Suruhanjaya Sekuriti menuntut penalti sivil RM1 juta dan suatu perintah menghalang defendan daripada dilantik sebagai ketua eksekutif atau pengarah dalam mana-mana syarikat tersenarai awam atau anak syarikatnya untuk tempoh lima tahun.
‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ inilah yang dapat digambarkan kepada Dato’ Dr Yu Kuan Chon abang kepada Dato’ Yu Kuan Huat yang dikaitkan pelbagai skandal manipulasi kewangan. Sejak januari
Pada januari 2024 YNH Property Bhd dan Rapid Synergy Bhd mengalami kejatuhan teruk dalam pasaran menyebabkan kesan domino Bursa Malaysia, RM7.1 bilion permodalan saham lesap dalam tempoh itu.
Rapid Synergy mengalami kerugian ketiga terbesar di Bursa, terus melonjak ke paras terendah 14 tahun, dengan harga sahamnya turun 44 sen atau 25.3% kepada RM1.30. Ia juga mencatatkan paras terendah dalam sehari pada RM1.27, turun 47 sen atau 27% daripada penutup sebelumnya pada RM1.74.
YNH Property antara yang paling rugi dengan harga sahamnya jatuh 16 sen atau 18.9% kepada 68.5 sen. Sejak 6 bulan lalu 86.16 peratus kejatuhan saham YNH dengan harga terkini 0.60 sen.
Menutup kerugiannya Dato’ Dr. Yu Kuan Chon dan Dato’ Yu Kuan Huat menjual beberapa asetnya termasuk menjual 163 Retail Park, sebuah pusat beli-belah di Mont’Kiara, kepada Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) dengan harga tunai RM215 juta.
Sumber berkata terdapat beberapa akaun Dato’ Dr Yu Kuan Chon dan Dato’ Yu Kuan Huat dibeku SPRM namun kini dilaporkan berjaya dibuka kembali dikaitkan dengan kerabat istana.
Dato’ Dr Yu Kuan Chon-Saham Shangri-La Hotels
Terbaru selepas bertukarnya Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti baharu menggantikan Datuk Awang Adek Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula memfailkan saman sivil terhadap Datuk Dr Yu Kuan Chon kerana penipuan dan memanipulasi pasaran membabitkan saham Shangri-La Hotels (M) Bhd (Shang).
SC mendakwa, Kuan Chon telah memperdagangkan saham hotel itu di antara 1 Mac 2018 dan 24 Julai 2018, dengan cara yang menyebabkan lonjakan dalam jumlah dagangan dan harga saham Shang.
“Kuan Chon didakwa berdagang dan berurus niaga dalam saham Shang menggunakan 15 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dalam tempoh berkenaan.
“Urus niaganya mewakili kira-kira 81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan saham Shang yang didagangkan di pasaran dalam tempoh ini,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam tuntutan yang difailkan pada 24 Jun itu, SC mendakwa Kuan Chon telah terlibat dalam aktiviti manipulatif dalam perdagangan saham Shang, dan aktiviti dagangan Yu melanggar Seksyen 175(1) dan/atau 176(1) Pasaran Modal. dan Akta Perkhidmatan 2007.
Justeru, SC memohon antara lain, penyerahan semula wang sebanyak RM26,572,397.70, iaitu tiga kali ganda keuntungan yang didakwa dibuat oleh defendan akibat pelanggaran itu.
Suruhanjaya itu juga menuntut penalti sivil RM1 juta dan suatu perintah menghalang defendan daripada dilantik sebagai ketua eksekutif atau pengarah dalam mana-mana syarikat tersenarai awam atau anak syarikatnya untuk tempoh lima tahun.