Syarikat mafia korporat dikuasai Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong, Jiankun International Bhd melantik Presiden barunya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 10 Mei lalu.
Pelantikan Saiful Nizam dibuat selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pembangunan dan pembinaan hartanah itu pada 30 April. Mohamed Apandi, yang juga bekas Peguam Negara, telah mengetuai Jiankun sejak Disember 2020.
Saiful Nizam merupakan menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini memegang 2.5 juta saham atau 0.51 peratus pegangan dalam Jiankun.
Kontroversi Saiful Nizam bukan baharu namanya sering disebut sebagai anak menantu Zahid Hamidi yang sebelum ini dikaitkan dengan SMTrack Bhd projek RFID sekalipun sudah dinafikan. Penguasa SMTrack adalah mafia korporat yang sama dengan Jiankun International Bhd. Nizam Pernah menjadi pemegang saham utama sekitar 6 peratus pada Mac 2023 dan kini hanya 0.51 peratus.
Saiful Nizam mula dilantik ke Lembaga Pengarah Jiankun sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada April 2021.Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada Mac 2022. Pada Oktober 2022, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif kumpulan sebelum dilantik semula sebagai Presiden pada Disember 2022.
SIAPA DI BELAKANG MAFIA KORPORAT JIANKUN INTERNATIONAL BERHAD?
Tahun 2022 Jiankun dikuasai oleh Datuk Eddie Chai Woon Chet melalui Syarikat Advance Information Marketing Berhad (AIM)dalam 7.66 peratus. Semua tahu Datuk Eddie Chai Woon Chet merupakan anak didik Mafia Korporat terkenal Kenneth Vun Yun Lun. Anak didik lainnya ialah Mak Siew Wei, Roy Ho Yew Kee, Grave Vun, Tay Ben Seng Benson dan ramai lagi. Turut memegang saham dalam AIM ialah Peguam Mafia Korporat Datuk Chong Loong Men. Chong Loong Men Peguam yang berkhidmat kepada 4 tokoh iaitu Datuk Victor Chin Boon Long, Jacky Phang Chow Huat, Kenneth Vun @ Vun Yun Lun dan Eddie Chai Woon Chet.
Bagaimanapun Datuk Eddie Chai meninggal tahun lalu ketika berusia 45 tahun. AIM kini tidak lagi menjadi pemegang saham terbesar Jiankun.
SYOR BACA CHONG LOONG MEN- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Kini tokoh Mafia korporat yang mendalangi Jiankun ialah Dato’ Sri Alex Dr Teh Chee Teong pemanipulasi saham belakang tabir punya hubungan rapat dengan Kenneth Vun dan Jacky Pang Chow. Nama beliau jarang didedahkan namun pemain besar kepada manipulasi saham di negara ini. Lantaran itu syarikat dalam kumpulan ini sering berkaitan antara satu sama lain. Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong adalah ahli perniagaan ‘scammer’ yang sering menjual nama-nama kerabat raja dalam urusannya.
Antara syarikat yang Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong muncul sebagai pemegang saham dalam syarikat CN Asia Corporation Berhad (4.83%) dan Jiankun International Berhad (1.30%). Selain tangannya di SMTrack Berhad dan Zen Tech International Berhad (Dulu Inix Technologies Holdings Bhd). Semua syarikat ada kaitan dengan Kenneth Vun. Alex Teh dikatakan rakan baik kepada taikun kesayangan Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Lee Kim Yew pengasas Country Heights Holdings Bhd sehingga memiliki 0.49% disyarikat itu.
Alex Teh lah dalang membawa Tan Sri Lee Kim Yew membeli lebih banyak saham dalam SMTrack Bhd sekali gus sebagai pemegang saham utama syarikat itu pada 29 Disember 2021, selepas membeli 28.5 juta saham atau 5.05 peratus kepentingan di pasaran terbuka. Beliau sekali lagi menambah kepentingan pada 6 Januari 2022 kepada 5.4 peratus. Seperti biasa budaknya Datuk Azmi Osman pertahankan pembelian saham itu kerana Azmi juga ada saham di Country Heights Holdings Bhd.
