Mafia Korporat Victor Chin Boon Long mengganas lagi. Selepas merampas banyak syarikat kini giliran Syarikat Hongseng Consolidated Berhad ditipu dan perah ‘kaw kaw’. Gagal ikut arahan pasti menjadi mangsa
_____________________________________________
Nampaknya kerugian demi kerugian terus dialami oleh Hong Seng Consolidated Berhad, ‘Ah long’ terbesar syarikat Mafia Korporat dikuasai Victor Chin Boon Long dan isterinya Madam Chan Swee Ying.
Hong Seng Consolidated Berhad dalang disebalik semua rampasan syarikat seperti Ingenieur Gudang Berhad (Dulu Dynaciate Group,CSH Alliance Berhad, Green Packet, MMAG Holdings, Classita Holdings (Caely), Revenue Group dan lain-lain lagi.
Dato’ Teoh Hai Hin Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng Consolidated nampaknya ditipu-tipu ‘kaw kaw’ oleh Victor Chin. Selepas semua wang diperah Teoh Hai Hin sebagai pemegang saham terbesar diarah menjual sahamnya. Malah diberi tekanan meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng Consolidated julai lalu.
Hong Seng Consolidated Bhd 29 Ogos mengumumkan mencatat kerugian bersih RM6.7 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. Kerugian Hong Seng sejak 9 bulan lalu ialah RM23.1 juta
Melantik Dato’ Mohamed Suffian Awang bekas Setiausaha Politik PM6 Najib Razak sebagai Pengerusi Hong Seng Consolidated nampaknya tidak memberi kesan kepada Kumpulan Hong Seng. Begitu banyak kontroversi syarikat mafia korporat ini akhirnya Dato’ Mohamed Suffian akhirnya meletak April lalu. Bagaimanapun Mafia Korporat Kenneth Vun memberikan saham kepada Dato’ Mohamed Suffian melalui syarikat HILLCOVE SDN. BHD. Bagaimana Mafia korporat berminat dengan Suffian yang pernah kalah dalam PRU ke13 Parlimen Kuantan? Selepas Najib ditangkap dan didakwa dialah antara orang yang lari awal meninggalkan perjuangan. Beliau sekarang masih Pengerusi Pecca Group Berhad
Peletakan jawatan Ng Keok Chai sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Hong Seng dan seterusnya kekal sebagai Pengerusi Classita Holdings Berhad nampaknya sebahagian dari strategi Mafia Korporat Victor Chin Boon Long. Sebelum ini Ng Keok Chai ada di Green Packet, Hong Seng, CSH Alliance dan Ingenieur Gudang Bhd.
Rupanya pada 14 Julai 2023 Hong Seng membeli 402 juta saham dalam Classita Holdings Bhd, mewakili 32.61 peratus kepentingan ekuiti pada harga tunai RM60.31 juta. Mengapa Hong Seng membeli Classita sebuah syarikat yang rugi memberikan banyak persoalan namun bukan menghairankan kerana Classita dirampas dari pengasasnya adalah dengan kerjasama Hong Seng dan rakan sekutu syarikat dikuasai Victor Chin Boon Long.
Hong Seng terpaksa menjelaskan pembeliannya kepada Bursa Malaysia dan pemegang saham pada 27 Julai lalu sebagai pelaburan tepat Hong Seng dalam Classita walaupun Classita sebuah syarikat yang rugi. Ini kerana terdapat unsur kepentingan lembaga pengarah antara Classita Holdings dan Hong Seng Consolidated Bhd.
Penjualan Classita membongkar identiti 3 vendor (Syarikat atau individu) yang melupuskan saham Classita kepada Hong Seng iaitu Madam Chan Swee Ying isteri Victor Chin Boon Long, Ng Keok Chai dan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui syarikat HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng). Bagi Chan Swee Ying dan Ng Keok Chai ia sudah diketahui umum tapi tiada siapa terfikir Tan Sri Adib bekas KPPA/KSU MOT memiliki saham dalam Classita Holdings Bhd melalui Hong Seng kerana dia hanya dilantik Pengerusi MMAG Holding pada 7 Februari 2022 sebuah lagi syarikat dikuasai Victor Chin.
Bagaimana seorang bekas pegawai tertinggi negara duduk diam dalam syarikat yang baru didaftar pada 14 julai 2023 tiba-tiba menjual 43.3 juta saham Classita Holdings Berhad bernilai RM6.4 juta? Duit mana dia dapat?
BACA – Mengapa Hong Seng ‘Ahlong’ Mafia Korporat beli syarikat pakaian dalam Classita Holdings Berhad?
Hong Seng bermasalah
Pengumuman-pengumuman baru Hong Seng menggambarkan syarikat itu sedang menghadapi masalah. Pengurusan baru nampaknya sedang menjahanamkan Hong Seng.
Hong Seng Consolidated Berhad membatalkan rancangan untuk memajak sebahagian daripada tanah perindustrian di Terminal Kargo Pukal Prai, Pulau Pinang daripada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). Berkeluasan 1.21 hektar, pajakan itu adalah untuk tempoh 20 tahun dengan jumlah bayaran sewa RM8.53 juta.
Selain itu Hong Seng Consolidated Bhd juga membatalkan projek bernilai RM3 bilion untuk membina kilang pembuatan lateks butadiena nitril (NBL) di Kedah Rubber City (KRC) ekoran kemerosotan dalam industri sarung tangan.
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia Securities pada 13 September lalu, syarikat itu berkata, mereka telah membuat keputusan strategik untuk menggantung pembangunan kilang NBL memandangkan pelbagai faktor termasuk keperluan projek dan pembiayaan.
Turut diambil kira faktor di luar kawalan kumpulan itu seperti sentimen pasaran semasa industri sarung tangan, keperluan penjanaan modal dan aliran masuk pelaburan swasta dan asing. Hong Seng membeli 42.49 hektar tanah Persekutuan di KRC dengan harga RM45.74 juta daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk penubuhan loji itu pada 2020.
KRC di Padang Terap merupakan taman perindustrian getah pertama di Kedah yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 506 hektar. Taman perindustrian getah itu merupakan salah satu projek nasional di bawah Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
April lalu Hong Seng membatalkan rancangannya untuk membeli perniagaan pengedaran kenderaan elektrik (EV) CSH Alliance Bhd pada harga RM20 juta, hanya dua bulan selepas pihak-pihak menandatangani perjanjian penjualan saham untuk transaksi itu. Pada masa itu, Hong Seng berkata perjanjian itu ditamatkan secara bersama selepas ia menyedari bahawa tanah seluas 55 ekar yang dipegang oleh perniagaan EV, Alliance EV Sdn Bhd (AEV), tidak sesuai untuknya menubuhkan kilang pembuatan bateri EV.
CSH Alliance Bhd adalah syarikat dikuasai Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Chan Swee Ying.
Inilah cara semua syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long mereka hanya menggunakan pengumuman projek untuk permainan ‘Goreng Saham’ dan selepas itu mereka akan melakukan ‘cash cow’ bagi mendapat wang. Hong Seng dijadikan mesin ATM bagi syarikat-syarikat Mafia Korporat yang akhirnya menyebabkan kerugian besar kepada Hong Seng.
Menyingkirkan Dato’ Teoh Hai Hin, keluarganya dan mengambil alih saham-sahamnya, memaksa membeli atau menjual kepentingan Hong Seng akhirnya merugikan syarikat itu. Pelbagai arahan dibuat untuk goreng saham semata-mata kepentingan Victor Chin Boon Long dan pasukannya
Apakah Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying mahu melingkupkan Hong Seng?