Bekas Pengarah, CEO dan pengasas GIIB Holdings Bhd (GIIB), Tai Boon Wee sekali lagi dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ia susulan keputusan pihak pendakwa raya untuk menarik balik tindakan terhadap Tai dan menghentikan semua prosiding berkaitan.
GIIB dalam satu kenyataan berkata, ini adalah kali kedua Boon Wee dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan yang difailkan terhadapnya pada 15 Mei 2024, yang mendakwa beliau bersubahat memalsukan penyata kewangan interim yang dikeluarkan oleh syarikat itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan GIIB, syarikat itu menegaskan semula kesahihan penyata kewangan interim yang menjadi isu pertuduhan berkenaan.
“Lembaga Pengarah ingin menekankan bahawa syarikat sentiasa memegang nilai integriti, kepercayaan dan rasa hormat.
“Boon Wee dan pengarah lain sentiasa menegaskan bahawa mereka tidak bersalah. Keputusan hari ini mengesahkan pendirian itu,” kata wakil GIIB.
Pada 15 Mei kerana dendam Tai sekali lagi diheret ke mahkamah dan beliau mengaku tidak bersalah ke atas satu tuduhan pemalsuan, melibatkan penyamaran laporan kewangan bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 syarikat sebagai tulen.
Beliau didakwa berkonspirasi dengan setiausaha syarikat, Mak Chooi Peng, untuk menggunakan dengan tidak jujur penyata kewangan interim palsu bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 sebagai asli.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bursa Malaysia Securities pada Mei 2023.
Tuduhan tersebut, yang dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 109 dan 465 kanun tersebut, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Kes GIIB Holdings ini adalah satu contoh kes Groundless Charge. Ada yang tidak kena dengan siasatan terhadap syarikat-syarikat senarai awam yang cuba dirampas oleh Mafia Korporat sebelum ini. Ini semacam satu trend disiasat, direman dan dituduh di mahkamah tetapi kemudiannya membebaskan dan melepaskan mereka atas alasan pertuduhan tidak berasas.
Mereka dimalukan diadili media secara terbuka untuk meletak jawatan atau dipecat syarikat tetapi akhirnya tidak bersalah tetapi syarikat dah jatuh ke tangan pihak lain. GIIB adalah satu contoh syarikat yang bertahan menghadapi tekanan untuk mengambil alih sesebuah syarikat.