Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) khamis lalu mengumumkan pelantikan Dato’ Mohammad Faiz Azmi dan Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Ogos 2023.
Lembaga, yang dilantik oleh Menteri Kewangan, bertanggungjawab untuk memantau keseluruhannya tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya.
Pengerusi SC, Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin mengalu-alukan pelantikan baharu Lembaga SC itu.
“Latar belakang mereka yang pelbagai akan membawa perspektif baharu dan memastikan pendekatan bulat untuk membuat keputusan dan pengawasan,” katanya.
“Dengan penambahan Dato’ Mohammad Faiz dan Dato’ Alizatul, Lembaga Pengarah SC akan dianggotai kumpulan profesional yang lebih pelbagai dengan pengetahuan luas dalam pelbagai sektor,” katanya.
Kedua-dua yang dilantik mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam audit dan perniagaan selain perkhidmatan perundangan dan kehakiman namun semua itu tidak akan memantapkan Suruhanjaya Sekuriti selagi Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin masih kekal sebagai Pengerusi SC.
Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin merupakan pemimpin UMNO dan ahli korporat yang berpengalaman namun dari segi penguatkuasaan beliau dilihat gagal mengawal pegawainya. Oleh itu pertambahan Lembaga Pengarah tidak akan banyak membantunya selagi Pegawai pengurusan atasan dan bawahannya gagal diuruskan.
Masalah utama di SC ialah di dalam agensi mempunyai kartel sendiri yang dikawal Mafia Korporat. Mereka menentukan sesuatu fail kes itu ditutup atau didakwa. Semuanya kerana wang rasuah yang dihantar setiap hari ke agensi itu.
Tahun 2022 kecoh Skandal SC mengenai Foo Lee Mei, bekas Chief Regulatory Officer (CRO) SC bersama dua lagi Pegawai SC, Chee Fei Meng (Peguam Am) dan Chin Wei Min Pengarah Eksekutif Strategi dan Inovasi SC meletak jawatan di SC. Foo Lee Mei adalah orang kuat kepada Choong Loong Men Peguam Mafia Korporat. Insiden siasatan SPRM semuanya meletak jawatan.
Masalah di SC sekarang ialah Pengarah Penguatkuasaan yang diketuai oleh Budiman Lutfi Mohamed yang gagal menguruskan anak-anak buahnya. Terlalu banyak ‘KAWTIM’ dalam SC dan bahagian itu.
Sumber memaklumkan budak-budak Sarah Asmat Bahagian Penyiasatan seperti Adrian Tan, Yasmin dan beberapa lagi sedang lapar dalam kawtim bersama Mafia Korporat. Arahan Pengerusi SC Datuk Awang Adek mereka bakul sampahkan. Mungkin siasatan SPRM sebelum ini tidak menakutkan mereka.
Belum masuk DPP SC Shoba Venu Gobal yang punya link dengan Chong Long Men. Chong Long Men bekas DPP SC sudah tentu sangat arif perjalanan di organisasi SC itu.
Lantaran itu pendakwaan kes terhadap Mafia Korporat sejak 2014 hingga kini sangat kurang dilakukan. Hanya sekadar individu atau syarikat ‘ikan bilis’ bukan jerung Mafia Korporat terkait Victor Chin Boon Long.
Sebagai contoh mana mungkin Bahagian Siasatan SC dan pendakwaan tidak sedar kemunculan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dalam dunia manipulasi saham menggunakan syarikat seperti Pasukhas Group Berhad, Key Alliance Group Berhad, Komarkcorp Berhad dan broker saham berpusat di Hong Kong Sanston Financial Group Limited. Dalam skandal Penny Stock Sanston Financial merupakan pemain utama kepada manipulasi saham. Semua syarikat yang dikaitkan dibawah mempunyai pertalian antara satu sama lain sama ada sebagai Lembaga Pengarah, pemegang saham atau proksi. Ini belum masuk lagi Victor Chin, Jacky Pang Chow Huat dan Dato’Teleng Lim Kok Han.
Tapi apa Bahagian Siasatan SC buat?
