Selepas beberapa pengumuman, Ahli Lembaga Pengarah Revenue mula bertindak untuk mempertahankan tindakan mereka.
Pada 18 Januari, ALP Revenue memaklumkan bahawa mereka telah melantik LSP & Co untuk mengambil tindakan semakan mengenai Revenue Harvest Sdn Bhd yang dijangka selesai 1 Februari 2023
Sebelum itu pada 20 Januari, Bursa telah meminta penjelasan daripada ALP Revenue mengenai firma yang dilantik serta justifikasi siasatan yang dibuat.
Menurut jawapannya pada Disember 2022, Syarikat telah menerima aduan mengenai transaksi yang mencurigakan yang melibatkan pembayaran oleh Revenue Harvest Sdn Bhd (“RHSB”) yang didakwa untuk pembelian gulungan kertas termal dan potensi kes penyelewengan aset Syarikat (“Aduan”).
Berdasarkan aduan tersebut, Syarikat dengan segera melancarkan siasatan dalaman. Selepas membentangkan dan meneliti dapatan, Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko Syarikat telah memutuskan untuk mendapatkan nasihat undang-undang.
Berdasarkan nasihat dan cadangan oleh penasihat undang-undang, Syarikat telah memutuskan untuk melantik firma profesional yang bebas untuk menjalankan kajian khas itu katanya.
REVENUE MULAKAN USAHA UNTUK PECAT ALP, PANGGIL NOTIS MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA UNTUK LAKUKAN UNDIAN
PADA 26 Jan 2023, RGB memaklumkan untuk mengadakan mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di mana mereka mahu mengusulkan untuk memecat pengasas bersama Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang daripada pengarah syarikat berkuatkuasa serta merta.
Tarikh EGM itu diumumkan akan dibuat pada 17 Feb 2023 , serta ianya dilakukan undian secara dalam talian
Pada tarikh yang sama juga, satu lagi EGM ( EGM2) dimana terdapat tambahan 16 lagi resolusi yang diantaranya memecat Nor Azzam Bin Abdul Jali, Ng Chee Keong, Ng Chee Seong, Lai Wei Keat, Loo Jo Anne, Jade Lee Gaik Suan, Alwizah Al-Yafii Binti Ahmad Kamal, Ooi Guan Hoe dan Tham Sai Cheong daripada jawatan pengarah.
Di dalam resolusi itu juga dinyatakan undian untuk Dato Paduka Ammar Bin Dato Shaikh Mahmood Naim, Chong Yu Cheang dan Adinor Bin Mohamed Yunus yang telah bersetuju untuk bertindak sebagai Pengarah dan telah menyatakan bahawa beliau tidak dinyahkeluar daripada dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah syarikat di bawah Akta Syarikat 2016, di sini dilantik sebagai Pengarah Syarikat dengan serta-merta.
SPRM GANGGU ALP REVENUE GROUP BERHAD
Pada 26 Jan Revenue Group Bhd mengesahkan dua pengarahnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tuntutan palsu berhubung pembelian kertas percetakan haba bernilai lebih RM400,000.
Syarikat pembekal penyelesaian e-pembayaran itu bagaimanapun menjelaskan perniagaan dan operasi tidak terjejas oleh penahanan dua pengarah tersebut memandangkan mereka sudah digantung daripada fungsi eksekutif, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada tarikh itu.
Kumpulan itu memberi reaksi kepada laporan kes berkenaan di dalam akhbar The Star pada Khamis yang mengatakan tiga pengarah syarikat ditahan SPRM termasuk dua beradik Brian Ng Shin Sciow dan Dino Ng Shih Fang yang merupakan pengarah syarikat Revenue Group Berhad.
Brian Ng Shin Sciow dan Dino Ng Shih Fang dituduh bersubahat dengan seorang wanita berusia 30-an yang merupakan pengarah firma lain. Mereka juga didakwa bersubahat membuat 16 pembayaran kepada wanita itu yang telah membuat tuntutan palsu sejak 2020.
Di sinilah peranan pegawai SPRM yang diarahkan seorang pegawai atasan untuk melakukan siasatan dan akaun syarikat serta kedua-dua beradik itu mula dibekukan.
TheCorporatesecret melihat wujudnya trend siasatan SPRM yang berlebihan, di ada-adakan bagi tujuan penguasaan pemilikan saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat didalangi oleh pegawai atasan SPRM dan taikun perniagaan.
Terlalu banyak persoalan tentang siasatan SPRM terhadap RGB. Umumnya menjadi tugas SPRM menyiasat sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama melibatkan syarikat korporat besar
Namun SPRM sebelum ini tidak pernah mencampuri tata kelola pengurusan syarikat ataupun mungkin laporan jenayah komersial melibatkan polis dan suruhanjaya sekuriti.
Siapa dalang?
Perkara yang menjadi isu besar ialah apabila terdapat pihak tertentu yang akses dengan pegawai SPRM menggunakan agensi SPRM untuk menyiasat syarikat, menahan individu dan membekukan akaun bagi tujuan menakutkan pihak tertentu terutama syarikat senarai awam di negara ini.
Lebih buruk jika penggunaan agensi itu untuk merampas pemilikan syarikat senarai awam. Ia memberi mesej yang salah kepada pelabur jika diketahui umum. Ia terbukti dengan situasi hari ini dengan beberapa kes tertentu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Siri ini akan didedahkan kemudian kaitan antara penguatkuasa dan Mafia yang bersekongkol merampas syarikat senarai awam seperti Revenue Group Berhad.
