Selepas begitu banyak projek MAG disapu, syarikat dikuasai mafia korporat Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Bhd (MMAG) 3 Februari lalu mengumumkan pelantikan Ahmad Luqman sebagai Pengarah Eksekutif MMAG dan Ketua Pegawai Eksekutif operasi pengangkutan udara komersialnya, MJets Air Sdn Bhd (dahulunya MJets International Sdn Bhd). Hanya sebulan peletakan jawatan Luqman, sudah ada tempat untuknya di MMAG.
MENGAPA LUQMAN?
MMAG dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Luqman dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan dan logistik, kehadiran Luqman merupakan langkah penting dalam visi MMAG untuk memacu pertumbuhan mampan dan inovasi merentasi portfolio pelbagai segmennya.
Luqman sebelum ini CEO Malaysia Aviation Group (MAG), mempunyai peranan yang sangat penting kepada MAG dan MAB (Kargo).
Di bawah kepimpinannya, MAG mencapai pertumbuhan hasil 33 peratus pada 2023 berbanding tahap pra-COVID-19, sambil mengekalkan keseimbangan antara pengurangan kapasiti dan penjanaan hasil.
Di MASkargo, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,Luqman berjaya mengubah kerugian operasi yang besar kepada keuntungan dalam tempoh yang singkat.
Dengan mengoptimumkan operasi rangkaian dan meningkatkan keterlihatan kargo masa nyata, beliau meletakkan MASkargo sebagai peneraju serantau dalam operasi pengangkutan udara komersial.
MMAG RUGI BERSTATUS GN3
MMAG Holding yang bergelut dengan kerugian dan berstatus Nota Panduan 3 (GN3) berusaha keras memulihkan syarikat selepas merampas MJets International Sdn Bhd sebelum ini. Pernah mencatatkan kerugian lebih RM50 juta dari perniagaan jetnya. Kontroversinya dan kerugiannya yang berpanjangan menjadikan Victor Chin yang menggunakan Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU MOT sebagai Pengerusi MMAG untuk memilih Ahmad Luqman.
Apakah Luqman mampu mengubah MJets-MMAG yang rugi puluhan juta itu? Sebagai Pengarah Eksekutif MMAG, Luqman dilaporkan akan menerajui hala tuju strategik operasi penerbangan Kumpulan, memanfaatkan kepakaran luasnya dalam pengurusan kargo udara, kecemerlangan operasi dan perkongsian global.
Kepimpinannya akan melangkaui MJets Air kepada semua bahagian perniagaan MMAG, terutamanya dalam bidang penyelesaian rantaian bekalan, perkhidmatan kurier dan logistik, di mana pemahaman mendalam beliau tentang sektor pengangkutan udara komersial akan memacu sinergi dan meningkatkan prestasi operasi keseluruhan Kumpulan.
Seperti katanya Pengerusinya Tan Sri Khairul Adib mereka memerlukan pemimpin berkaliber seperti Luqman mengubah Mjets- MMAG. Sebagai bekas KSU MOT Tan Sri Adib mengetahui siapa berkelayakan bagi pengurusan industri penerbangan dan kargo. Tan Sri Adib memegang semua ‘kabel’ dalam kementeri pengangkutan termasuk Menterinya Anthony Loke.
“Kepakaran beliau yang tiada tandingan dalam sektor penerbangan dan logistik akan menjadi penting ketika kami melaksanakan visi strategik kami dan terus mengembangkan operasi kami di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya. Keupayaan beliau yang terbukti untuk memimpin dengan inovasi dan kecekapan selaras dengan matlamat kami.” Kata Adib.
MMAG LANTIK LUQMAN CEO MAG KEKALKAN KEPENTINGAN PROJEK MAG
Namun ada satu persoalan selepas pelantikan Ahmad Luqman sebagai Pengarah Eksekutif MMAG.
Ahmad Luqman dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) Malaysia Aviation Group (“MAG”), sejak Januari 2023. Beliau juga CEO MAB Kargo Sdn. Bhd atau MASkargo, anak syarikat kargo MAG, sejak September 2015. Beliau meletak jawatan dalam penstrukturan semula MAG awal januari 2025. Ini bermakna Ahmad Luqman dalam urusan PROJEK MMAG-Mjets dengan MAG!
Mjets -MMAG yang rugi teruk mendapat projek pengendali kargo eksklusif Maskargo dibantu Ahmad Luqman dalam menghidupkan kembali syarikat yang hampir lingkup itu.
Melantik Ahmad Luqman menunjukkan ada kepentingan antara MMAG dengan MAG. Sejak April 2024 MJets Air Sdn Bhd (M Jets International Sdn Bhd) anak syarikat MMAG mengumumkan mendapat anugerah projek daripada Malaysia Airlines Berhad (“MAB”) (anak syarikat Malaysia Aviation Group Berhad) sebagai pengendali kargo eksklusif MAB Kargo Sdn Bhd. Kontrak juga terus bersambung ke tahun 2025.
Letak jawatan awal januari 2025, dalam awal bulan Februari Ahmad Luqman diselamatkan di MMAG. Mengapa? Semua kerana mahu mengekalkan ‘kabel’ projek sedia ada dalam MAG dan Maskargo. MMAG akan terus mendapat sambungan kontrak dengan MAG seperti baru-baru ini. Pelantikan Ahmad Luqman dalam MMAG sangat tidak kena kerana punya kepentingan dalam Malaysia Aviation Group (MAG)?
SPRM wajar menyiasat semua kepentingan projek MMAG dengan Ahmad Luqman bekas CEO MAG.