Kerajaan mengumumkan pelantikan Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin sebagai ketua pengarah kastam baharu berkuat kuasa bermula isnin lalu.
Anis menggantikan Zazuli Johan yang dilantik ke jawatan itu pada 8 Julai tahun lalu.
Pelantikan berkenaan menjadikannya wanita pertama dilantik mengetuai jabatan di bawah Kementerian Kewangan itu.
Mengumumkan pelantikan itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali dalam kenyataan, berkata Anis, 54, mempunyai pengalaman 29 tahun dalam perkhidmatan awam dengan jawatan terakhir timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan.
“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan.
“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan cemerlang,” katanya.
Terdapat sumber mengatakan Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin merupakan antara TKSP MOF yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Johan Mahmood Merican sebagai KSP kerana melihat Johan pegawai bukan PTD yang ‘junior’.
Perbalahan sesama pegawai kanan MOF sangat tengang bukan lagi rahsia. Melantik Dato’ Anis Rizana sebagai Ketua Pengarah Kastam adalah cara terbaik.