25 ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menggempur sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan dan disyaki memberi rasuah kepada Pegawai KPDN dan penguatkuasa di Sibu, Sarawak sebagai balasan menyembunyikan tindakan berkenaan.
Menerusi siasatan dan risikan, sindiket beroperasi sejak 2012 itu mengaut keuntungan sehingga RM400 juta.Sindiket itu menjual minyak diesel bersubsidi untuk kegunaan nelayan kepada pihak luar pada kadar harga tertentu.
SPRM menyita dua tongkang serta beberapa tangki minyak membabitkan kira-kira 1.6 juta liter diesel. Ketika serbuan, terdapat dua tongkang yang sedang berlabuh dan masing-masing sudah diisi dengan kira-kira 160,000 dan 100,000 liter minyak diesel, selain terdapat 30 tangki minyak yang dipercayai tidak mempunyai permit untuk menyimpan diesel terbabit.
Lima individu membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60-an di Pejabat SPRM Cawangan Sibu dipanggil memberikan keterangan.
Mereka yang ditahan termasuk empat pengusaha stesen minyak yang dipercayai menjadi dalang kegiatan penyeludupan minyak diesel itu serta seorang orang tengah yang dipercayai terbabit dalam urusan jual beli dengan pembeli luar.
Susulan operasi itu, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM3.7 juta, dua tongkang serta 30 tangki membabitkan kira-kira 1.6 juta liter diesel di depoh terbabit.
Pengarah Penguatkuasa KPDN ditahan
Susulan serbuan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak, Matthew Anak Dominic Barin di Kuching kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu.
Pengarah itu dipercayai menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.
Bagaimana dengan taikun balak Sarawak?
Itu serbuan untuk subsidi diesel merugikan rakyat. Bagaimana denga taikun balak Dato’ Chris Chung Soon Nam? Taikun balak memiliki ribuan hektar tanah pengasas syarikat TITANIUM MANAGEMENT SDN BHD bersama Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
Sejak tahun 2000 nama Chris Chung sering muncul dalam media terutama portal antarabangsa Sarawak Report yang melaporkan rasuah dan salah gunakuasa keluarga Taib Mahmud. Namun tiada siapa berani menangkap Dato’ Chris Chung ataupun bersama Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
25 tahun dalam perniagaan Chris Chung mengubah cara perniagaannya dari bergantung kepada pembalakan kepada orientasi peniagaan yang lebih tersusun. Jika dahulu semua berpusat dalam Titanium Managemet Sdn Bhd, Chris Chung menyusun semua perniagaannya dalam syarikat TSG Group Sdn Bhd. Semuanya cubaan menutup kisah silam dan nama buruknya terlibat rasuah.
Kini cara Chris Chung membolot balak Sarawak lebih moden. Malah pertukaran Ketua Menteri kepada Tan Sri Adenan Satem dan sekarang Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Premier Sarawak tidak menjejaskan Chris Chung. Beliau terus kebal sebagai pembiaya parti politik seperti GPS.
Pada tahun 2008-2010 dikatakan lebih 40 ribu hektar tanah dimonopoli Chris Chung menggunakan Syarikat Titanium Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Polar Towers Sdn Bhd, Polar Red Essential Straits Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.
Untuk pendedahan lanjut baca Artikel asal
Persoalan besar jika serbuan boleh dibuat di Bintulu mengapa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman tidak berani bertindak menyerbuta taikun balak Dato’ Chris Chung? SPRM pasti lebih gagah jika menangkap Taikun Balak terbesar!