
Skandal MBI terus menggegarkan dunia korporat tanah air. Buka mulut Tan Sri Datuk Alex Ooi telah menahan Dato’ Sri Lee Hock Seng Pengerusi Magma Group Berhad dan Dato’ Low Eng Hock CEO Ivory Properties Group Berhad.
Kini dua lagi tokoh berprofil tinggi turut ditahan Dato’ Lee Foo San dari Watta Holdings Berhad dan Goh Choon Lye dari ACME Holdings Berhad/ MGB Berhad

Langkah ini menandakan siasatan sedang memasuki fasa lebih serius, melibatkan bukan sahaja pengasas skim tetapi juga jaringan ahli perniagaan dan syarikat tersenarai yang dipercayai berperanan menyalurkan dana.
Siapa mereka?
Dato’ Lee Foo San – Watta Holdings Berhad
Dato’ Lee Foo San merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Watta Holdings Berhad. Beliau sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan & CEO, dan sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 1989.

Watta Holdings, di bawah kepimpinan beliau, terlibat dalam pelbagai sektor termasuk bateri automotif, telekomunikasi, tenaga dan perkhidmatan pelancongan.
Penahanan beliau mengejutkan pasaran kerana Watta dilihat sebagai sebuah syarikat konservatif, namun kini nama besarnya terheret dalam siasatan aliran wang MBI.
Goh Choon Lye – ACME Holdings & MGB Berhad
Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Goh Choon Lye kini menjadi tumpuan kerana penglibatannya dalam dua syarikat tersenarai utama iaitu;
ACME Holdings Berhad
Melalui syarikat kenderaan pelaburannya, WWT Wellness Solutions Sdn. Bhd., Goh Choon Lye memiliki pegangan tidak langsung sekitar 9.99% setakat 23 September 2024. ACME terlibat dalam sektor pembangunan hartanah, perabot, dan pelaburan strategik.
MGB Berhad
Goh Choon Lye juga merupakan pemegang saham utama dalam MGB Berhad dengan pegangan lebih 30% secara tidak langsung.
MGB Berhad kini berada di bawah LBS Bina Group Berhad, aktif dalam projek kediaman mampu milik dan pembinaan infrastruktur.
Goh Choon Lye mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli politik dan Tan Sri Tan Kok Ping Taikun Judi dikatakan kroni utama Lim Guan Eng ketika sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau merupakan Bekas Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Tan Kok Ping merupakan Pengerusi Eksekutif Magni-Tech Industries Berhad yang juga pemilik saham terbesar syarikat itu bersama anaknya Tan Poay Seng (MD). Selain memiliki saham Sports Toto Berhad dan Berjaya Retail Bhd. Beliau juga dikaitkan kongsi gelap di Pulau Pinang.
Siasatan kes Tan Sri Tan Kok Ping ketika itu ialah mengelak cukai, judi tidak berlesen, pemilik pusat hiburan dan membayar rasuah jutaan ringgit kepada pihak tertentu. Tan Kok Ping sangat kuat tidak seperti Taikun Dato’ Seri Khor Teng Tong Hunza Properties Berhad (Hunza Group) dan anaknya Datuk Khor Siang Gin yang pernah direman SPRM.
Maka tidak menghairan jika Goh Choon Lye ditahan dalam kes skandal MBI. Baca kisah Tan Kok Ping di sini

LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) ialah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San. Syarikat ini pernah menjalin kerjasama dan menandatangani Perjanjian Induk Dasar (HOA) bersama Nylex (Malaysia) Bhd, sebuah syarikat bermasalah yang telah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada Mac lalu.
Nylex dan Ancom Lynex Bhd pula dikuasai oleh taikun media kontroversi Dato’ Siew Ka Wei, yang sebelum ini pernah terpalit dengan skandal “Speedy Gonzales” bernilai RM99.963 juta pada tahun 2019 ketika beliau menjawat jawatan Pengerusi Tourism Malaysia. Susulan skandal tersebut, beliau pernah direman oleh SPRM bersama kekasih gelapnya, Ms Elizabeth Ken, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Geeko Tech Sdn Bhd.
Tambahan Nama Besar dalam Skim MBI
Sumber siasatan mengesahkan bahawa penahanan Dato’ Lee Foo San dan Goh Choon Lye dilakukan selepas bukti baharu menunjukkan pengaliran dana skim MBI disalurkan melalui rangkaian syarikat tersenarai, sebelum dilaburkan semula dalam projek pembangunan hartanah.
Dengan penambahan dua nama ini, jumlah ahli korporat berprofil tinggi yang kini dalam radar siasatan semakin bertambah, termasuk Dato’ Sri Lee Hock Seng – Magma Group Berhad dan Dato’ Low Eng Hock – Ivory Properties Group Berhad
Implikasi kepada Dunia Korporat
Penahanan ini mengukuhkan persepsi bahawa skim MBI bukan lagi sekadar melibatkan tokoh perantara kecil, tetapi sudah menembusi ke peringkat pengerusi kumpulan dan pemegang saham utama syarikat tersenarai Bursa Malaysia. Duit haram Teddy Teow dalam skim MBI telah dicucikan dalam syarikat senarai awam.
Jika sabit kesalahan, ia bakal menjadi salah satu skandal terbesar selepas 1MDB, dengan kombinasi skandal pelaburan haram, penyalahgunaan syarikat awam, dan kemungkinan kerjasama dengan proksi politik.
Bagi rakyat dan pelabur yang pernah menjadi mangsa MBI, perkembangan terbaru ini menunjukkan pihak berkuasa akhirnya mula menutup jeriji besi ke atas dalang dan rangkaian mereka.
Namun pemberi dana RM10 juta Datuk Seri Chiau Beng Teik, Pengerusi Eksekutif Chin Hin Group Berhad kepada Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon Timbalan Pengerusi T7 Global Berhad masih misteri hingga kini.