Projek yang diumumkan CITA LAYAR Sdn Bhd April 2022 oleh Pengarah Urusannya Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin bagi perniagaan sistem pengurusan pembayaran permainan dalam talian, pertaruhan dan permainan E-Sport Games kini mencetuskan kontroversi selepas polis mengumumkan tangkapan ke semua mereka termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ dalang di belakangnya.
Wan Abdullah Mujahid merupakan bekas Ahli Parlimen Belia tahun 2014-2016.
Menurut sumber projek April 2022 ini disokong oleh Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin Timbalan Menteri Komunikasi ketika itu.
MyPay88 sebuah aplikasi platform wang transaksi perjudian untuk mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Syarikat Cita Layar dilaporkan sudah melakukan transaksi sebanyak RM576 juta setahun hasil daripada kadar perolehan (turnover). Namun semua ini hasil tahunan ini tidak dilaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagaimana dilaporkan Syarikat itu rugi.
Sindiket berjaya dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman menerusi operasi yang dijalankan pada 28 hingga 31 Januari lalu.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman Datuk Mohammed Hasbullah Ali berkata, pihaknya menahan dalang utama bergelar Datuk Seri bersama sembilan individu lain berusia 29 hingga 49 tahun di sekitar Lembah Klang termasuk Pengarah Urusannya Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin kerana disyaki terbabit dengan sindiket gerbang pembayaran terbabit.
Menurutnya, semua individu berkenaan terdiri dari pembangun perisian, pemilik syarikat, pengendali, akauntan dan kerani.
“Berdasarkan risikan sindiket ini mula beroperasi sekitar pertengahan 2022 dan berselindung di sebalik sebuah syarikat yang membangunkan platform gerbang pembayaran MyPay88.
“Gerbang pembayaran ini digunakan pemain judi dalam talian bagi membuat pembayaran untuk memulakan satu pertaruhan di platform perjudian dalam talian,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut mengesan 40 perjudian dalam talian yang menggunakan sistem ini sebagai platform pembayaran mereka.
“Gerbang pembayaran ini akan menerima komisyen dua peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan, akaun yang disediakan oleh sistem berkenaan adalah akaun keldai dan dijana secara automatik.
“Setakat ini, masih ada lagi transaksi dilakukan di gerbang pembayaran terbabit dan kita kesan ia berjumlah keseluruhan RM21 juta,” katanya.
Menurutnya, kejayaan tangkapan ini adalah kejayaan pertama dan rampasan terbesar yang pernah dibuat membabitkan sindiket sistem proses pertukaran kewangan terbabit.
“Sindiket ini dikenal pasti menyalahgunakan kelompongan sistem pembayaran atas talian untuk membantu aktiviti perjudian dalam talian dan jenayah lain.
“Hasil tangkapan semua individu berkenaan, polis berjaya merampas sembilan unit telefon pintar, tiga peralatan komputer, empat set dokumen, dua utas jam tangan, 10 kereta mewah dan wang tunai berjumlah RM325,000,” katanya.
Katanya, sebanyak 42 akaun bank milik operator perjudian berjumlah RM18.29 juta turut dibekukan.
“Semua individu berkenaan direman selama tiga hingga 11 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953; Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya
Berikut merupakan payment gateway judi online yang masih beroperasi untuk tahun 2024 selain MyPay88.
BACA – Online Betting Malaysia – Best Sports Betting Sites in Malaysia 2024