KUALA LUMPUR: Dua pengarah dan pengasas syarikat penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai, Revenue Group Berhad (Revenue) mengumumkan peletakan jawatan pada 20 Mac 2023
Mereka ialah Brian Ng Shih Chiow, 50, dan Dino Ng Shih Fang, 47.
Di dalam makluman kepada Bursa, Brian dan Dino memberikan alasan bahawa mereka tidak mahu berada dalam lembaga pengarah yang sama dengan pengarah-pengarah semasa”. Surat peletakan jawatan Brian dan Dino yang diperolehi oleh The CorporateSecret melalui media sosial juga menjelaskan butiran berkenaan.
Walau bagaimanapun, Dino masih kekal sebagai pemegang saham terbesar kumpulan dengan 85.38 juta saham atau pegangan sebanyak 17.71%.
Peletakan jawatan kedua-dua adik-beradik ini berlaku kurang daripada seminggu selepas bekas pengarah urusan yang juga pengerusi alternatif Revenue Group, Datuk Eddie Ng Chee Siong meletak jawatan atas alasan peribadi pada 14 Mac, dan melepaskan seluruh pegangan sahamnya sebanyak 25.34 juta atau pegangan sebanyak 5.26% dalam kumpulan tersebut.
Dengan Peletakan jawatan kedua-dua beradik itu, lembaga pengarah Revenue Group kini terdiri daripada pengerusi Nor Azzam Abdul Jalil, pengarah eksekutif Teh, dan pengarah-pengarah Ng Chee Keong, Jade Lee Gaik Suan, Kamari Zaman, Azman Hisham, Chandera Sekaran dan Krishnan hasil rombakan Mafia Korporat 13 Mac lalu
SYOR BACA – Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
Revenue Group telah menjadi tumpuan utama pada awal Januari lalu apabila ia menggantung fungsi eksekutif Brian dan Dino selepas beberapa aduan dibuat terhadap mereka oleh Mafia Korporat Victor Chin Boon Long yang menguasai Revenue Group sekarang termasuklah menggunakan penguatkuasa dengan pertuduhan sengaja diada-adakan di bawah Seksyen 403.
EKSEKUTIF KANAN, STAF REVENUE GROUP LETAK JAWATAN
Mengikut sumber TCS lebih ramai eksekutif kanan, ketua pasukan teknikal dan kakitangan tulang belakang syarikat itu meletak jawatan secara Enbloc.
Di antara mereka itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman, lebih 10 hingga 16 tahun di dalam syarikat, strategis, pakar it, pakar payment gateway, penyelidikan dan pembangunan program serta pakar di dalam bidang pengaturcaraan komputer dan keselamatan rangkaian yang berhubung rapat dengan teknologi yang dimiliki oleh Revenue Group.
Antara mereka yang dilaporkan meletak jawatan ialah;
- Mr. Ho – MD, Subsidiary (Sale and Operation)
- Ms. Rachel – Senior Manager, (Cyber security, Policies)
- Mr. Nick – Senior Team Unit Manager (R&D)
- Mr. Wong – Senior R&D (Payment Tech)
- Mr. Kok – Tech Lead ( AI Solution)
- Mr. Jin – User experience expert
- Mr. Philip – Lecturer (trainer)
- Mr. Boon – front end coder geek /Thinker
- Ms Goh – Team Lead (Payment tech)
Kemungkinan besar jumlah yang meletak jawatan akan terus bertambah setiap hari melibatkan pakar strategi, AI, siber sekuriti dan lain-lain lagi.
Ketiadaan Dino Ng Shih Fang selaku Executive Director dan Group Chief Technology Officer pasti akan memberi kesan buruk kepada Revenue Group memandangkan beliau sebagai pengasas dan pembina sistem pembayaran itu di Revenue. Beliau sudah pasti boleh melumpuhkan Revenue jika tidak sekarang tapi masa akan datang.
Pengumuman peletakan dua adik beradik pengasas Revenue itu pada 20 Mac menyebabkan kejatuhan harga saham kepada RM0.33 sen. Lebih 10 peratus hanya tempoh sehari. Ia juga kejatuhan harga hampir 80 peratus dalam tempoh setahun paling teruk dialami oleh Revenue.
Harga saham Revenue dijangka akan jatuh di bawah RM0.30 sen. Jika isu di Revenue tidak ditangani segera ia akan memberi kesan buruk kepada Revenue Group.
Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif Revenue Group pasti pening kepala menahan eksekutif kanan dan staf pakar IT meletak jawatan sekalipun menawarkan gaji lumayan.
Apakah lagi berlaku selepas ini?