Seperti sudah jatuh ditimpa tangga bagi syarikat katering dalam penerbangan Brahim’s Holdings Bhd (BHB) selepas berstatus PN17 di nyah senarai pula 3 Jun 2023 selepas Bursa Malaysia menolak rayuan untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan regularisasinya. Legasi keluarga Brahim’s Holdings Bhd akhirnya runtuh.
Kini Brahim’s Holdings Bhd kehilangan kontrak selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Desas-desus Malaysia Aviation Group (MAG) mahu menamatkan Brahim’s Holdings Bhd sudah meletup sejak jun lalu. Ada pihak berkata MAG akan memberikan kontrak kepada Kumpulan Berjaya Group Tan Sri Vincent Tan. Benar atau tidak ia satu spekulasi yang hangat diperkatakan. Masa akan menentukan helah MAG melepaskan diri daripada Brahim’s Holdings Bhd.
Jun lalu bukan lagi rahsia apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Mohd Fadhli Abdul Rahman menggunakan media mempertahankan syarikatnya, membetulkan persepsi Brahim terkait Paklah malah berbangga memperoleh kontrak penerbangan bukan saja dari MAG tetapi 35 katering penerbangan lain.
Mesejnya Brahim’s dapat kontrak kerana keupayaan mereka bukan faktor ‘Paklah’ semata selain membuktikan syarikat penerbangan lain pun melantik mereka. Hakikatnya CEO dan pengurusan Brahim’s gagal mencipta naratif simpati rakyat dan Kerajaan agar menyokongnya mengekalkan kontrak 25 tahun itu. Brahim’s bergerak sendirian selain masalah dalaman adik beradik yang menguruskan syarikat.
Apa ‘game’ MAG?
Penamatan Brahim Holdings dikaitkan dengan syarikat kroni menggantikan Brahim. Namun siapa? Menggunakan kelemahan syarikat seperti kerugian, status PN17, hutang dan perkhidmatan lemah adalah point penting MAG membatalkan kontrak Brahim’s.
Menurut sumber Malaysia Aviation Group (MAG) sendiri dikatakan mahu kembali mewujudkan syarikat kateringnya. Jika itu benar MAG perlu membayar sehingga RM129 juta, untuk mengambil alih unit katering dalam penerbangan dipegang oleh anak syarikat Brahim’s Holdings Bhd, Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS).
Perunding Deloitte Malaysia menilai keseluruhan BFS pada nilai di antara RM162.8 juta dan RM184 juta.
Ini bermakna pihak Brahim’s perlu bersedia menjual 70 peratus pegangangnya dan 30 peratus lagi kekal kepentingan MAG.
Mampukah MAG?
Sebelum MAS ditutup dan ditubuhkan semula sebagai MAG, katering MAS adalah adalah antara punca kerugian MAS. Dan kini MAG mahu kembali sebagai pengendali katering sendiri?
Untuk rekod, MAS Catering Sdn Bhd (MCSB) sebuah syarikat yang rugi RM240 juta diambil alih oleh Brahim’s pada September 2003 kerana faktor Pak Brahim (Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi) adik Pak Lah (bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi). Brahim’s membayar RM170 juta pembelian itu. Brahim’s bekerjasama dengan LSG Sky Chefs (LSG) Jerman membentuk LSG Brahim’s Airlines Catering. Pada tahun 2013 Brahim’s beli pula kepentingan LSG RM135 juta untuk beroperasi sendiri.
Brahim’s Holdings rugi, Mafia Korporat beli kepentingan Brahim’s
Tahun 2021 kerugian bersih Brahim’s Holdings RM6.54 juta. Selepas dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 3 Jun 2022 kerugian kerugian bersih Brahim’s pada 1QFY22 menyusut kepada RM4.85 juta.
Kesilapan terbesar Brahim’s Holdings ialah pada oktober 2020 apabila membenarkan kumpula Mafia Koporat Kenneth Vun Yun Lun melalui Focus Dynamics Group Bhd mengambilalih 12.19 peratus (laporan 2020- 16 peratus) kepentingan dalam Brahims Holdings Bhd selain melantik Benson Tay Ben Seng sebagai pengarah bukan eksekutif dalam Brahim’s Holdings. Turut dilantik Mejar Dato’ Ismail Ahmad orang kuat Kenneth Vun dalam Pasukhas Group Berhad.
Anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia Urusharta Jamaah Sdn Bhd mempunyai 19.28 % atau 45.5 juta saham. Oleh kerana Brahim’s PN17, Urusharta Jamaah Sdn Bhd melupuskan semua sahamnya.
Pengambilalihan Mafia Korporat hanya satu cara memanipulasi saham Brahim’s Holding. Focus Dynamics dalam kenyataannya, berkata pengambilalihan kepentingan dalam dapur pusat terbesar di Malaysia itu sebagai memperbaharui model perniagaan tradisional syarikat dengan menyuntik elemen teknologi digital dan konsep moden.
Pengarah Eksekutif Focus Dynamics, Benson Tay Ben Seng berkata, dengan rancangan untuk mendigitalkan dapur, rangkaian e-dapur dan cawangan utamanya, pengambilalihan itu menjadi langkah penting untuk mewujudkan platform operasi kukuh bagi memenuhi rancangan pengembangan serta pertumbuhan syarikat.
Dapur pusat Brahims yang turut diiktiraf sebagai pusat halal terbesar dunia menyediakan sehingga 60,000 juadah sehari malah menurut Ben Seng hubungan dengan Brahims membolehkan ia meneroka rangkaian perdagangan antarabangsa menerusi syarikat penerbangan dan penyediaan makanan dalam pesawat.
Focus Dynamics Berhad merupakan antara syarikat kawalan Mafia Korporat Kenneth Vun terlibat dalam skandal manipulasi saham ‘Penny Stock’ yang kontroversi tahun 2020.
Individu penting menggerakkan Mafia Korporat seperti Kenneth Vun ialah Datuk Chong Loong Men.
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Akhirnya saham Brahim’s Holdings menjunam, jatuh status PN17, rugi setiap tahun dan kini kontrak ditamatkan.
MAG bayangkan lantik syarikat baharu
Penamatan Malaysia Aviation Group (MAG) sudah tentu akan menjejaskan syarikat bumiputera kumpulan Brahim’s Holdings memandangkan sudah berdekad kerjasama mereka. Dalam satu kenyataan media MAG, syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, berkata ia akan menggunakan perkhidmatan katering sendiri mulai 1 September.
“Pada November 2022, MAG meneruskan proses pembaharuan kontraknya susulan lesen bersyarat perkhidmatan makanan Brahim’s (BFS) dikembalikan semula oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Matlamatnya adalah bagi mewujudkan cadangan perniagaan saling menguntungkan yang memanfaatkan MAG dan BFS, sambil mengutamakan kepentingan pengguna,” kata MAG.
MAG berkata ia akan terus meneroka pelbagai strategi untuk memastikan kemampanan perniagaan, termasuk bekerjasama dengan penyedia makanan dan minuman bereputasi yang berkongsi komitmen terhadap pengalaman premium penumpang dan perkhidmatan dalam penerbangan yang cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
MAG berkata pelan kesinambungan perniagaan (BCP) bakal dimulakan untuk perkhidmatan hidangan dalam penerbangan di laluan terpilih di bawah MAB, berkuat kuasa 1 September.
“Pengaktifan BCP menandakan penamatan perkongsian lama perkhidmatan katering yang sebelum ini disediakan oleh BFS pada laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian Malaysia Airlines.
“Ketika peralihan ini, Malaysia Airlines akan menyediakan makanan dan minuman dalam penerbangan alternatif bagi laluan yang terjejas, memastikan kelancaran operasi sementara mengurangkan sebarang potensi kesan terhadap keselesaan dan pengalaman pelanggan. Bagi laluan lain, makanan akan dihidangkan oleh penyedia semasa, POS Aviation Sdn Bhd,” katanya.
MAG berkata perancangan teliti telah dilakukan bagi operasi katering sendiri di bawah Malaysia Airlines, melibatkan memperoleh makanan pra-bungkus, serta bekalan makanan dan minuman daripada pelbagai pembekal, termasuk pengendali ruang istirahatnya MAS Awana. Syarikat pengendalian darat MAG, AeroDarat Services pula akan menguruskan proses mengangkat makanan memasuki pesawat.
Jika MAG melantik sendiri katering penerbangannya mungkin tidak akan mendapat kecaman pelbagai pihak namun jika melantik syarikat lain yang punya kaitan dengan mana-mana taikun kesannya pasti besar untuk di kaitkan dengan mana-mana kroni tertentu.
1 thought on “Kontrak katering adik Paklah Brahim’s Holding 25 tahun ditamatkan, Malaysia Airlines bakal lantik Syarikat taikun baharu?”