Nampaknya satu persatu syarikat yang dikaitkan dengan menantu Tan Sri Muhyiddin terbongkar.
Semalam (15 Mac) empat individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk bernilai RM596 juta bagi melaksanakan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing Kementerian Dalam Negeri.
Tiga daripada empat suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 17 Mac manakalah seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Semua suspek terbabit adalah Pengarah, Ketua Pegawai Kewangan dan seorang pemegang saham bagi tiga syarikat terbabit secara langsung dalam membangunkan sistem berkenaan.
Sukuk itu diuruskan oleh RHB Investment Bank Berhad bagi membiayai projek NERS dan semua perbelanjaan dan hasil projek berkenaan perlu dimasukkan ke dalam satu akaun khas yang ditetapkan.
“Namun, akaun khas ini kemudiannya ditukarkan kepada akaun lain yang dipercayai sengaja diwujudkan pada awal 2022 disyaki bagi mengelakkan daripada pembayaran semula prinsipal dan keuntungan kepada pemegang-pemegang sukuk,” kata sumber itu.
Tindakan membenarkan syarikat terbabit untuk mewujudkan satu akaun lain dikatakan akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit terhadap pemegang sukuk.
Perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat yang sudah dimeterai pada Julai 2011 dengan tempoh selama 12 tahun. Sukuk ini dijadual mencapai tempoh matang pada Mei 2023.
Siapa Syarikat yang terlibat dalam pengendalian sukuk tersebut?
Lapora media TheStar pada 23.10.2013, Projek NERS’ melaporkan Alpha Circle Sdn. Bhd terlibat secara langsung dalam pengendalian RM540 juta Sukuk Musharakah (Senior Sukuk) & RM55 juta Sukuk Musharakah (Junior Sukuk).
Siapa pemilik Syarikat Alpha Circle Sdn. Bhd?
Laporan Islamic Market mendedahkan syarikat NERS Sdn. Bhd. (NERS) merupakan 100% pemegang saham syarikat Alpha Circle Sdn. Bhd Syarikat yang sinonim dikaitkan dengan Datuk Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun dalam kes ini di namakan atas Adam Radlan Adam Muhammad sepupu Adlan menantu Tan Sri Muhyiddin.
Adam Radlan adalah Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut dan ahli Lembaga Charity Golf Tan Sri Muhyiddin sebelum ini telah didakwa di mahkamah dengan 5 pertuduhan kes meminta rasuah hampir RM 7 juta program JanaWibawa.
Siapa NERS SDN BHD?
Syarikat NERS Sdn. Bhd merupakan pemegang konsesi Sistem Pendaftaran dan Kawalan Pekerja Asing atau projek ‘Biometric System’ bernilai RM912 juta kepada Nexbis Sdn. Bhd pada tahun 2011 syarikat menantu Muhyiddin, Datuk Adlan Berhan. Projek secara konsesi itu adalah selama 12 tahun hingga 2023.[Sukuk Alpha Circle Sdn. Bhd matang Mei 2023]
Nexbis Sdn Bhd merupakan Syarikat Dato’ Sri Johann Young yang kontroversi
Kertas Mesyuarat bertarikh 17 Mac 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin (TPM)– kertas laporan Status Pelaksanaan Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) membuktikan projek itu.
Baca fail mesyuarat seperti berikut;
Projek itu dibatal manakala syarikat Nexbis Sdn. Bhd telah dijenamakan semula kepada S5 System Sdn Bhd yang juga dikuasai oleh Datuk Johann Young rakan niaga Adlan Berhan dan Adam Ramlan Adam Mohammad yang terkait dengan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad.
Nampaknya isu penipuan sukuk bernilai RM596 juta bagi melaksanakan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing Kementerian Dalam Negeri mempunyai kaitan dengan Datuk Adlan Berhan menantu Muhyiddin Yassin melalui sepupunya Adam Radlan.
1 thought on “Seleweng sukuk RM596 juta, SPRM reman empat individu, Adlan menantu Muhyiddin, Adam Radlan terlibat”