Berjaya Group tidak pernah serik dan berhenti untuk menggunakan segala ‘kabelnya’.
Susulan beberapa hari ini media melaporkan mengenai projek Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan pertemuan PM Anwar Ibrahim PM dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong nampaknya niat Berjaya Group tidak pernah terhenti untuk projek HSR.
Sekalipun Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun Chiun sudah berjaya menyapu Projek U Mobile 5G kedua beliau terus mencari jalan memonopoli apa yang boleh dicapainya.
Terbaru Berjaya Group mengumumkan sedang mencari rakan kongsi baharu membida cadangan laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) bernilai berbilion dolar antara Kuala Lumpur dan Singapura, selepas Malaysian Resources Corp Bhd menarik diri daripada konsortium itu.
Tindakan MRCB menarik diri sebagai wajar kerana mencetuskan rasa tidak senang kepada pelbagai pihak berikutan Timbalan Pengerusi Eksekutif MRCB ketika ini masih lagi Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang juga Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia menjadi sasaran kritikan Wan Saiful MP Tasek Gelugor mempersoalkan hubungan Tan Sri Vincent Tan dengan MRCB dalam membida projek mega High Speed Rail (HSR) yang sebelum ini U-mobile milik Vincent dilantik pengendali 5G kedua negara.
Pengasas Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun Chiun berkata, “Sebagai sebuah konsortium, kami telah mengemukakan cadangan” untuk projek itu.
“Selepas penarikan diri MRCB, kami mungkin membawa rakan kongsi baharu,” kata beliau kepada pemberita.
Landasan kereta api itu, yang bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya kepada 90 minit daripada lebih empat jam dengan menaiki kereta, sebelum ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM100 bilion sebagai projek yang dibiayai kerajaan.
Projek itu kini perlu dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta berkelayakan, pengalaman dan mempunyai sumber kewangan mencukupi.
Tiga Konsortium
Kerajaan Malaysia sudah menyenarai pendek tiga daripada tujuh konsortium yang mengemukakan cadangan selepas mengeluarkan permintaan untuk maklumat pada 2023, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada Julai tahun lalu.
Tiga konsortium iaitu YTL Construction Sdn Bhd– SIPP Rail Sdn Bhd; Berjaya Rail Sdn Bhd – Malaysian Resources Corp Bhd-IJM Construction Sdn Bhd-Keretapi Tanah Melayu Bhd (BRail-MRCB-IJM-KTMB) dan Konsortium yang diterajui oleh China Railway Construction.
Pelan untuk laluan rel sepanjang 350km antara Kuala Lumpur dan Singapura mula diluluskan pada 2013, tetapi kemudian dibatalkan tujuh tahun kemudian kerana perselisihan faham mengenai kos dan perkara lain.
Pengerusi Berjaya Rail ialah Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail, puteri kepada Yang diPertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sementara ituYTL Construction Sdn Bhd- SIPP Rail Sdn Bhd semua tahu dikaitkan dengan rakan niaga Sultan Ibrahim Ismail, Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman. SIPP Rail memiliki 10% saham di Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), operator layanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Pengasas ERL adalah YTL Corporation Berhad (45%) bersama Lembaga Tabung Haji (36%), dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. (9%).
Sultan Ibrahim sebelum ini merupakan pemegang saham utama dalam SIPP Energy anak syarikat SIPP Sdn Bhd selain SIPP Rail Sdn Bhd dan SIPP Power Sdn Bhd