Apa sebenarnya cuba dilakukan oleh Iskandar Mirza Pengarah Urusan MAHB ‘Kaki Rasuah’ dan salahgunakuasa di MAHB?
Terlalu banyak cakap-cakap mengenai Pestech International Bhd yang ditamatkan kontrak oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) baru-baru ini. Namun tiada siapa yang tahu isu sebenar Pestech dan MAHB. MAHB lebih banyak bunyi mengenai Pestech.
BACA – MAHB tamatkan kontrak Pestech Technology Sdn Bhd projek aerotrain KLIA
BACA- MAHB batal kontrak aerotrain KLIA, Pestech-IJM mahu selesai secara baik
Namun temubual The Edge Malaysia edisi 28 Ogos 2023 – 3 September 2023 bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pestech International Bhd Paul Lim Pay Chuan mendedahkan kisah sebenar dari apa yang dinyatakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenai penamatan kontrak aerotrain bernilai RM742.85 juta yang dimiliki oleh syarikat kejuruteraan dengan Alstom pada Disember 2021.
Tidak ada isu terlewat kerana Pestech masih mempunyai 11 bulan baki kontrak. Paul Lim Pay Chuan yakin Pestech International Bhd mampu menyiapkan pada masa ditetapkan namun Malaysia Airports Holdings Bhd mempunyai pelbagai alasan untuk menamatkan kontrak. Kemungkinan kelewatan masih belum berlaku dengan baki 11 bulan lagi untuk menyiapkan projek ini bagaimana MAHB boleh menamatkannya lebih awal. Tidakkah ini menyalahi undang-undang?
Isunya hanya kepada pelan perubahan kerja, dan paling kritikal isu bekalan projek keretapi daripada Alstom mengesahkan keretapi itu akan sampai di Malaysia Februari 2024. Kemudian tiga hingga 3½ bulan untuk melakukan ujian, jadi pada bulan Julai tetap boleh diselesaikan. Jika terlewatpun tiada masalah kepada MAHB kerana kontrak itu mempunyai remedi- LAD (Liquidated Ascertained Damages) denda lewat jika Pestech tidak dapat menyiapkannya tepat pada masanya. Isu sekarang LAD pun boleh dibuat.
Jika isu siasatan SPRM dijadikan alasan kes itu telah selesai selepas digugurkan dan jika alasan kewangan pula ia tidak relevan, tidak lagi menjadi isu kerana IJM Corp Bhd telah mengambil alih 44.83% pegangan dalam syarikat Pestech melalui terbitan 800 juta saham pada harga RM124 juta. IJM memiliki sebahagian syarikat ini.
Oleh itu menurut Pestech penamatan MAHB dibuat secara tidak sah dan tindakan undang-undang boleh diambil namun Pestech mahu mencari mahu penyelesaian secara baik dengan MAHB.
Apa sebenarnya isu di MAHB?
Isu terbesar MAHB ialah Dato’ Sri Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan MAHB yang terkenal sebagai ‘Kaki Gaduh’. Dia campak manapun akan bergaduh dengan ramai pihak. Iskandar Mizal terkenal sebagai CEO melompat-lompat dari satu tempat ke tempat lain. Beliau tak akan kekal di satu tempat.
Beliau memang pernah berkhidmat di MAHB sebagai Pengurus Besar (1999-2003) mengetuai (IPO) dan penyenaraian syarikat MAHB di Bursa Malaysia. Selepas itu menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad (2013-2015). Kemudian beliau menyertai Media Prima Berhad sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 2020-2021. Beliau mendakwa Media Prima untung ditangannya namun terbukti sehingga kini Media Prima tetap untung tanpa dirinya. Ini bermakna bukan Iskandar Mizal menguntungkan Media Prima ketika dia sebagai CEO/MD.
Di Media Prima beliau kaki gaduh sehinggalah disingkirkan oleh Pemegang saham kedua terbesar Media Prima Datuk Seri Johari Abdul Ghani kerana perangainya jenis kaki gaduh, sombong, suka cakap dia semua betul dan tidak boleh bekerja dalam pasukan. Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak memerlukan CEO/MD seperti itu untuk membawa keuntungan kepada Media Prima.
Khabarnya di MAHB beliau sebagai Pengarah Urusan masih berperangai sedemikian. Beliau tahu kontraknya tamat pada Oktober 2023 maka beliau mengambil langkah untuk menyelamatkan diri sendiri kerana khuatir kontraknya tidak akan disambung. Kerjanya sebagai Pengarah Urusan MAHB tidak membawa apa apa perubahan, tiada keuntungan tambahan dan hanya sebagai memanaskan kerusi dan mengambil gaji buta. Boleh lihat sendiri prestasi MAHB.
Dalam laman sesawang BSKL (kaunter saham MAHB) juga tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan yang signifikan dalam kenaikkan dan kentungan saham MAHB.
Iskandar telah bersekongkol bersama Ibrahim Chang Boon Teck Chief Procurement Officer budak suruhan dan di MAHB menggelarnya ‘anjing’ suruhan Iskandar untuk membuat sesuatu impak yang besar kepada lembaga pengarah MAHB kononnya dapat melihat ada kelainan dan perubahan dibawa oleh Iskandar Mizal di MAHB. Tindakan yang terdesak oleh Iskandar dan budak suruhannya untuk terus relevan di MAHB.
