Mirzan Mahathir anak kedua Tun Dr Mahathir bekas PM7 sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an. Siapa tak kenal Mirzan bekas pemegang syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.
Seperti juga Tun Daim, apa saja yang berkaitan nampaknya akan dikorek habis-habisan.
Pada tahun 1992 pada usia 32 tahun, Mirzan Mahathir telah memperolehi 60% saham di dalam Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), yang ketika itu adalah syarikat pengangkut kontena bersaiz sederhana. Tahun-tahun berikutnya, pegangan beliau di dalam syarikat tersebut telah mencapai 72%.
Dalam tempoh 3 tahun pada tahun 1995, Mirzan kemudiannya membeli syarikat perkapalan yang sangat menguntungkan Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL Bhd) dengan mengambil alih saham dari pemegang saham terbesar syarikat pegangan kerajaan PERNAS (ditukar kepada PNS, tahun 2021 kembali nama PERNAS). Pemegang saham kedua terbesar ialah Tajudin Ramli. Mirzan membayarnya pada harga di bawah pasaran RM 247 juta.
Pada tahun 1996 Mirzan telah membeli 20% pegangan Diperdana Corp daripada adik lelaki Vincent Tan iaitu Danny Tan – hanya dua tahun selepas Danny membeli syarikat tersebut. Media WSJ melaporkannya sebagai “Diperdana Stake Is Sold in Deal Said to Be Tied to Mahathir’s Son”. Diperdana Bhd merupakan syarikat pengangkutan kontena (menggunakan lori) ketiga terbesar di Malaysia dari Danny Tan (adik Vincent Tan) melalui PSM Trading Sdn. Bhd.
Mirzan kemudiannya menyenaraikan KPB pada awal tahun 1996 dan harga saham melonjak naik apabila khabar angin tersebar mengatakan beliau akan membeli MISC selain mendapat hak penswastaan West Port. Nilai Mirzan ketika itu dianggarkan RM1.78 bilion. Ialah syarikat anak PM tentulah para taikun dan ahli perniagaan yakin kepadanya.
Bagaimanapun Panas tidak sampai ke petang. ‘Urusniaga seterusnya telah menyebabkan Mirzan terjerumus dengan masalah.
Beberapa bulan selepas penyenaraian, KPB membeli Pasific Basin Shipping Bulk Ltd yang berpangkalan di Hong Kong pada harga USD240 juta dan juga mengambil-alih hutang Pacific Basin bernilai USD224 juta. Ketika itu USD1 bersamaan dengan RM2.50. Perjanjian ini dibiayai oleh pemiutang luar negara di dalam matawang asing.
Apabila Krisis Matawang Asian melanda pada tahun 1997, USD1 melonjak dengan sangat tinggi pada kadar USD1=RM4.88. Dan hutang asing yang diambil oleh KPB untuk membeli Pacific membesar dengan mendadak. RM1.1 bilion menjadi RM2 bilion.
Ekonomi Malaysia jatuh dengan teruk, kadar faedah bank melambung tinggi. Ini bermakna syarikat tersebut mengalami kesukaran untuk memenuhi komitmen hutangnya dan perlu di ‘bail out’ atau akan menghadapi risiko bangkrap.
Pada Mac 1998, Petronas, melalui MISC telah membeli Pacific Basin pada harga USD55 juta (yang dibeli oleh KPB dengan harga USD240 juta setahun setengah sebelum itu). Petronas, melalui MISC, membeli semula PNSL Bhd pada harga USD165 juta. Laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son”.
Harga beliannya adalah dalam matawang dolar, dan bukan ringgit walaupun syarikat itu adalah syarikat tempatan dan kedua-dua penjual dan pembeli adalah warga tempatan – yang bermakna ianya jelas jumlah ini digunakan untuk melangsaikan hutang dolar luar negara yang diambil untuk membeli Pacific Basin.
Berdasarkan kadar tukaran dari RM4.00-RM4.83, ini bermakna Petronas telah membeli PNSL pada harga RM710 juta – sebuah syarikat yang dibeli Mirzan tiga tahun sebelumnya pada harga RM257 juta – yang memberikan keuntungan tunai RM500 juta dalam masa 3 tahun (ini berlaku lebih 20 tahun lepas – hari ini, pada harga hari ini, keuntungan tersebut mencecah lebih RM1 bilion).
PNSL ialah syarikat kerajaan sebelum itu mempunyai kontrak dengan GLC kerajaan maka pada 1998 dalam krisis ekonomi harga PNSL masih 3 kali ganda lebih tinggi berbanding ketika ianya dibeli oleh Mirzan 3 tahun sebelumnya di bawah harga pasaran.
Apakah maksud semua urusniaga ini jika bukan sebagai salahgunakuasa arahan Perdana Menteri untuk Petronas bail out syarikat Mirzan.
Bulan lalu, SPRM sudah pun memanggil individu itu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan salah laku rasuah serta penyelewengan. SPRM sekali lagi memanggil Mirzan untuk mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
“Siasatan menghendakinya mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” kata sumber itu.
MIRZAN MAHATHIR DAN SYARIKAT BARUNYA- BETAMEK BERHAD
Hari ini Mirzan bukan lagi dalam industri perkapalan dia bijak bersembunyi sebagai Pengerusi, Lembaga Pengarah dan pemegang saham di beberapa syarikat seperti AHB Holdings Bhd, Alliance Bank Malaysia Berhad, Dataprep Holdings Bhd, Allianz Malaysia Bhd, Dolomite Corporation Bhd, Konsortium Logistik Bhd, Lion Corporation Bhd, Lion Diversified Holdings Bhd,Lion Industries Corporation,Lion Posim Berhad,MNRB Holdings Bhd,Nakamichi Corporation Bhd,One Glove Group Berhad,Parkson Holdings dan Pelikan International Corporation Bhd.
Namun Mirzan muncul semula tahun 2022 melalui syarikat miliknya Betamek Sdn Bhd bertukar menjadi sebuah syarikat awam berhad dengan nama BETAMEX BERHAD yang disenaraikan secara rasmi di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 26 Oktober 2022. Betamek Electronics (M) Sdn Bhd yang ditubuh sejak 1989 syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik untuk pasaran automotif terutamanya di Malaysia, Jepun dan Indonesia.
Mirzan menjadi Pengarah Urusannya dan melihat industri automotif mempunyai permintaan yang tinggi terhadap produk audio-visual kenderaan dan aksesori. Mirzan memanfaatkan pelanggan utamanya, Perodua di negara ini. Jika Yasmin Group anak saudara Tun M dikaitkan dengan Proton Holdings sejak 1985, Mirzan pula melalui Betamek Electronics (M) Sdn Bhd bersama Perodua sejak 1994 (Perodua ditubuh 1993) iaitu hubungan selama 30 tahun. Ini bermakna Syarikat Betamek Electronics (M) Sdn sudah berusia 35 tahun dan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM12.1 juta dan RM17.7 juta masing-masing untuk tahun kewangan 2023 dan 2024, susulan peningkatan permintaan terhadap kenderaan mampu milik. Pada tahun 2021 Betamex menjadi peneraju pasaran dalam industri automotif tempatan, dengan penguasaan pasaran sebanyak 37.4 peratus.
Tun Dr Mahathir tahun 1993/1994 merupakan Perdana Menteri ke empat. Perodua pasti memanfaatkan kerjasama dengan Betamex Electronics (M) Sdn Bhd sejak 1994 itu.
Mirzan Mahathir tak pernah mati kerana Perodua masih ada menghidupkannya..