SC SERBU KENNETH VUN- MENARA LIEN HOE
Kebiasaannya dimana ada Kenneth Vun disitu ada budak-budak Dato’ Sri Alex Teh. Suruhanjaya Sekuriti mac lalu menyerbu Menara Lien Hoe di Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, Selangor menempatkan puluhan syarikat senarai awam Mafia Korporat milik Kenneth Vun@ Vun Yun Lun seperti AT Systemization Bhd (ATS), MLabs Systems Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Fintec Global Bhd, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd, NetX Holdings Bhd, Lambo Group Bhd, Key Alliance Group Bhd dan Vsolar Group Bhd telah sekian lama bertapak di bangunan itu. Syarikat-syarikat ini biasa digunakan untuk manipulasi saham terutama syarikat saham murah (Penny Stock). Seperti biasa tiada pendakwaan setakat ini.
SYOR BACA MENGENAI KENNETH VUN- SC serbu syarikat Mafia Korporat Kenneth Vun di Menara Lian Hoe Tropicana dakwaan penipuan saham RM20B!
Syarikat seperti CN Asia Corporation Berhad, Jiankun International Berhad, MQ Technology Berhad, SMTrack Berhad dan ZenTech International Berhad (Dulu Inix Technologies) adalah syarikat biasa dikuasai dan digunakan oleh mafia korporat Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong.
Berpusing-pusing dia pemegang saham dan ‘budak-budaknya’ sebagai lembaga pengarah syarikat seperti Edwin Silvester Das (CEO Jiankun International Bhd), Datuk Zaidi Mat Isa (SMTrack & Key Alliance), Datuk Azmi Osman (SM Track/Jiankun), William H Van Vliet III (CN Asia Corporation Bhd), Datuk Abd Ghani Yusof (Bekas Pengerusi Komarkcop Bhd, Metronic), Tai Tean Seng (MQ Tech, Jiankun/ CN Asia Corp)Terence Cheah Eu Lee (Jiankun International Berhad, SMtrack Berhad, Multi Sports Holdings Ltd, MQ Technology Bhd, AHB Holdings Bhd), Datuk Seri Tan Choon Hwa (CN Asia Corp, SMTrack) dan Dato’ Saiful Nizam (SM Track dan Jiankun). Pengerusi MQ Technology Bhd ialah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik 5 Disember 2022. Maka tidak hairanlah suaminya Datuk Saiful Nizam dilantik Pengerusi Jiankun kerana syarikat ini dibelakangnya mafia korporat yang sama.
KONSPIRASI TERBESAR DATO’ SRI ALEX TEH CHEE TEONG
Kemunculan Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong tahun lalu ialah cubaannya merampas KNM Group Berhad yang dikuasai Tunku Datuk Yaacob Khyra menggunakan bilionior Jerman Andreas Heenchen bersama Flavio Porro (Itali) tetapi misi itu gagal. Beliau menggunakan pasukan dari Jiankun International Berhad, SM Track, MQ Technology Bhd dan beberapa orang budak Kenneth Vun melakukan rampasan.
SYOR BACA KNM- Mafia Korporat Dato’ Sri Alex Teh dalang baharu rampas KNM Group terbongkar
SYOR BACA KNM- EGM KNM: Kem Tunku Yaacob menang majoriti singkir Kem Andreas Heenchen & Mafia Korporat Kenneth-Dato’ Sri Alex Teh
Konspirasi yang digerakkan oleh Dato’ Sri Alex Teh membantu bilionior Jerman Andreas Heeschen menggunakan Datuk Azmi Osman Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack Berhad/ BOD Jiankun yang mempunyai 20,271,700 saham atas nama dan syarikat AZM Trading Venture Sdn Bhd, para pemegang saham SMTrack, Jiankun dan pemegang saham terbesar MQ Tech Tai Tean Seng untuk notis permintaan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Nama-nama pengarah dicadang kumpulan Andreas Heeschen mengambil alih KNM Group merupakan pengarah dan bekas pengarah syarikat Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh seperti Datuk Abd Ghani Yusof bekas pengerusi Magna Prima Bhd dan Komakcorp Bhd; Edwin Silvester Das (Ketua Pegawai Eksekutif Jiankun International Bhd), Datuk Zaidi bin Mat Isa @ Hashim (Pengarah eksekutif SMTrack Bhd); dan William H Van Vliet II, (Pengarah bebas bukan eksekutif CN Asia Corp Bhd).
