Pengerusi KNM Group Bhd, Tunku Datuk Yaacob Khyra telah meningkatkan pegangannya dalam kumpulan itu kepada 11.75%.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, perkara itu berlaku selepas MAA Group Bhd memperoleh 2.25% kepentingan dalam KNM Group pada harga RM15.04 juta.
“Beliau kini memiliki pegangan sebanyak 11.75% dalam KNM, bersamaan 475.2 juta saham,” katanya.
Tindakan itu dibuat sebulan selepas KNM menafikan serbuan polis dilakukan ke atas premisnya, dengan menyatakan polis berada di premis setiausaha syarikat dan pendaftar saham untuk mengumpul dokumen tertentu bagi membantu siasatan yang tidak didedahkan.
Pada Oktober 2023, Tunku Yaacob dan lembaga pengarah semasanya berjaya menggagalkan percubaan pelabur bilionair Andreas Heeschen dan lapan pemegang saham lain untuk menyingkirkan mereka.
Syarikat Nota Amalan 17 (PN17) mempunyai masa sehingga 30 April 2024 untuk menyerahkan pelan penyusunan kewangannya.
KNM diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada 31 Oktober 2022, berikutan kemungkiran pada bon Thailand bernilai 2.78 bilion baht
Bilionair Jerman Andreas Heeschen dan pemegang saham yang kalah dlaam EGM oktober tahun lalu belum pernah mengalah untuk cubaan mengambil alih KNM daripada Tunku Yaacob.
KNM dilihat sebagai pertembungan dua kerabat diraja, Johor dan Negeri Sembilan untuk merampas kawalan ke atas kumpulan syarikat KNM Group Bhd, yang mengalami masalah kewangan.
Tunku Kamariah akan dilantik sebagai pengerusi baharu jika kemnya bersama jutawan Jerman, Andreas Heeschen menguasai KNM.
Keadaan tentu berbeza dengan situasi sebelum ini. Jika Suruhanjaya Sekuriti, PDRM dan SPRM campur tangan dalam kemelut KNM sudah tentu keputusannya semua sudah tahu.