Ramai bertanya mana The Corporate Secret?. Portal penyiasatan korporat The Corporate Secret (TCS) sekali lagi berdepan sekatan — kali ke-13 sejak tahun 2023. Namun sekatan demi sekatan ini tidak akan menghentikan perjuangan kami. The Corporate Secret akan terus hidup dan terus menjalankan peranan sebagai portal penyiasatan korporat yang mendedahkan perkara yang sering cuba disembunyikan daripada pengetahuan awam.
Sekatan terbaharu ini berlaku tidak lama selepas laporan media antarabangsa oleh Bloomberg meneliti isu pegangan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Laporan tersebut turut menyentuh beberapa nama dan isu yang pernah disentuh lebih awal oleh The Corporate Secret dalam siri pendedahan kami. Ya Bloomberg membangunkan singa yang sedang tidur!
Sejak ditubuhkan, TCS memberi tumpuan kepada pendedahan berkaitan tadbir urus korporat, konflik kepentingan, manipulasi saham serta rangkaian pengaruh perniagaan yang melibatkan tokoh korporat dan institusi kewangan. Kami percaya bahawa ketelusan dalam sektor korporat adalah asas penting kepada integriti ekonomi negara.
Antara pendedahan paling kontroversi yang pernah dilaporkan ialah mengenai kewujudan rangkaian yang kami istilahkan sebagai “mafia korporat” diketuai oleh Victor Chin Boon Long. Istilah tersebut mula digunakan sejak tahun 2023 susulan kontroversi pengambilalihan Caely Holdings Bhd (kini dikenali sebagai Classita Holdings Bhd) yang dikaitkan dengan Victor Chin Boon Long dan isterinya, Madam Chan Swee Ying.

Pelaporan kami mengenai rangkaian yang didakwa beroperasi dalam dunia korporat ini tidak sedikit pun menggugat kedudukan Victor Chin. Kami berulang kali melaporkan bahawa Victor Chin Boon Long mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai institusi termasuk agensi penguat kuasa, pejabat Peguam Negara, mahkamah, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Malah beberapa Lembaga Pengarahnya adalah bekas pegawai kanan polis, SPRM, AG dan SC. Sehingga hari ini, tiada satu pendakwaan rasmi dibuat terhadap Victor Chin dan rangkaiannya walaupun pelbagai dakwaan serius telah dibangkitkan. Penggeraknya seorang pegawai kanan SPRM berketurunan cina yang kini dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Siasatan SPRM. Beliau bersekongkol dengan Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato Teleng) menguasai pelbagai Syarikat termasuk kes Pamela Ling. Sekalipun terdapat bukti aduan polis terhadapnya kerana SPRM hanya menafikannya.
Kami sudah menjangkakan Mafia Korporat ‘suka kepada orang berkuasa’ akan bakal bekerjasama dengan Farhash Wafa Salvador selepas dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Excel Force MSC Bhd pada 9 Mei 2023. Dato’ TS Wong pengasas MyEg Service Bhd (Kini Zentrix AI) dibantu Dato’ Sri Lim Kok Han telah menguasai EXCEL FORCE MSC BHD (32.96%) dan CUSCAPI BHD (30.77%) dari 2023 hingga 2025. Syarikat-syarikat ini pernah diserbu SPRM sebagaimana Green Packet, Classita, MMAG Holdings, Revenue Group dan Hong Seng.
Ironinya, Tan Sri Azam Baki pernah kontroversi tahun 2022 kerana memiliki kira-kira 1.9 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd bersama Dato’ Teleng. Namun diselamatkan dengan alasan adik guna nama beli saham.
Apakah semua ini kebetulan? Pelantikan Farhash sebagai Pengerusi bebas bukan eksekutif MMAG Holdings Bhd pada 28 Mac 2025 adalah satu titik hitam penglibatan secara langsung Farhash dalam mafia korporat. Victor Chin bijak memanfaat ruang menjadikannya sebagai Pengerusi dan pemegang saham terbesar. Bagaimana Tan Sri Azam memiliki saham Velocity Capital Partner Berhad? semuanya bermula dari MMAG kerana Velocity pernah dikuasai oleh Victor Chin sebelum menjualnya kepada Dato’ Fam Chee Way (Dato’ Ben). Velocity lah menjadi pembiaya saham-saham ini. Kekecohan hari ini kerana permainan Victor Chin. Melalui MMAGlah Victor Chin Berjaya kuasai NexG Bhd!
Akhirnya Farhash dikencing oleh Victor Chin dan terpaksa keluar daripada MMAG. Perang Farhash dan Victor Chin tidak dapat dibendung lagi. Begitu juga Dato’ Fam Chee Way seorang yang dikenali dalam ‘Underworld’ kini memburu Victor Chin Long dan terpaksa keluar daripada MMAG Holdings Bhd


Victor Chin dan rangkaiannya sangat kebal!. Setakat ini hanya bahagian AMLA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan pernah mengambil tindakan berani dengan menahan dan mereman Victor Chin, Francis Leong Seng Wui serta isterinya bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan kewangan. Namun tindakan tersebut juga dilaporkan berdepan pelbagai kekangan dan campur tangan daripada pihak atasan.

Realitinya, sekatan terhadap portal seperti The Corporate Secret bukan sesuatu yang baharu. Setiap kali domain disekat, kami akan muncul semula dengan domain baharu. Tujuan kami hanya satu — memastikan maklumat yang berkepentingan awam terus sampai kepada rakyat. Namun kali ini sekatan semua domain lebih teruk sehingga penggunaan VPN juga tidak mampu akses ke laman The Corporate Secret.
Ya kebenaran itu pahit dan menyakitkan tapi rakyat wajar tahu. Kepada isu baharu kononnya Tun Naimah isteri Tun Daim terlibat dalam gerakan bersama Bloomberg pastinya ia sangat melucukan kerana pendedahan mengenai Mafia Korporat telah bermula sejak 2023. Naimah tidak pernah ada hubungan pun dengan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan rangkaiannya. Nama Daim dan Naimah tidak pernah muncul dalam rantaian itu sehinggalah kini dijadikan ‘divert’ isu paling janggal. Kita boleh bahasakan perkara ini kemudian. Fakta yang jelas di depan mata Victor Chin Boon Long dan Francis Leong Seng Wui kini lari ke luar negara selepas siasatan. Mengapa? kerana mereka menyimpan keterangan siasatan yang menakutkan mengenai Mafia Korporat bahawa ada pegawai SPRM yang terlibat. Lambat laun ini pasti akan terdedah jua.
The Corporate Secret tidak ditubuhkan untuk mencari populariti. Kami tidak pernah muncul diri mendedahkan siapa The Corporate Secret. Portal ini wujud kerana wujudnya keperluan untuk mendedahkan perkara yang sering cuba disembunyikan dalam dunia korporat dan politik negara. Mafia korporat Victor Chin perlu dihancurkan kerana mereka merampas syarikat senarai awam menggunakan siasatan penguatkuasa. Begitu juga sebelum ini pendedahan mengenai skandal Skim MBI, Petronas, IJM Corporation dan lain-lain lagi akan diteruskan oleh The Corporat Secret.
Kepada Bloomberg terima kasih menyokong The Corporat Secret.
Sekatan mungkin boleh menutup satu laman web. Tetapi sekatan tidak akan mampu menutup kebenaran.
The Corporate Secret akan terus hidup.
Ketua Editor
The Corporate Secret
9.3.2026
