Tokoh media terkemuka, Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa pada 1 September 2023.
Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Ogos 2025.
Chun Wai, 62, dilantik menggantikan Datuk Ras Adiba Radzi yang tamat kontrak pada 23 Januari lalu.
Beliau telah berada dalam industri media selama lebih 38 tahun dan berkhidmat di pelbagai peringkat.
Beliau pernah menjadi ketua editor kumpulan, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif di The Star Media Group.
Penasihat The Star
Beliau kekal sebagai penasihat di The Star.
Star Media Group Bhd merupakan Kumpulan yang dikuasai MCA. April lalu MCA meningkatkan pegangannya sebanyak 1.27% kepada 327.46 juta saham atau 45.18%.
BACA – MCA terus kuasai The Star, tingkatkan pegangan 45.18 peratus dalam Star Media Group Berhad
Daripada pegangan saham terkini MCA, 14.15 juta saham atau 1.952% dipegang secara tidak langsung dan engambilalihan terbaharunya melibatkan 892,500 saham melalui cabang pelaburannya Huaren Holdings Sdn Bhd.
Oleh itu pelantikannya sebagai Pengerusi Bernama pasti memberi manfaat berdasarkan pengalamannya dalam industri media.