Pada 27 Januari, RGB mula menyampaikan notis kepada pemegang-pemegang saham mereka dan tatacara undian serta resolusi yang mahu dibuat iaitu memecat 2 beradik berkenaan dari ALP dan menamatkan perkhidmatan pengarah-pengarah yang lain yang diantaranya adalah Nor Azzam Bin Abdul Jalil, Ng Chee Keong, Alwizah Al-Yafii Binti Ahmad Kamal serta melantik Dato Paduka Ammar Bin Dato Shaikh Mahmood Naim, Chong Yu Cheang , Adinor Bin Mohamed Yunus sebagai ALP yang baharu.
KES MAHKAMAH UNTUK HERET 2 BERADIK BERMULA
Pada 2 Februari RGB memaklumkan bahawa mahkamah telah bersetuju untuk tarikh pengurusan kes iaitu dan diserahkan kepada penolong pendaftar kanan (SAR) pada 30 januari 2023.
Dan pada 10 Februari, Dino dan Brian mula memfailkan pembelaan mereka dan tuntutan balas terhadap RGB, menyatakan bahawa penggantungan mereka sebagai pengarah kumpulan itu adalah tidak sah.
Pada masa sama dua-beradik ini turut memfailkan perintah interim untuk menangguhkan mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan pada 17 Febuari sehingga kes ini diselesaikan
Seterusnya pada 13 Februari Mahkamah telah membenarkan perintah interim untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Luar Biasa ( 1&2) itu sehingga arahan selanjutnya.
Pada 15 Februari 2023, RGB telah memaklumkan kepada pemegang-pemegang saham mereka berkaitan penangguhan mesyuarat agung luar biasa itu ekoran perintah interim yang berjaya diperolehi 2 beradik berkenaan.
Brian Ng Shin Sciow dan Dino Ng Shih Fang bertindak
15 Februari lalu Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang bertindak mengurangkan kepentingan mereka dalam RGB kepada 17.71% ketika itu. Seperti makluman di Bursa Malaysia sebelum ini Brian telah memindahkan kesemua 55.5 juta sahamnya atau 11.51% dalam kumpulan kepada adiknya, Dino.
Dino, kini pemegang saham tunggal terbesar kumpulan itu dengan 85.38 juta saham, telah membeli dan menjual saham dalam syarikat itu sejak dua minggu lalu.
Sejak 8 hingga 13 Februari lalu, Dino menjual sejumlah 27.43 juta saham pada harga antara 45.3 sen dan 52.4 sen sesaham dengan jumlah keseluruhan RM13.36 juta.
Dalam tempoh tersebut, beliau juga membeli 4.1 juta saham pada harga antara 44.5 sen dan 51.2 sen sesaham berjumlah RM1.9 juta.
Pada 27 Februari harga saham RGB ialah 0.42 sen. Hari ini jatuh 0.02 sen pada 28 Februari kepada 0.40 sen mungkin sempena pengumuman audit RGB. Datuk Eddie Ng Chee Siong pengarah urusan yang memegang 8.33% kepentingan sebagai dalang utama cubaan rampasan syarikat RGB sejak semalam terpaksa menjual 14.82 juta saham. Sebelum itu iparnya Lai Wei Keat telah menjual 2 juta sahamnya kerana tahu kejatuhan harga saham RGB.
Tindakan Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang telah menyekat kumpulan Mafia yang cuba merampas syarikat yang diasaskannya. Datuk Eddie Ng Chee Siong dan kumpulannya juga rugi ratusan juta dalam pertempuran ini.
Apa pilihan Datuk Eddie Ng Chee Siong ada?
FIRMA DILANTIK TIDAK TERUSKAN SIASATAN KHAS BERKAITAN KERTAS PERCETAKAN HABA
Pada 16 Februari, RGB memaklumkan bahawa siasatan khas yang dijalankan oleh LSP &co tidak boleh menyimpulkan siasatan mereka mengenai kertas percetakan haba dan menyerahkan siasatan kepada pihak SPRM.
Di dalam maklumannya kepada bursa selepas itu bahawa pihak syarikat telahpun membuat laporan kepada pihak PDRM, dan menyerahkan siasatan kepada pihak PDRM dan SPRM untuk menyiasat aduan berkenaan.
Pihak syarikat jugak menggunakan auditor dalaman untuk mengaudit dan menyemak segala prosedur pembayaran yang telah dibuat untuk memastikan tidak berlaku lagi kecuaian di masa hadapan.
Namun yang kantoi sekarang ialah penyelewengan yang dibuat oleh Datuk Eddie Ng Chee Siong dan iparnya Lai Wei Keat mengenai beberapa transaksi yang mencurigakan
Part 3 nanti penyelewengan Datuk Eddie Ng Chee Siong bakal menggugat kedudukannya. Bukti-bukti berkaitan didedahkan. SPRM dan pihak berkuasa lain sepatutnya menyiasat Datuk EddieNg Chee Siong bukan melindunginya dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) (whistleblower). Beliau merupakan pelaku rasuah dan salah gunakuasa di Revenue Group Berhad
1 thought on “<strong>Cubaan Geng Datuk Eddie dan ‘Mafia’ merampas Revenue Group gagal</strong>”