Gelombang baharu menggoncang reputasi IJM Corporation Berhad — bukan dari London, bukan dari Kuala Lumpur, tetapi dari Beijing. Menurut sumber yang dekat dengan pengawalselia kewangan China, wujud dakwaan bahawa terdapat arahan dalaman agar bank-bank dasar China dan institusi kewangan milik kerajaan menilai semula, memperlahankan atau mengetatkan kerjasama pembiayaan dengan syarikat yang dikaitkan dengan transaksi kewangan mencurigakan.
Dalam senarai yang disebut secara tidak langsung itu, nama IJM Corporation Berhad difahamkan turut disentuh berikutan laporan pengubahan wang haram yang telah mencetuskan kegusaran baru-baru ini.
Pendedahan Antarabangsa: SFO UK, RM2.5 Bilion Akaun Luar Negara & Individu Kunci IJM
Spekulasi mengenai kedudukan IJM di mata pengawal selia antarabangsa memuncak selepas satu portal antarabangsa dan blog tempatan mendedahkan bahawa Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom sedang meneliti transaksi kewangan luar biasa melibatkan Pengerusi IJM, Tan Sri Dato’ Tan Boon Seng @ Krishnan, serta kekayaan luar biasa yang dikaitkan dengan proksi rapatnya, Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong. Seow didakwa memiliki akaun luar negara bernilai lebih RM2.5 bilion, menjadikannya antara tokoh korporat Malaysia yang kini berada dalam radar penyiasatan rentas negara.
Laporan tersebut turut mendakwa wujud aliran wang merentasi beberapa bidang kuasa kewangan berisiko tinggi, selain menyebut kemungkinan siasatan antara agensi (cross-border regulatory scrutiny) sedang berlaku. Dua laporan utama yang mencetuskan kontroversi ini ialah:
LAPORAN : Skandal Wang Haram IJM: Transaksi mencurigakan, lebih RM2.5 Bilion akaun luar negara Seow Lun Hoo & Tan Sri Krishnan Tan dalam radar penguatkuasa
China Tidak Mahu Risiko: Polisi Menjauhkan Bank Dari Syarikat Berisiko Tinggi?
Menurut sumber kewangan di Beijing, pendekatan China ketika ini sangat jelas: mengelakkan institusi kewangan negara itu daripada terdedah kepada entiti yang terpalit dakwaan pengubahan wang haram. “Ini adalah langkah risk-containment,” kata sumber tersebut, yang menjelaskan bahawa arahan berkenaan tidak diumumkan secara terbuka — sesuatu yang sememangnya sinonim dengan gaya pentadbiran Beijing.
Arahan yang tidak dinyatakan secara rasmi ini diterjemahkan melalui penangguhan kelulusan kredit, penilaian semula kerjasama pembiayaan, dan had akses kepada projek baharu melibatkan syarikat yang menanggung risiko reputasi. Menurut sumber sama, nama IJM dikatakan muncul kerana laporan antarabangsa tentang RM2.5 bilion akaun luar negara, transaksi tidak normal melibatkan individu teratas syarikat, serta liputan media mengenai penyiasatan SFO UK.
Penganalisis pasaran Asia Timur pula melihat perkembangan ini selari dengan trend China untuk mengurangkan risiko AMLA, mengawal eksposur institusi kewangan negara terhadap aliran wang mencurigakan, dan melindungi kepentingan geopolitik dalam pelaburan luar negara.
Implikasi Kepada IJM: Pembiayaan, Projek & Persepsi Pasaran
IJM mungkin berdepan kesukaran besar dalam mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank China. Projek-projek Malaysia–China seperti taman industri, logistik dan usaha sama rentas negara boleh terjejas atau perlahan. Lebih kritikal, reputasi IJM di kalangan pelabur antarabangsa dijangka terus merudum pada waktu sektor pembinaan bergantung besar kepada modal asing dan risiko AMLA menjadi faktor utama dalam keputusan pelaburan global.
Mengapa Nama IJM Muncul Berulang Kali Dalam Radar Global?
Persoalan yang timbul kini lebih besar daripada sekadar akaun luar negara RM2.5 bilion milik Seow Lun Hoo atau kekayaan luar biasa tokoh korporat tertentu. Kenapa nama IJM semakin kerap muncul dalam laporan penyiasatan antarabangsa? Mengapa pengawal selia luar negara memfokus kepada individu di puncak hierarki syarikat? Dan yang paling mencuri perhatian — mengapa sumber bank China menyebut nama IJM sebagai faktor risiko reputasi?
Ini bukan lagi bahan gosip blog. Perkara ini telah memasuki radar penguatkuasa luar negara, menarik perhatian pelabur institusi, dan kini — menurut dakwaan sumber — mungkin mempengaruhi keputusan bank-bank China dalam kerjasama pembiayaan.
Untuk Rekod: Hubungan Kerjasama IJM Dengan Syarikat China Sebelum Ini
Sebelum kontroversi ini, IJM mempunyai sejarah kerjasama signifikan dengan entiti China:
China sebagai pasaran luar negara IJM. Profil korporat IJM menyenaraikan China sebagai salah satu pasaran antarabangsa yang disentuh dalam operasi luar negara syarikat.
MoU strategik dengan Guangxi Beibu Gulf International Port Group (2013). Kerjasama melibatkan:
- pembangunan Kuantan Port,
- pelaburan industri Malaysia–China,
- hubungan dengan pembangunan Malaysia–China Kuantan Industrial Park (MCKIP).
Kerjasama dengan China Harbour Engineering Company (CHEC). Antaranya termasuk pembangunan Malaysia–China Kuantan International Logistics Park (MCKILP), projek besar yang melibatkan kepakaran, teknologi dan pembiayaan dari entiti China.

Rekod kerjasama ini menjadikan dakwaan penyekatan atau pengetatan pembiayaan — jika benar — satu perkembangan yang signifikan kerana hubungan IJM–China sebelum ini sangat rapat dan strategik.
