Sebulan sudah berlalu dari ugutan 3 hari ugutan kepada SPRM untuk menyahbeku akaun Aman Palestin Berhad sebelum saman ke mahkamah.
Hari ini Peguam Aman Palestin mengesahkan belum memfailkan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya masih menunggu jawapan bertulis berhubung permohonan menyah beku akaun bank.
Peguamnya Rafique Rashid berkata berdasarkan surat yang dihantar, pihaknya memohon pertimbangan SPRM supaya akaun Aman Palestin dinyahbekukan atas sebab dana itu perlu dihantar bagi kempen musim sejuk.
“Buat masa ini masih belum ada sebarang pemfailan kerana kami sedang menunggu maklum balas daripada SPRM. Buat masa ni belum ada apa-apa lagi,” katanya
Nampaknya seperti kes SPRM yang lain SPRM tidak pernah pun melayan tuntutan ugutan terhadapnya. Lebih buruk siasatan mungkin akan menemukan pelbagai perkara lagi yang akan menjejaskan Aman Palestin.
Ancaman tindakan undang-undang Peguam Aman Palestin 27 Nov lalu nampaknya tidak berkesan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika itu mencabar Aman Palestin silakan ke mahkamah.
SPRM sebelum ini membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa syarikat lain – membabitkan dana berjumlah RM15.8 juta – sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan NGO itu menyeleweng sejumlah RM70 juta.
Siasatan itu melibatkan dakwaan bahawa Aman Palestin menyalurkan wang ke syarikat-syarikat tidak berkaitan kepada kroni malah memberi projek kepada anak syarikat ISMA atau yang berkaitan dengan Pengerusi Aman Palestin ini termasuk pembelian jongkong emas dan aset bangunan menggunakan dana derma Palestin.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), serta Kanun Keseksaan.
Katanya akan ada penemuan baru dan mungkin ada pegawai Aman Palestin bakal didakwa tidak lama lagi.
BACA – ISMA dalang seleweng RM70 juta, SPRM digesa dakwa Abdullah Zaik, Suffian CEO Aman Palestin Berhad