Selepas penahanan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Dato’ Mohamad Azlan, Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad CEO Prolintas Infra BT, Sr Azury Kamaruddin GM Kontrak, Pengarah syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd dan beberapa lagi pengarah syarikat kini giliran penjawat awam seorang ketua penolong pengarah pula ditahan.
Ir Mohd Rosman Bin Alias Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Projek gred J52 di Bahagian Pengurusan Projek Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira jam 10 malam, selepas dipercayai menerima rasuah lebih RM146,000 daripada syarikat lantikan Prolintas sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja projek lebuh raya di Lembah Klang, bernilai lebih RM1 bilion.
Bukan calang-calang Ir Mohd Rosman beliau penerima Anugerah Pekerja Contoh (APCh) tahun 2022 untuk Lembaga Lembuhraya Malaysia. Beliau merupakan nombor dua selepas Pengarah Pengurusan Projek.
Siapakah syarikat yang membayar rasuah itu? SMPP syarikat utama? Atau subkontraktor seperti Cantilever Bumi? atau syarikat lain yang dicadangkan oleh CEO Mohd Azlan menggantikan syarikat utama yang dilihat gagal menyiapkan projek konsesi Lebuhraya pada masa ditetapkan.
Menurut sumber, Mohd Rosman di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam, sebelum Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi membenarkan lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya,” katanya.
Sementara itu Majistret Nazira Adlin turut membenarkan permohonan SPRM menyambung reman empat lagi suspek termasuk Dato’ Mohamad Azlan dan Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad CEO Prolintas Infra BT sehingga 2 Julai.
Nampaknya Dato’ Mohamad Azlan dan Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad perlu bertahan lagi. Begitu juga pengarah syarikat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan perkembangan reman ke atas semua suspek itu yang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.