Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menegaskan Majlis Sukan Negara (MSN) turut perlu memikul tanggungjawab di atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran empat pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang melabuhkan tirainya.
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya mengambil tanggungjawab di atas kegagalan berkenaan tetapi pada masa sama turut menuntut MSN tidak lepas tangan.
Beliau mendakwa MSN banyak campur tangan dalam pengurusan kontinjen negara yang menyaksikan ada ‘dua kapten dalam satu kapal’ dan ia menjadi salah satu faktor kegagalan di Paris.
“Sebenarnya tugas yang perlu dibuat adalah pihak MPM sendiri tetapi kita ada dua kapten dalam satu kapal.
“Ada tugas-tugas yang pihak MPM perlu lakukan diambil alih secara tidak langsung atau diambil tanpa pengetahuan pihak MPM. Sudah banyak kali juga kami bergaduh seperti adik beradik.
“Perkara ini sesuatu yang tidak sihat dan menjejaskan kontinjen negara.
“Untuk makluman, kontinjen negara lain diuruskan sepenuhnya oleh majlis paralimpik negara masing-masing dan macam kami, kami yang patut menguruskan segala-galanya.
“Tetapi untuk Paralimpik Paris, kami hanya ada dua orang. Pihak MSN ingin campur tangan. Sebenarnya pihak kerajaan tiada locus standi langsung dalam apa jua temasya tetapi mereka ingin ambil tugas kita.
“Mereka juga membuli ketua kontinjen kita (Datuk R Subramaniam) dan tidak menghormatinya.
“Kami mengambil tanggungjawab di atas kegagalan ini tetapi MSN juga perlu ambil tanggungjawab. Tidak boleh bila ada kegagalan, MSN hanya diam… semua letak di bawah MPM.
“Kalau kamu hanya mahu pegang kuasa tetapi tidak mahu bertanggungjawab, baik tidak payah,” katanya
Tidak berdiam diri
Menurut Megat Shahriman, beliau tidak boleh lagi berdiam diri kerana perkara ini sudah berlarutan sejak Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
“Kita sudah melaluinya dalam empat temasya bermula Paralimpik Tokyo 2020, Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Para ASEAN Kemboja 2023 dan sekarang Paralimpik Paris.
“Saya tidak mahu lagi menutup mulut dan berdiam diri. Ini bukan lagi soal nak jaga buntut tetapi ia berhubung maruah negara.
“Saya memegang penuh tanggungjawab kerana kepentingan negara. Ini adalah wang rakyat dan dana awam, semua harus bertanggungjawab,” katanya.
Ketua Pengarah MSN
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata beliau akan memberi kenyataan sebaik tiba di tanah air dari Paris.
Dalam pada itu, Megat Shahriman menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet negara yang bertanding di Paris dan yang berjaya memenangi pingat di Paralimpik Paris kali ini.
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Dua emas negara disumbang jaguh badminton para, Cheah Like Hou bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang mendominasi acara lelaki 72kg manakala perak diraih Datuk Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).
Satu gangsa pula dihadiahkan seorang lagi atlet olahraga para Eddy Bernard dalam acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).
“Saya ucapkan tahniah kepada semua atlet yang bekerja keras dan kepada atlet yang memenangi dua emas, dua perak dan satu gangsa. Mereka berjaya mengharumkan nama negara.
“Atlet yang tidak dapat pingat, ini bukan sesuatu yang perlu kita rasa sedih sebaliknya kita harus bekerja keras untuk tingkatkan prestasi.
“Adat dalam sukan ada menang dan kalah. Kita terima hakikat tidak berjaya capai sasaran empat emas, saya harap ini akan membuka mata kita semua untuk kita terus bekerja keras,” kata Megat Shahriman.
Bekas Ketua Pengarah MSN ‘meloncat’ dengan Presiden Majlis Paralimpik
Susulan kenyataan Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin Presiden MPM itu tiba-tiba bekas Ketua Pengarah MSN yang sentiasa bergaduh dengan Datuk Seri Megat ketika berkuasa mempertahankan Majlis Sukan Negara (MSN). Dendam lamanya terhadap Presiden Majlis Paralimpik Malaysia tu belum selesai.
Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberi reaksi susulan kenyataan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang mendakwa agensi itu campur tangan dalam pengurusan kontinjen negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 sekali gus menjadi salah satu faktor kegagalan Malaysia mencapai sasaran empat pingat emas.
Beliau enggan mengulas panjang dakwaan yang ditimbulkan Megat D Shahriman itu kerana tidak mahu memberi publisiti yang tidak sepatutnya.
“Cukup saya katakan, mereka yang tahu pastinya tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tiada guna saya beri komen panjang atau melayan kenyataan seperti ini yang mahu mencari publisiti murahan,” kata Shapawi
Khidmat Shapawi sebagai KP MSN berakhir pada pada September 2023 dan digantikan oleh TKP MSN Abdul Rashid Yaakub pada November 2023.
Dalam tempoh khidmatnya di MSN banyak kontroversi dimainkan media sosial ketika itu.
Pesta dadah dan kroni Shapawi
Dalam isu pesta dadah tahun tahun 2020 kecoh serbuan polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk ekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Selangor Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas Menteri PH 01 serta kontraktor dan GRO di sebuah unit kondo didalangi oleh Kau Git Kaur Timbalan Presiden Malaysian Gymnastics Federation.
Kau Git Kaur akhirnya digantung sebagai Timbalan Presiden kerana insiden lobi memalukan itu.
Kondo parti dadah dan pesta Bersama GRO dilaporkan berlaku di premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Syarikat ini menjalankan perniagaan “supply of sports equipment” yang telah menjadi pembekal dan Kontraktor kementerian Belia Dan sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2002
Portal The Malaysian Insight ketika itu melaporkan, ahli perniagaan (Kau Git Kaur ) dikenal pasti sebagai dalang parti dadah bagi tujuan melobi projek dan kontrak kerajaan.
Kroni Kau Git Kaur
Adakah tiga Pegawai Khas Menteri iaitu Pizi Jihat, Pegawai Khas Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin, Muhammad Fadzil Mohd Ahmad pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri PM7 dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan (Syed Saddiq) yang juga Penolong Setiausaha Armada Bersatu. Pendek kata Kau Git Kau bijak menjaga bekasAdun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu.
Bermacam-macam persepsi timbul sehingga semua projek syarikat GK Sport & Recreation Sdn Bhd milik Kau Git Kaur didedahkan berkaitan dengan Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan.
Kau Git Kaur Kroni Datuk Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara
Bukan rahsia lagi Kau Git Kaur memang banyak mendapat projek daripada Majlis Sukan Negara dan KBS terutama projek MSN Selangor.
Kau Git Kaur dikatakan sangat rapat dan akrab dengan Ketua Pengarah MSN itu. Lantaran itu tidak hairan banyak projek Kau Git Kaur GK Sport Group ini daripada MSN. Mengapa? Kerana kuasa kelulusan adalah daripada Ketua Pengarah.
Datuk Ahmad Shapawi Ismail hanya mengarahkan Kau Git Kaur melaksanakan lobinya untuk mendapat sokongan daripada pejabat Menteri dan selepas itu ia disambut mudah oleh Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Ia strategi yang bijak kerana Kau Git Kaur telah menyusun semua peringkat jika tender pun bermakna teknikal dari pejabat Ketua Pengarah MSN dan pegawainya telah diatur lebih awal.
Karaoke, Pesta dadah dan perempuan seksi
Apa yang perlu dilakukan oleh Kau Git Kaur ialah melobi dahulu dengan menawarkan khidmat GRO, ‘Call Girls’, minuman keras dan dadah. Ia disusuli dengan pemberian wang.
Oleh kerana Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah adalah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor maka sebarang projek melibatkan MSN Selangor Adhif Syan Abdullah akan menyambutnya.
Itulah hebatnya pelobi Kau Git Kaur! Apa dia tak sapu di MSN dan KBS? Pegawai Menteri, pegawai politik atau penjawat awam adalah ‘makanan’ dan ‘alatan’ Kau Git Kaur!. Baca GK Sport
Jadi apa Datuk Ahmad Shapawi Ismail nak kecoh kerana dia pun tak sehebat mana. Hanya sakau sahaja.
By Erwanshah Marmin