Datuk Harrison Hassan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menggesa Kerajaan Selangor menarik semula keputusan pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility) sebagai syarikat pengendali perkhidmatan Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri ini.
Katanya kerajaan negeri perlu menghentikan pelantikan Asia Mobility kerana ia secara jelas dimiliki dan diuruskan oleh suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sekalipun segala penjelasan dibuat termasuk projek DRT bukan dari projek Kementerian Belia dan Sukan yang tiada kaitan dengan suaminya Ramachandran tetapi menurut Harrison projek DRT menimbulkan persepsi penyalahgunaan kuasa dan nepotisme apabila syarikat milikan ahli keluarga seorang menteri diberikan kontrak rundingan terus dalam perolehan tender bernilai RM25 juta.
“Kita meminta kerajaan Selangor menarik semula pelantikan Asia Mobility demi menuntut pentadbiran bersih, berintegriti dan bebas daripada konflik kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan minggu lalu.
Harrison turut meluahkan rasa kecewa dengan pandangan dangkal, naif dan tidak jujur sesetengah pihak yang mempertahankan keputusan terbabit kononnya Hannah tidak mempunyai kaitan dengan pelantikan syarikat tersebut.
KAKI RASUAH SEMBANG RASUAH!
Tapi Harrison ni cakap banyak dia lupa dia kroni rasuah kepada Hishammudin Tun Hussien sejak sekian lama. Bagaimana kes Harrison sekarang?
The Corporate Secret telah mendedahkan sebelum ini mengenai rasuah Datuk Harrison Hassan bekas pegawai Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien terlibat dengan skandal rasuah membekal Helikopter MD530G bernilai RM321.9 juta yang hampir gagal dibekalkan kepada Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia. Lebih separuh dana projek ini lesap dan dah dibayar.
SYOR BACA
5 Ogos 2023- Skandal rasuah Harrison punca Helikopter MD530G bernilai RM 321 juta hampir gagal dibekalkan
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sekitar Jun 2019 dipanggil SPRM selama 8 jam berhubung siasatan projek MINDEF termasuk Helikopter MD530G yang gagal disiapkan dari tarikh yang ditetapkan Kerajaan. Harrison dan seorang pengarah direman dan keterangan rakaman diambil ketika itu.
Ketika siasatan dan reman Harrison oleh SPRM, tidak sampai 2 jam Harrison membuat pengakuan beliau membayar rasuah RM5 juta kepada Datuk Seri Hishammudin sebagai komisen kepada projek itu. Bagaimanapun projek itu tak siap dan berbaki RM150 juta Datuk Seri Hishammudin mengarahkan Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Destini Berhad menyelesaikan pembekalan itu.
Tan Sri Azam Baki KP SPRM wajar membuka kes ini semula kerana simpanan rakaman siasatan kes itu masih tersimpan dan rakyat perlu tahu kes rasuah pembekalan Helikopter MD530G ini sekalipun bekalannya berjaya dihantar oleh Destini Berhad walaupun terlewat. Kes rasuah berlaku. Failnya pula Azam Baki SPRM simpan. Elok buka supaya Harrison ni tak nampak suci. Lagipun kes rasuah anak Hamzah tahun 2017 pun boleh didakwa.
Bukan lagi rahsia arahan Datuk Seri Hishammudin ketika jadi Menteri Pertahanan kepada Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman Pengarah Urusan Destini Berhad ketika itu ialah menyelamatkan Dato’ Harrison dan syarikat miliknya yang diberi kontrak HALAMAN OPTIMA SDN BHD untuk membekal Helikopter tempur ringan MD530G itu.
Maka Dato’ Rozabil Destini Berhad membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta sebagaimana diumumkan oleh Bursa Malaysia pada pada 16 Februari 2017 .
Sehingga kini Dato’ Harrison Hassan masih lembaga pengarah HALAMAN OPTIMA SDN BHD.
Sekalipun Dato’ Rozabil Abdul Rahman menjual semua kepentingannya Destini Berhad tetapi Destini kini dikuasai oleh geng mamak Dato Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir yang pro kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dato Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir ‘mamak’ terkenal kaki korupsi dalam UMNO dan banyak memegang saham-saham syarikat UMNO. Utusan Melayu Bhd antara syarikat yang dilingkupkan oleh Dato Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir.
Sekarang Dato Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir kekal pengerusi syarikat balak Sabah Priceworth International Bhd bersama Datuk Freddy Lim kroni Tan Sri Musa Aman.