Semua tahu perangai Iskandar malah di pihak Khazanah Nasional Berhad mereka sendiri tahu Iskandar Mirza Pengarah Urusan ini “under perform” dan tidak perlu disambungkan. Di Khazanah hanya “KPI” dan “Merit” sahaja dinilai.
Iskandar juga bergaduh dengan Pengerusi lama MAHB. Kini sedang mengipas Pengerusi MAHB baharu Tan Sri Datuk Zainun Ali. Iskandar menggunakan alasan BOD MAHB dan berpakat dengan konsultan untuk menamatkan Pestech International Berhad.
Modes Operandi Iskandar Mizal dan budak suruhannya Ibrahim Chang ialah untuk kekal di MAHB dan mempunyai “Retirement Plan”, mendapat kepentingan diri sendiri, salah guna kuasa dan rasuah.
Berikut merupakan beberapa isu Iskandar Mizal di MAHB;
1. Menamatkan kontrak Projek Pembekalan atau pembaikan Aerotrain di KLIA dimana kontrak ini adalah sangat penting dan ini adalah projek berbentuk PFI/Deferred Payment/PPP/Tender RFP yang memberi manfaat dari segi “easy cash flow” atau “reducing financial burden” yang memberi kesan positif kepada syarikat MAHB.
2. Meletakkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam keadaan “difficult position” atau tersepit untuk memastikan Iskandar dan budaknya Ibrahim Chang diperlukan dan sengaja memainkan isu sensitif dan panas untuk menyelesaikan masalah Projek Aerotrain ini. Iskandar dan Ibrahim Chang memperbodohkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan KSU MOT yang tidak tahu apa-apa dan mempergunakan supaya Menteri MOT dan KSU MOT mengambil tindakan terhadap Pestech. Iskandar tahu Menteri Pengangkutan ikut buku dan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Dengan cara ini menampakkan Anthony Loke lemah dan kerajaan Madani sentiasa ada kontroversi dan tidak cerdik. Heronya nanti ialah Iskandar Mizal. Ini adalah strategi Iskandar mencipta krisis dan isu nasional untuk memihak kepada mereka. “THEY CREATE THE FIRE AND THEY CAN PUT OFF THE FIRE” IN THE EXPENSE OF THE RAKYATS MONEY TAX PAYERS MONEY”
3. Iskandar Mizal tidak suka kepada Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan. Beliau lebih menyokong Tan Sri Muhyiddin Perikatan Nasional. Bukan semua ketua GLC menyokong kerajaan. Satu daripadanya ialah Iskandar Mizal CEO MAHB!.
4. Rancangan Iskandar adalah untuk menamatkan kontrak ini serta-merta dan memboleh kan beliau dan kuncu-kuncunya untuk kekal di MAHB serta membawa syarikat penyelamat iaitu MMC Corporatio Berhad sebagai kontraktor ganti. Seperti semua tahu Iskandar Mizal adalah bekas CEO Pos Malaysia Berhad milik Tan Sri Syed Moktar Bukhari. Oleh itu beliau berpeluang melantik syarikat kroni MMC Corporation Berhad. Jika beliau dibuang daripada MAHB pun beliau boleh kembali ke syarikat-syarikat milik Taikun itu. Menjadikan Projek Aerotrain KLIA ini isu besar dan isu negara, Iskandar memanipulasi media seolah-olah Pestech bersalah. Iskandar menjadikan nasib MAHB sebagai tempat pertaruhan judi “blackjack table” atau memperjudikan nasib MAHB. “MAHB its just another blackjack game for iskandar”.
5. Iskandar Mizal dilaporkan menggunakan kedudukannya sebagai CEO untuk menjalankan “business deal” atau berbincang dengan pihak MMC jika perancangan ini menjadi beliau akan diberi ganjaran dan dijaga oleh pihak MMC. Iskandar Mizal juga telah menyuruh MMC Corporation Berhad untuk memastikan Bank Muamalat tidak memberikan bantuan kewangan dan meluluskan “drawdown” syarikat yang sedang menjalankan kontrak Aerotrain ini.
Dalam masa sama Iskandal Mizal mensabotaj Pestech atau kontraktor sedia ada melantik MMC Corporation untuk mendapat kepentingan diri bersama Ibrahim Chang Boon Teck. Akhirnya duit rakyat juga jadi mangsa. Pihak SPRM digesa menyiasat dakwaan Iskandar Mizal mengesyorkan kontraktor kroni melaksana Projek Aerotrain ini. Berapa juta dia dibayar untuk menamatkan kontrak yang masih dalam progres?
Menteri Pengangkutan Anthony Loke jangan terburu-buru termakan hasutan Iskandar Mizal dan Ibrahim Chang untuk menukar kontraktor walaupun kontraktor masih ada baki kontrak. Ini pasti memberi implikasi undang-undang dan buang wang rakyat jika isu MAHB kalah di mahkamah.