30 September lalu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat URL ketiga www.thecorporate-secrets.com. Sebagaimana pengumuman sebelum ini URL pertama www.thecorporatesecret.com dan kedua www.thecorporatesecrets.com.
Semalam (9.11.2023) SKMM menyekat URL keempat The Corporate Secret www.thecorporate-secret.com.
Bagaimanapun semua link URL The Corporate Secret masih boleh dilayari menggunakan Virtual Private Network (VPN) yang boleh dimuat turut percuma atau membeli di App Store dan Google play store.
Semalam ada pihak PN mendakwa The Corporate Secret milik Edisi Siasat. Namun pihak kami menafi kaitan dengan pengendali telegram Edisi Siasat itu.
BACA- The Corporatesecret (TSC) tiada kaitan dan tidak dimiliki oleh Edisi Siasat (ES)
Walau apapun yang berlaku kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia. Kami menghormati tugas-tugas SKMM yang menerima pelbagai aduan dari pihak-pihak tertentu.
Apa yang sebenarnya yang ditakuti dengan The Corporate Secret ini? kerana Mafia Korporate? Ada penguasa terlibat? bekas pemimpin negara? atau penjawat awam yang korup? Sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangi dengan pendedahan TCS. Semua artikel dan kandungan berita disertakan bukti, dokumen dan hal relevan dengan pendedahan.
Tiada apa lagi yang dapat diperkatakan. Kami hanya mahu membantu PMX, Menteri KKD dan Kerajaan Perpaduan sekarang untuk kerajaan yang lebih stabil. Editor TCS telah menulis sebelum ini mengenai situasi yang berlaku apabila URL ketiga disekat. Kini URL keempat menerima nasib yang sama.
BACA – Portal The Corporate Secret disekat SKMM lagi
The Corporate Secret akan terus hidup walaupun dengan URL seterusnya. Pihak berkaitan boleh terus menghantar emel atau aduan kepada Ketua Editor The Corporate Secret di emel [email protected]
Allah sayang kita semua,
Kita sayang SKMM,
www.thecorporate-secrets.com
www.thecorporatesecret.com
www.thecorporatesecrets.com
www.thecorporate-secret.com
Ketua Editor
The Corporate Secret
10.11.2023