Pendedahan The CorporateSecret (CS) mengenai Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar nampaknya mencemaskan kumpulan Mafia Korpporat yang diketuai Victor Chin Boon Long. Pengesahan siasatan polis mengenai kumpulan tu dan laporan media perdana telah membuka mata mengenai mafia korporat di negara ini.
The CorporateSecret juga telah mendapat maklumat mengenai usaha Victor Chin, digerakkan oleh Leong Sung Wui dan beberapa lembaga pengarah Revenue Group memberikan notis kepada pengarah-pengarah RGB bertarikh 5 Mac 2023 untuk mengadakan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah yang dijadualkan berlangsung pada 13 mac 2023 nanti.
Notis itu menyebut agenda yang mahu dibawa di dalam mesyuarat khas itu nanti adalah mahu melantik pengarah eksekutif baharu iaitu saudara Teh Chee Hoe dan meluluskan perlantikan Encik Azman Hisham Che Doi, Encik Kamari Zaman Juhari, Mr Krishnan Dorairaju, Mr Ng Kuan Horng sebagai CFO serta membincangkan dan meluluskan perubahan yang dicadangkan dalam pengurusan pengarah di anak syarikat-syarikat Syarikat.
Perlantikan itu adalah susulan pengumuman Revenue baru-baru yang melihatkan beberapa Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah eksekutif dan Ketua kewangan kumpulan yang meletak jawatan baru-baru ini.
Ketiga-tiga individu yang meletak jawatan iaitu Lai wee kiat ( ED) Loo Jo Anne dan ooi Guan Hoe adalah antara nama didedahkan terlibat dengan salah guna kuasa di RGB.
BACA – Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia?
Nampaknya mengapa aduan mengenai Victor Chin, rampasan kepada syarikat Caely Holdings Berhad dan sekarang Revenue Group kepada SC dan Bursa Malaysia selama ini tidak dilayan terjawab kerana terdapat orang dalam di agensi itu melindungi kumpulan itu. Chong Loong Men Peguam mafia akses kumpulan itu termasuk penggunaan SPRM untuk menekan pihak yang mereka tak mahu.
Mesyuarat Khas RGB pada 13 Mac ini membuktikan segalanya siapa dalang sebenar di belakang Mafia Victor Chin.
SIAPA YANG BAKAL DILANTIK?
Di dalam notis berkenaan mendedahkan beberapa nama yang dilantik ialah Azman Hidham Che Doi.
Beliau merupakan bekas CEO Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian pembelajaran dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Bermakna pegawai yang pernah punya akses dengan Suruhanjaya Sekuriti. Ini membuktikan Mafia Victor Chin mengawal SC. Chong Loong Men adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan semua ini selaku bekas DPP di SC.
Orang yang kedua mahu dilantik adalah dari bank negara iaitu Kamari Zaman Juhar. Beliau merupakan bekas pengarah di Jabatan Kewangan Pembangunan & Enterprise, Bank Negara Malaysia.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Vortex Consolidated BHD (sekarang Harvest Miracle) milik isteri Victor Chin Madam Chan Swee Ling. Maknanya tidak asing dalam syarikat kumpulan Victor Chin.
Nama ketiga mahu diangkat adalah Mr Krishnan Dorairaj 35 tahun merupakan BOD di Classita Holdings Berhad (Caely).
Satu lagi nama yang mahu dimasukkan adalah Chandera Sekaran @ Dawson iaitu pesara dari Bursa Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengarah Siasatan Bursa. Bermakna akses kepada Bursa Malaysia sekarang.
Turut dilantik ialah Pengarah eksekutif baharu di dalam Revenue bagi menggantikan Lai Wee Kiat yang meletak jawatan baru-baru ini adalah Teh Chee Hoe.
Siapa pula Teh Chee Hoo ini ? beliau adalah catur mafia dari Green Packet Group budak Leong Seng Wui . Beliau merupakan antara pemegang saham di dalam Green packet namun beliau hanyalah pemegang sekuriti gadaian kepada syarikat peminjam wang “Hong Seng Capital Sdn Bhd yang juga milik Mafia group.
Nampaknya Kumpulan Victor Chin sangat kebal dan berkuasa. Mereka semakin gila mencatur dalam Revenue Group. Selepas menyingkir dua beradik nanti dan kemudiannya pasti menukar nama Revenue Group kepada nama lain.
Pendedahan The CorporateSecret mengenai Rahsia MAFIA korporat Malaysia seperti Green Packet Berhad, Classita Holding, MMAG Holding, Harvest Miracle (Vortex) dan Hock Seng Consolidated Group membuktikan semuanya benar.
Ini termasuk bawah tangan Lim Kok Han terdapat ura-ura SPRM bakal mendakwa 2 beradik pengasas Revenue untuk melengkapkan perancangan Mesyuarat Khas Revenue menyingkir dua beradik itu sebelum 13 Mac nanti. Semuanya telah disusun rapi sempena pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yasin minggu ini agar semuanya dapat ‘divert’ isu Mafia Group Victor Chin
The CorporateSecret mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang berani menyiasat kes mafia korporat ini. Terbukti PDRM tidak pernah membenarkan mereka diperalatkan. Polis dan rakyat berpisah tiada. Syabas PDRM.
Bagaimana dengan SPRM? Kita doakan mereka tidak terlibat menjadi alat kepada kumpulan mafia Datuk Victor Chin Boon Long.
1 thought on “Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet”