Siapa di belakang Datuk Wira Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp? Tiga Menteri Sumber Manusia daripada Saravanan (BN-PN), V. Sivaumar (DAP) dan Steven Sim (DAP) Shahul yang kontroversi tidak dipecat?
Sejak tahun lalu SPRM menyiasat HRD Corp susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap penyelewengan CEO HRD Corp.
Laporan itu menyebut HRD Corp melabur RM3.727b, salah guna kuasa dan banyak elemen “tidak patuh prosedur”.
Laporan Ketua Audit Negara juga menemukan banyak skandal CEO HRD Corp dari isu rasuah, kerugian hinggalah pelaburan salah HRD Corp dengan dalam saham Widad Group Bhd. Dilaporkan kerugian atas kertas sebanyak RM18.52 juta daripada pelaburannya dalam syarikat pembinaan Widad, yang dibelinya pada 2020 melalui perjanjian opsyen jual dan beli (PCOA). Sehingga April 2024, HRD Corp memegang 3.12 peratus dalam Widad.
Lebih satu pertiga kerugian pelaburan RM49.38 juta yang dilaporkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) setakat Jun 2023 datang daripada pelaburan saham 62 sen dalam Widad Group Bhd, yang kini diniagakan pada 0.04 sen sesaham.
Di bawah PCOA, HRD Corp mempunyai hak untuk membeli dan menjual saham Widad pada harga tertentu dalam tempoh tertentu. Namun semuanya atas kawtim CEO HRD Corp dengan pemilik Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah maka tiada dividen dibayar serta meneruskan pelaburan walau rugi dikekalkan.
Apa jadi kepada Widad?
Awal Januari tahun 2024 syarikat keluarga Yu, YNH Property Bhd, Rapid Synergy Bhd dan Widad Group Bhd milik Tan Sri Ikmal Opat Abdullah (30.11%) mengalami kejatuhan lebih 60 peratus sejak 18 januari 2024 dengan kerugian di atas kertas untuk Ikmal Opat sekitar hampir RM300 juta.
Kejatuhan saham syarikat mereka mencetuskan kesan domino Bursa Malaysia, RM7.1 bilion permodalan saham lesap pada bulan itu. Tan Sri Ikmal Opat juga terpaksa menjual satu lagi syarikatnya Dataprep Holdings Bhd pada April 2024. Tan Sri Ikmal terus rugi kerana blok saham itu bernilai kira-kira RM2.18 juta sahaja.
Widad Group Berhad terus mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM24.89 juta untuk tahun kewangan terkini. Hasil syarikat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pentadbiran, menyebabkan kerugian operasi secara keseluruhan.
November tahun lalu oleh sebab kerugian Widad, Bin Zayed International Group mengumumkan menarik diri projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion itu.
Widad melingkup HRD Corp dapat apa? Siapa wajar dipersalahkan? Tentulah Datuk Wira Shahul Hameed Dawood!
Shahul Hameed kebal
Siapa sebenarnya melindungi Shahul Hameed? Faktanya jelas Datuk Wira Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp ini sangat kebal. Sejak dilantik sebagai CEO bermula April 2020 oleh Datuk Saravanan Menteri Sumber Manusia (Kerajaan PN-BN) ketika itu Shahul, Saravanan dan Dato’ Sri Aminul Islam bin Abdul Nor pengasas Syarikat Bestinet Sdn Bhd rangkaian tidak boleh dipisahkan. Dilaporkan mereka menjadi kaya raya kerana perniagaan pekerja asing ini.
Disiasat SPRM dan bercuti sekejab dan kembali sebagai CEO HRD Corp menunjukkan betapa kebalnya Shahul Hameed. Banyak perkara pelik CEO kelahiran Negara India lakukan antaranya menaikkan gajinya sendiri sehingga RM64, 300.00 sebulan.
Bercuti diluar negara bersama kartel yang dikaitkan dengan kes rasuah pembekal pekerja asing Bangladesh Dato’ Sri Aminul Islam bin Abdul Nor pengasas Syarikat Bestinet Sdn Bhd, Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) sehingga CEOnya direman kerana menerima rasuah RM800 – RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing sekitar 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022. Bayangkan berapa kayanya mereka!
Tahun lalu kecoh pihak berkuatkuasa Bangladesh meminta bantuan Malaysia agar mengekstradisi Dato’ Sri Aminul pengasas Bestinet & Ruhul Amin terkait pengubahan wang haram, pemerdagangan orang. Aminul Islam dan Ruhul Amin didakwa memainkan peranan penting dalam sistem yang ‘memeras wang secara curang daripada mangsa’, lapor Bloomberg dan portal Bangladesh.
Belum masuk Projek Skill Passport kepada kroni Syarikat Neomindz Sdn Bhd Shahul dari India. Datuk Rosli Yaakub Ahli Lembaga Pengarah wakil MOF membongkarkannya sebagai satu cubaan merompak RM53,156,772 daripada 4,429,731 pekerja yang berdaftar dengan HRD Corp. 3 kali kemas kini setahun dengan anggaran RM 159,470,316 setahun. Apa motif Shahul selain untung kroni apakah juga menjual data dan rahsia profile pekerja Malaysia kepada pihak asing?
Laporan PAC dan Laporan Ketua Audit Negara sangat jelas kehancuran yang dibuat oleh Shahul Hameed dan kartel HRD Corp.
Pada Oktober 2024 memandai sahaja HRD Corp mentafsir laporan PAC kononnya tiada kes bagi Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM. PAC tidak bersetuju dan tidak pengesahan tutup kes.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga menafikan menutup siasatan kes rasuah Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara ini timbul berikutan satu laporan portal mendakwa seorang pegawainya memaklumkan bahawa siasatan berkaitan HRD Corp ini telah ditutup.
Menurut Azam salah faham itu berlaku berikutan pegawai SPRM itu tidak meneliti secara terperinci beberapa kertas siasatan yang telah dilakukan sehingga maembuat andaian yang boleh menimbulkan keraguan kepada masyarakat.
“Saya tidak pasti dari sudut mana pegawai itu merujuk kepada isu ini, tetapi secara amnya kami telah membuka beberapa fail siasatan terhadap HRD Corp. Secara amnya, kami membuka beberapa fail terhadap HRDF.
Mengapa Steven Sin Menteri Sumber Manusia tak pecat Shahul? Daripada Menteri Saravanan kepada V Sivakumar dan seterusnya Steven Sim, Shahul sangat kebal dan kekal CEO. Apa yang Shahul kawtim dengan menteri? Steven Sin ada peluang tidak menyambungnya dengan banyak kontroversi tetapi Shahu tetap kekal.
Terbaru segala perbelanjaan kad kredit CEO HRD Corp didedahkan di media sosial.