Untuk makluman The Corporate Secret (TCS) setakat ini merupakan portal yang paling banyak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Hari ini kurang sebulan sejak 10 November lalu, SKMM membuat sekatan buat kali kelima. Bagaimanapun seperti biasa semua link URL The Corporate Secret masih boleh dilayari menggunakan Virtual Private Network (VPN).
1. www.thecorporatesecret.com
2. www.thecorporatesecrets.com
3. www.thecorporate-secret.com
4. www.thecorporate-secrets.com
5. www.thecorporates-secret.com
Sangat mencabar menjadi pengendali portal di negara ini terutama portal ‘di belakang tabir’. Siapa kata portal yang mengumumkan sokongan kepada Kerajaan PH-BN dan Madani tidak disekat? Ini bukti SKMM di zaman Kerajaan Madani lebih telus misalnya portal Sarawakreport dulu disekat kini dibuka sepenuhnya. Kami Tim The Corporate Secret mendoakan YB Fahmi Fadhil kekal Menteri Komunikasi Digital, pandai menggunakan kuasa sebenarnya ‘untuk menang’ dan jika ada kesempatan merombak pegawai SKMM sesuai dengan Kerajaan Perpaduan (PH-BN-GPS-GRS- DLL) sekarang.
Sabarlah mana tahu Ketua Editor akan menjadi Pegawai SKMM suatu hari nanti. Atau kawan-kawan Ketua Editor dilantik menjadi Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SKMM. Ialah siapa tahu kan. Ialah perkara boleh minta..
Ketua Editor
The Corporate Secret (TCS)
05.12.2023
emel: [email protected]