
PUTRAJAYA – Projek Lebuhraya MEX II, yang sepatutnya menjadi nadi penghubung utama dari Putrajaya ke KLIA, kini bertukar menjadi salah satu skandal kewangan terbesar negara apabila siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kemungkinan penyelewengan ratusan juta ringgit dana sukuk dan pinjaman bank.
Mengapa MEX II?
Projek MEX II sepanjang 18 kilometer dimulakan pada tahun 2016 dan dijadualkan siap menjelang Disember 2019. Namun, sehingga Mac 2023, kemajuannya hanya mencapai 89%, dengan kelewatan serius menimbulkan kesan buruk termasuk insiden banjir lumpur yang menjejaskan penduduk sekitar di Dengkil dan Cyberjaya.
Syarikat induk projek ini ialah Maju Holdings Sdn Bhd, milik ahli perniagaan bergelar Tan Sri Abu Juling, yang kini menjadi subjek siasatan menyeluruh oleh SPRM.
Siasatan SPRM: Penyelewengan Dana dan Rasuah
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengumumkan membuka tiga kertas siasatan apabila siasatan berkenaan bermula pada 9 Mei lalu iaitu;

Sehingga kini, 9 individu ditahan, termasuk seorang yang bergelar “Datuk Seri”, manakala 31 individu lain telah dirakam percakapan. Beberapa pengarah Maju Holdings turut telah direman.
Sitaan Aset: Wang Tunai, Kenderaan Mewah dan Akaun Bank

Dalam usaha memulihkan dana yang dipercayai disalahgunakan, SPRM telah menyita pelbagai aset yang berkait rapat dengan siasatan ini, antaranya:
- Wang Tunai: RM1.9 juta
- Kenderaan Mewah: Porsche 911 dan Range Rover Sport, bernilai sekitar RM900,000
- Pembekuan Akaun Bank: Jumlah keseluruhan kira-kira RM34 juta
Ini menjadikan jumlah aset disita melebihi RM36 juta setakat ini.
Penemuan Mengejutkan: Gedung Arak & Aset RM32 Juta Lagi
Dalam siri serbuan terkini ke atas enam kediaman, SPRM membuat beberapa penemuan luar jangka:
- Gedung Arak Mewah: SPRM menemui premis penyimpanan eksklusif yang menempatkan koleksi arak mewah, menunjukkan gaya hidup mewah pemilik yang tidak sepadan dengan sumber pendapatan sah.
- Aset Bernilai RM32 Juta: Merangkumi hartanah, barangan kemas, dan kenderaan mewah yang turut dirampas dalam operasi tersebut.
Dana Sukuk Disyaki Digunakan untuk Judi
Dalam pendedahan media sebahagian dana daripada sukuk yang sepatutnya disalurkan kepada projek lebuh raya telah diseleweng untuk aktiviti perjudian, termasuk transaksi luar negara yang cuba disembunyikan.
Selain itu, SPRM mendedahkan bahawa sejumlah profesional korporat dan syarikat audit digunakan untuk menutup jejak wang tersebut, termasuk melalui pemindahan dana ke akaun pihak ketiga dan pelaburan luar pesisir. Teknik pemisahan struktur syarikat digunakan untuk menyukarkan pengesanan aliran dana.
“Ada bukti bahawa beberapa individu profesional digunakan sebagai alat untuk melindungi aliran wang haram yang sepatutnya digunakan untuk membina infrastruktur rakyat,” kata sumber SPRM
Status Tan Sri Abu Juling: Disiasat Tapi Belum Direman
Walaupun beberapa pengarah kanan telah direman, Tan Sri Abu Juling setakat ini masih belum ditahan atau direman, atas alasan kesihatan. Bagaimanapun, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM dan aset berkaitan dirinya turut dikenal pasti. SPRM memaklumkan keuar hospital Tan Sri Abu
Antara Infrastruktur, Integriti dan malukan taikun
Skandal MEX II menimbulkan persoalan besar terhadap pengurusan projek awam berskala besar yang dibiayai oleh dana hutang. Kegagalan menyempurnakan projek bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan tetapi turut mengorbankan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan institusi dan pelaburan infrastruktur.
Pihak berkuasa kini dituntut bertindak tegas tanpa pilih kasih, termasuk ke atas figura Tan Sri Abu Juling individu berprofil tinggi yang dilihat kebal selama ini.
Namun apa sebenarnya misi SPRM? Nak dakwa Tan Sri Abu Juling kroni Tun Dr Mahathir atau sengaja malukan dia? atau selepas ini semuanya senyap kembali? Ini kerana dalam banyak kes taikun jarang sekali didakwa di mahkamah.