MAFIA KORPORAT MAKIN BERLELUASA DR AWANG ADEK HUSSIN GAGAL DAKWA VICTOR CHIN BOON LONG DAN PASUKANNYA
Begitu banyak pendedahan dan laporan terhadap Victor Chin Boon Long sehingga mendapat reaksi daripada Polis Diraja Malaysia namun sehingga kini SC masih gagal mendakwa Victor Chin termasuk peguamnya Chong Loong Men.
BACA- Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
BACA- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
BACA- Fail sulit Ketua Mafia Korporat didedah, Azam Baki KP SPRM perlu tangkap Victor Chin, Chong Loong Men & Datuk Eddie
PENIPUAN PELABURAN
Mei lalu Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Awang Adek Hussin sendiri mengesahkan peningkatan ketara bagi kes penipuan pelaburan dalam talian sejak dua tahun kebelakangan ini. Beliau berkata, antara tahun 2020 dan 2022, jumlah aduan berkaitan penipuan telah meningkat sebanyak 100%.
“Daripada hanya 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 pada tahun 2022, dengan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit. SC turut menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan tahun lalu.
Itu pelaburan online belum termasuk penipuan dan manipulasi saham yang digerakkan oleh Kumpulan Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long, Datuk Jack Phang Chow Huat dan Kenneth Vun Lun termasuk merampas Syarikat menggunakan penguatkuasa.
APA YANG DATUK AWANG ADEK BUAT TERHADAP
PENIPUAN MAFIA KORPORAT?
Mengapa kes penipuan Mafia Korporat dalam manipulasi saham dan rampas syarikat senarai awam gagal dipercepatkan pendakwaannya? Banyak syarikat awam yang terkorban oleh kumpulan Victor Chin Boon Long. LDHN dan SC sepatutnya siasat akaun Mafia Korporat Victor Chin Boon Long.
Akaun Hamzah Zainudin baru-baru ini boleh dibekukan bawah AMLA LHDN mengapa pula akaun Victor Chin Boon Long tak boleh?
Perkara pertama yang dilakukan SC ialah membuat pendakwaan terhadap Victor Chin Boon Long, gunakan AMLA LHDN untuk Victor Chin Boon Long mengesahkan semua pendapatannya.
Ketika isu rampasan Caely /Classita kecoh sepatutnya Datuk Dr Awang Adek dapat bertindak namun tidak berlaku. Sehingga Classita dijual semula kepada Hong Seng Consolidated Berhad, seakan-akan Pengerusi SC itu bersubahat membiarkan perkara itu.
BACA- Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Fail forensik penyelewengan RM.30.3 juta Caely/ Classita Holdings Berhad pun dah didedahkan kepada umum. Laporan dan semua butiran kes juga dah dibuat.
Apa jadi kepada Classita Holdings Berhad sekarang? semua syarikat Victor Chin Boon Long berjual beli saham sesama sendiri, pemegang saham, bekas lembaga pengarahnya atau rangkaian syarikat yang dikuasai Mafia Korporat. Mereka untung berjuta dan ‘cash cow’ duit dari manipulasi saham atau projek tak wujudpun.
BACA- Mengapa Hong Seng ‘Ahlong’ Mafia Korporat beli syarikat pakaian dalam Classita Holdings Berhad?
BAGAIMANA DENGAN KES LAIN?
REVENUE GROUP BERHAD
Apa jadi dengan kes Revenue Group Berhad? Mafia Korporat merampas syarikat ini secara kejam. Beberapa pegawai SPRM terlibat mengugut pengasas syarikat sehingga mereka terpaksa meletak jawatan melawan kes mereka di mahkamah. Syarikat hingga kini kekal rugi tak untung malah saham jatuh menjunam.
Apa Awang Adek Pengerusi SC dan bahagian siasatan buat? mereka seronok melihatnya.
BACA- Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
BACA- Revenue Group lumpuh! Brian, Dino letak jawatan, sebelum ini eksekutif kanan, teknikal secara enbloc
BACA- Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
BACA- ‘Goreng’ Saham Revenue, Syarikat pinjaman wang kuda baru Mafia Korporat di Revenue Group?
