Mendiang Ta Kin Yan meninggalkan legasi termasuk Fajarbaru Builder Group, sebuah syarikat pembinaan, dan pemain hartanah Majestic Gen.
PETALING JAYA: Tan Sri Ta Kin Yan, pengasas dan pengerusi Kumpulan Waz Lian, telah meninggal dunia. Beliau berusia 72 tahun.
Menurut pegawai syarikat, taikun perniagaan itu meninggal dunia semalam petang dalam tidurnya, lapor The Star.
Selain menerajui Waz Lian, sebuah konglomerat yang memiliki beberapa resort dan hotel, Ta juga merupakan pengasas syarikat hartanah Majestic Gen Sdn Bhd.
Jejak perniagaannya boleh ditemui dalam syarikat pembinaan Fajarbaru Builder Group Bhd, di mana beliau mempunyai pegangan langsung sebanyak 12.38%.
Ta juga menganggotai panel penasihat Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC) dan merupakan ahli terkemuka Dewan Perniagaan dan Industri Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM).
Untuk rekod Tan Sri Ta merupakan antara taikun mesin judi terkenal bersama Tan Sri Danny Tan Chee Sing (Tropicana) dan Datuk David Cheng. Ketika SPRM menyerbu syarikat judi ogos tahun lalu Tan Sri Ta turut diburu SPRM n