MMAG Holdings Bhd menggantung pengarah M Jets International Sdn Bhd (MJets), M. Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming daripada fungsi eksekutif masing-masing berkuat kuasa serta merta, menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Syarikat itu berkata, tindakan diambil untuk melindungi perniagaan MMAG dan MJet, selain memastikan kelangsungan perniagaan.
“MMAG sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pengarah kerana mereka adalah indvidu yang bertanggungjawab terhadap fungsi eksekutif dan operasi harian MJets tanpa pembabitan MMAG.
“Pengumuman lanjut akan dibuat jika ada perkembangan material mengenai perkara ini,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Menurut MMAG, pada 19 Februari 2023, lembaga pengarah menerima surat daripada MJets menyatakan bahawa SPRM menyerbu pejabat MJets pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan maklumat dan dokumen berkaitan satu laporan yang dibuat kepada SPRM.
Berikutan siasatan SPRM itu, akaun bank MJets telah dibekukan.
Tahun 2020 MMAG mengumumkan pengambilalihan M Jets International Sdn. Bhd. (M Jets) menerusi pemerolehan 80 peratus kepentingan ekuiti dalam M Jets dengan jumlah pertimbangan tunai RM21.36 juta,merangkumi kira-kira 5.69 juta saham biasa.
MMAG Holdings Bhd yang dulunya Ingenuity Solutions Berhad dikuasai oleh korporat Mafia diketuai Victor Chin Boon Long. Penguasaan Victor Chin Boon Long dalam syarikat ini melalui saham isterinya Chan Swee Ying (BOD) dan proksinya Kenny Khow Chuan Wah.
Bagi mengukuhkan persepsi ke atas MMAG, Victor Chin melantik Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MMAG
Sejak dari dahulu satu cara Victor Chin Boon Long membuang Lembaga Pengarah syarikat dan anak syarikatnya yang engkar kepadanya ialah menggunakan laporan SPRM untuk menyiasat dan membekukan akaun syarikat.
Ini berlaku dalam semua syarikat yang dikuasai oleh kumpulan Victor Chin Boon Long.
BACA- Penguatkuasa, Mafia bersekongkol rampas syarikat senarai awam Revenue Group