebenarnya yang mengawal arah pelaburan dana rakyat.Jika dakwaan yang berlegar mempunyai asas, maka ini bukan sekadar isu korporat, tetapi isu kepentingan nasional.
SPRM kini berada di persimpangan penting — sama ada membongkar sepenuhnya, atau membiarkan persoalan terus tergantung mengikut kabel Tan Sri Jeffrey Cheah yang berani mengumumkan dirinya bersih dari SPRM. Tan Sri Jeffrey Cheah dan Sunway tidak sesuci mana kerana kes rasuah pusat datanya masih berjalan hingga kini namun pengurus pusat datanya tidak didakwa hingga kini. Apa sudah jadi? pengurus yang menerima rasuah RM7.5 juta dan membakar RM1 juta wang bukti dibebaskan hanya membayar kompaun.