KES MMAG HOLDINGS BERHAD
Kisah Victor Chin Boon Long menipu dua pengasas syarikat pengasas Kargo Xpress ( M Jets International Sdn. Bhd.) Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming kini memfailkan saman sivil berjumlah RM49.85 juta terhadap “Mafia Korporat” Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Berhad (MMAG ) dan dua pengarahnya Kenny Khow Chuan Wah, Chong Koon Meng, M Jets International Sdn. Bhd, Shanmugananthan a/l Ratnam, Anton Alex Schubert, Saysu a/l S. Michael dan JT Aerotech Solutions Sdn. Bhd (JTAS) kerana konspirasi untuk mencederakan kedua-dua mereka dan lebih awal merampas MJets.
BACA – ‘Mafia Korporat’ Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Berhad & 7 yang lain di saman RM 49.85 Juta
BACA – MMAG & Victor Chin Boon Long Mafia Korporat tipu M Jets, kini gaji pekerja bulan Mac tidak dibayar!
KES GIIB HOLDINGS BERHAD
Kisah Tai Boon Wee pengasas GIIB Holdings Berhad mempertahankan syarikatnya. Mafia Korporat cuba merampas syarikatnya. Tiba-tiba Lim Kok Han Dato’ Teleng menjadi pemegang saham terbesar GIIB dan mengugut Tai Boon Wee agar segera melantiknya sebagai Pengarah Eksekutif GIIB Holdings Berhad. Kes ini melarat menjadi kes jenayah selepas ugutan Lim Kok Han dan Chong Loong Men dengan pistol berakhir dengan siasatan kes polis jenayah ugut bersenjata. Lim Kok Han direman polis namun kesnya setakat ini masih bebas.
Cabaran terbesar Mafia Korporat dan Lim Kok Han ialah selepas GIIB Rubber Holdings Bhd melantik Dato’ Sri Wan Adnan Wan Mamat sebagai pengerusi bukan eksekutif baru. Pasukan Mafia Korporat tarik ‘handbrake’ kerana tahu kedudukan Dato’ Sri Wan Adnan Wan Mamat yang juga mempunyai ‘kabel’ besar pemerintah di negara ini.
KES KINGTON TUNG LUNG PEGUAM ‘SCAMMERS‘
Kisah peguam ‘scammers’ pemanipulasi saham, perampas syarikat dalam Kumpulan Jetson Berhad dan Kinergy Advancement Berhad (Dulu Kejuruteraan Asastera Bhd). Peranan terbesarnya membawa Mafia Korporat China mencuci duit haram untuk dilaburkan di syarikat senarai awam di Malaysia. Syarikat China menggunakan proksi membeli saham-saham ini. Namun Kumpulan Jetson Berhad berjaya menyingkirkan mereka selain kes jenayah memukul wanita.
KES COMPUTER FORM (M) BERHAD
Satu dari Mafia Korporat terkenal selain Victor Chin Boon Long ialah Datuk Jacky Pang Chow Huat. Zaman BN, PH, PN dan kini PH-BN beliau tetap berkuasa. Penipuan terbesarnya ialah terhadap PMX kononnya syarikat EV Thailand melabur RM5b namun semuanya dikencing serta memalukan negara. CFM untung menipulasi saham sebelum saham CFM menjunam malah Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN mempunyai saham dalam syarikat gengster itu turut untung.
BACA – Mafia Korporat Jacky Phang, CFM tipu PM Anwar dan Syarikat Thailand labur RM5b Projek EV
BACA –CFM sahkan syarikat gergasi EV Thailand tamat kerjasama projek RM5b
Kekal Awang Adek atau SC semakin parah?
Jika Datuk Awang Adek Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti tak boleh mendakwa Mafia Korporat Victor Chin Boon Loong lebih baik Awang Adek meletak jawatan sahaja. Apa yang berlaku di SC akan menjejaskan sama di Bursa Malaysia. Bayangkan jika semua isu dari Mafia Korporat Victor Chin, SPRM membekukan akaun syarikat senarai awam kemudian merampas syarikat itu. Ini pasti memburukkan pelabur di luar sana.
Atau jika penguatkuasa lain tak boleh lebih baik Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) melakukannya sebagaimana mereka menangkap Ahli Perniagaan Datuk Malik Dasthigeer pada 24 Julai lalu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Berpuluh juta aset dirampas. Itupun jika MATF mahu bertindak.