Desas-desus berita pengampunan Najib Razak bekas Perdana Menteri bukanlah isu baharu. Ramai menjangka pengumuman itu akan dibuat sebelum penggal Yang Dipertuan Agong berakhir 31 Januari 2024.
Pada 10 Januari media Singapura membocorkan maklumat mengenai berita pengampunan Najib itu dalam artikel Malaysia set to decide on jailed former PM Najib’s high-stakes bid for royal pardon
Permohonan Najib untuk pengampunan diraja pertama kali dikemukakan di hadapan Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat pada Disember 2023, tetapi perkara itu ditangguhkan pada bulan Januari (29 Januari 2024). Ini bermakna keputusan itu telah ada sebagaimana laporan beberapa media namun tidak dapat diumumkan oleh Lembaga Pengampunan.
Kejutan Utusan
Bagaimanapun Utusan Online membuat kejutan pada jam 2.30 petang apabila menyiarkan laporan yang memetik sumber tidak didedahkan dan mendakwa Najib mendapat pengampunan. Selepas kontroversi utusan mengubah tajuk meletakkan tanda soal sebagai satu persoalan. Kesudahannya Utusan membuat permohonan maaf dan menarik balik berita pengampunan Najib itu.
Ia bukanlah satu kesalahan Utusan kerana berita pengampunan Najib itu adalah benar namun ada perkara-perkara tertentu yang belum dapat disahkan. Kesilapan Utusan hanyalah mendahului kenyataan Lembaga Pengampunan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa enggan mengulas berkaitan keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan sama ada membuat keputusan membebaskan atau tidak bekas perdana menteri Najib Razak.
Zaliha sebagai anggota lembaga itu sebaliknya berpesan rakyat di negara ini menunggu kenyataan rasmi berkaitan perkara itu.
“Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan berkaitan isu ini,” katanya
Najib dapat pengurangan hukuman bukan pengampunan penuh
Sumber berkata Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh tetapi pengurangan hukuman penjara dari 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dari RM210 juta dikurangkan kepada 50 juta.
Jika benarpun pengampunan Yang Dipertuan Agong tidak sepenuhya ia tetap berita gembira bagi penyokong Najib kerana mengurangkan tahun hukuman dan bayaran denda. Ini sejajar dalam Perlembagaan Persekutuan Yang di- Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah di negara ini.
Penyokong Najib tidak perlu kecewa kerana Najib masih boleh memohon kepada Yang Dipertuan Agong di masa mendatang. Ini adalah hak Najib untuk terus meminta pengampunan Agong.
Hakikatnya Najib masih berhadapan kes-kes lain yang sedang dibicarakan di mahkamah yang mungkin mempengaruhi keputusan Yang Dipertuan Agong dan Lembaga Pengampunan. Maka adalah wajar penyokong Najib fokus kepada kes mahkamah atau membuat permohonan pengampunan baru. Tidak perlu bersedih dan berharap.
Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini. Sudah tentu isu permohonan Najib sama sekali tidak berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Rakyat Malaysia menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas jasa dan pengorbanan sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Rakyat Malaysia juga menjunjung kasih Keberangkatan Tiba Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula esok. DAULAT TUANKU..