Apa kata Pengerusi Ranhill Tan Sri Hamdan Mohamad? Setakat ini tiada pengumuman rasmi Pengerusi dan Rahnill berhubung siasatan CEO SAJ Ranhill anak syarikat Ranhill Utilities Berhad dan
dua lagi pegawainya.
Sasaran utama SPRM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Muhammad Faizal Aliar maka semalam Mohd Zafarullah Nordin Vice Presiden Group Communications merangkap CEO Ranhill Defence and Tecnology Sdn Bhd dan seorang lagi pegawai Ranhill Utilities Berhad ditangkap untuk siasatan menerima rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.
SYOR BACA – CEO anak syarikat Ranhill direman SPRM dakwaan minta rasuah RM3.3 juta
Tangkapan terhadap CEO Ranhill SAJ Sdn Bhd sebuah syarikat pembekalan air sudah dijangka memandangkan sebelum ini terdapat aduan mengenai Faizal Aliar ini yang terkenal kaki korup.
Menurut SPRM penahanan itu berikutan siasatan atas beberapa aduan sekitar 2023, di mana suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.
“Suspek juga dipercayai terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Ranhill Utilities Berhad ialah konglomerat Malaysia yang mempunyai kepentingan dalam sektor alam sekitar dan kuasa. Dalam sektor alam sekitar, ia menyediakan perkhidmatan bekalan air, mengendalikan loji rawatan air dan air, dan menyediakan perkhidmatan khusus dalam pengurusan dan pengoptimuman aset utiliti air. Dalam sektor kuasa, ia membangun, memiliki dan mengendalikan aset penjanaan kuasa. Operasi dan perkhidmatannya adalah terutamanya di Malaysia, dan operasi antarabangsanya berpusat di pasaran Asia seperti China, Thailand dan Asia Tenggara.
Ranhill telah diberikan lesen eksklusif oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada pelanggan akhir di seluruh Negeri Johor, negeri kedua paling ramai penduduknya di Malaysia, dengan penduduk lebih kurang 3.5 juta orang.
Pengerusi Ranhill ialah Tan Sri Hamdan Mohamad. Ranhill juga dianugerahkan Anugerah Utama Operator Awam Terbaik dan Anugerah Inovasi Industri Air Terbaik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sebelum ini Ranhill juga menerima pencapaian Malaysia Book Of Records (MBOR).
Setakat ini tiada pengumuman rasmi Pengerusi dan Rahnill berhubung siasatan CEO SAJ Ranhill dan dua lagi pegawainya.
YTL CORPORATION BERHAD merupakan antara pemegang saham terbesar (21.77%) dalam Ranhill Utilities. Kerajaan Negeri Johor memegang 9.06 peratus.
Ranhill dan projek konsesi air di Johor bersama YTL Corporation bukanlah sebuah usahaniaga ‘biasa-biasa’. Salahlaku rasuah pasti akan sampai kepada SPRM.