Anak syarikat Eden Inc Bhd, Eden Catering Sdn Bhd memperoleh kontrak RM20 juta daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perkhidmatan penyumberan luar makanan di Institut Kanser Negara (IKN).
Eden berkata, perjanjian tiga tahun itu, yang ditetapkan bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 hingga 30 Jun 2028.
“Pencapaian ini adalah bukti usaha berterusan Eden untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen perniagaan kepada kerajaan sambil membina kepakarannya dalam industri makanan dan minuman (F&B).
“Kontrak itu sejajar dengan strategi syarikat yang lebih luas untuk mempelbagaikan dan mengembangkan operasinya dengan beralih daripada teras perniagaan-ke-pengguna (B2C) untuk menceburi peluang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-kerajaan (B2G),” ia berkata dalam satu kenyataan.
Eden menambah bahawa perkembangan strategik ini menekankan komitmen syarikat untuk menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian nilai tambah merentasi rantaian bekalan, meningkatkan lagi kedudukannya dalam sektor perkhidmatan makanan yang kompetitif di Malaysia.
Ia menyatakan bahawa segmen tenaga kekal sebagai penyumbang utama kepada kumpulan itu, dengan mengendalikan dua loji janakuasa, di samping bahagian pelancongan yang menguruskan akuarium di Underwater World Langkawi.
Segmen F&B kini semakin meningkat, dengan meletakkan kedudukan sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam kumpulan.
Eden berkata, kontrak itu adalah satu pencapaian penting kerana ia berusaha untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam katering institusi.
Eden Inc Berhad
Eden Inc Bhd merupakan syarikat dimiliki Tan Sri Abd Rahim Mohamad Mentua kepada Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin. Fakhri Yassin pernah menganggotai Lembaga Pengarah Eden namun meletak jawatan pada tahun 2017 namun digantikan dengan isterinya Datin Fara Nadia Abd Rahim yang kini sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Eden.
Stratavest Sdn Bhd anak syarikat Eden Inc Berhad
IPP Stratavest Sdn Bhd pernah hampir mati di Sabah selepas kontraknya tamat. Bagaimanapun Stesen Janakuasa Libaran dimiliki PP Stratavest Sdn Bhd terselamat selepas Tan Sri Muhyiddin menjadi PM ke 8. Ialah tak mungkin Muhyiddin tak tolong besan.
Semua tahu harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB dan SESB (Sabah) dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
IPP Stratavest Sdn Bhd menjual bekalan elektrik kepada TNB/SESB ialah 0.95 sen seunit (kWh) paling tinggi setakat ini. Namun kontraknya disambung semula atas arahan Tan Sri Muhyiddin. Kontraknya ditandatangani sebelum Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun pengumumannya adalah 16 Ogos 2021 tarikh sama peletakan jawatan Muhyiddin sebagai PM.
Terbaru terdapat sumber maklumat bekas Pegawai CEO SESB yang kini menjadi Pengerusi ECOS -Suruhanjaya Tenaga Sabah cuma menyambung konsesi ini namun dibantah Kerajaan Negeri kerana perlu membayar kos yang tinggi menghampiri RM50 juta setahun pada IPP Diesel yang sudah usang dan tua.
Kontroversi Fakhri Yassin
Kontroversi Fakhri Yassin Pengerusi Eksekutif Thriven Global Bhd dan bekas pengarah EDEN Berhad sering menjadi berita media perdana dan laman sosial sebelum ini.
Sekitar Mac 2023 kecoh tangkapan SPRM terhadap pegawainya Mohd Rasyidi Bin Mohd Said dengan dua invidu lelaki dan seorang wanita bernama Siti Dalena Binti Berhan, adik Adlan Berhan Menantu Muhyiddin kerana meminta dan menerima rasuah lebih RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa terhadap Fakhri Yassin.
SPRM juga menangkap ‘Datuk Roy’ atau Mohd Hussein Mohd Nasir dan mendakwanya di mahkamah atas tiga tuduhan rasuah RM2.64 juta, termasuk RM640,000 sebagai dorongan tidak mereman anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Dalam pada itu Adlan Berhan menantu Muhyiddin juga diburu SPRM dan interpol berhubung isu projek jana wibawa dan NiiSe Jabatan Imigresen bernilai lebih RM1 bilion.