Selain Azmi Osman, seorang lagi sentiasa bersama Dato’ Sri Alex Teh ialah Datuk Seri Tan Choon Hwa ‘kongsi gelap’ rakan baik Mafia Korporat Datuk Jacky Pang yang memberikan Bekas Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin 600,000 saham atau 0.29% di Syarikat Computer Form (M) Berhad. Datuk Seri Tan Choon Hwa hidup dalam semua kerajaan dari BN, PH, PN dan kini Kerajaan Perpaduan.
INIX TECHNOLOGIES HOLDING BERHAD (KINI ZEN TECH INTERNATIONAL BERHAD)
The Edge 2020 pernah melaporkan mengenai syarikat kongsi gelap Inix Technologies dengan Dato’ Sri Alex Teh memiliki 1.31 % saham bersama Broken Tooth Koi atau Wan Kuok Koi seorang ketua sindiket jenayah transnasional yang berasal dari Macau bekas “Kepala Naga” atau ketua kepada kumpulan 14K Macau. Datuk Seri Tan Choon Hwa turut bersama dalam syarikat ini yang kini dikenali ZenTech International Berhad)
KERAJAAN BERTUKAR MAFIA KORPORAT TETAP HIDUP
Siapa pun kerajaan Mafia Korporat seperti Victor Chin Boon Long, Kenneth Vun, Jacky Pang dan Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong akan tetap hidup menyesuaikan kumpulan mereka.
Maka jangan hairan jika Jiankun International Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai pengerusi daripada jawatan presiden yang disandangnya sebelum ini berkuat kuasa 10 Mei 2024.
Selepas saja beliau dilantik pengerusi menggantikan Tan Sri Apandi, Jiankun mengumumkan rancangan untuk pembangunan semula tapak seluas 1.49 hektar di sepanjang Jalan Tun Razak merangkumi projek menara pangsapuri mesra alam setinggi 52 tingkat dan tiga menara tambahan dengan komponen runcit serta kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion.
Selain pembangunan di Jalan Tun Razak, ia juga melibatkan Residensi Maya dengan GDV RM267 juta, Taman Panchor Jaya (RM73 juta), Lot no. 334 Bukit Tambun (RM200 juta hingga RM220 juta) dan Lot no. 12034, Klebang (RM190 juta hingga RM200 juta).
Ketua Pegawai Eksekutif Jiankun, Edwin Silvester Das berkata, komitmen kumpulan itu bukan sekadar keuntungan tetapi mengutamakan kelestarian alam sekitar, amalan hijau dan memberi kemampuan untuk pemilik rumah.
Selain itu Jiankun menerokai satu lagi pembangunan pegangan bebas yang menjanjikan di Simpang Ampat, Bukit Tambun, bersebelahan dengan Eco-Meadow dan Perbandaran Batu Kawan. Projek 520 pangsapuri perkhidmatan ini dijangka bernilai antara RM200 hingga RM220 juta.
Masa akan terus berlalu. Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong pasti akan dapat merampas syarikat lain mengembangkan pemilikan Mafia Korporaat dalam syarikat senarai awam. Beliau akan memperalatkan sesiapa saja daripada kerabat hinggalah anak-anak pemimpin kerajaan untuk mengukuhkan ‘kabel’. Maka sebab itu sukar Suruhanjaya Sekuriti menangkap mereka jika berlaku insider trading dan manipulasi saham.