Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung laporan artikel Thecorporatesecret Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar yang di yang didakwa memperalat penguat kuasa tempatan, sejak tahun lalu.
Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sudah menyiasat malah pihak PDRM juga mengesahkan menerima laporan berkaitan pecah amanah sejak Mei lalu.
Polis berkata laporan itu menyebut berlaku salah laku penyelewengan kewangan membabitkan wang berjumlah lebih RM30.7 juta dalam Caely Holdings Berhad, yang juga anak syarikat kepada Caely Holdings Berhad.
“Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh agen.
Kisah Caely Holdings Berhad atau kini Classita Holdings Berhad selepas dirampas oleh mafia korporat Datuk Victor Chin Boon Long dan pengikutnya tahun lalu adalah satu dari kisah apa yang kumpulan Victor Chin lakukan memandangkan sebelum ini berpuluh lagi syarikat berjaya dirampas dengan cara manipulasi saham dan mempergunakan penguatkuasa seperti SPRM untuk menyiasat, menahan dan membekukan akaun syarikat.
Gerakan tersusun diketuai Victor Chin Boon Long (CBL) digerakkan oleh Peguam Datuk Chong Loong Men (bekas DPP pejabat peguam negara & suruhanjaya sekuriti), Datuk Teoh Hai Hin Group MD Hong Seng Consolidated (Funder Mafia), Datuk Sri Lim Kok Han (Runner SPRM), Ng Keok Chai (Bekas Polis) dan orang kanannya sebagai runner syarikat iaitu Leong Seng Wui.
Kejayaan terbesar Victor Chin ialah merampas Syarikat Green Packet Berhad dengan penuh kontroversi SPRM, tuntutan hutang, saman menyaman dan akhirnya mengambil alih saham dengan harga murah dari pengasas Green Packet CC Puan menjadikan budak Victor Chin Francis Leong Seng Wui menjadi pemegang saham terbesar syarikat itu.
Kontroversi Rampasan syarikat Classita Holdings Berhad
Bagaimanapun rampasan Classita Holdings Berhad sedikit terganggu apabila antara pemegang saham terbesar Classita Holdings Bhd Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam menentang kumpulan itu termasuk saman sivil difailkan oleh Koo dan bekas naib pengerusi eksekutif Jessie Wong Siaw Puie terhadap Classita, bertujuan untuk menuntut RM3.96 juta bahawa kedua-dua mereka telah mengemukakan kepada kumpulan itu untuk membiayai operasi harian apabila akaunnya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Begitu juga baru-baru ini laporan Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam dan bekas ketua pegawai kewangan Ting Yi En telah membuat laporan polis terhadap pengarah eksekutif kumpulan Francis Leong Seng Wui dan peguamnya atas dakwaan melakukan ugutan saksi.
Laporan tersebut, menurut portal The Edge, mendakwa bahawa Leong, bersama peguam Classita Wilson Lim Mao Shen dan Huam Wan Ying, telah menakut-nakutkan Ting untuk meminda afidavit bekas CFO dalam saman sivil.
Siapa tak kenal Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam digelar 4 king atau 4 dewa syurgawi. Itu pun Geng Mafia Viktor Chin dan budak-budaknya mampu patahkan.
Hari ini selepas rampasan dilakukan oleh Victor Chin dan budak-budaknya pemegang saham terbesar Classita Holdings Berhad ialah Madam Chan Swee Ling isteri Victor Chin.
Rampasan Revenue Group Berhad
Sekarang usaha merampas Revenue Group Berhad sedang giat dilakukan. Sebelum ini mereka menggunakan laporan palsu bagi menyingkirkan pengasas dua beradik Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang. Kisah panjang itu menyebabkan kejatuhan saham teruk dan membongkar lagi salah guna kuasa Datuk Eddie Ng Chee Siong.
Usaha ini berterusan termasuk mengadakan Mesyuarat Khas Revenue Group pada 13 Mac nanti untuk merombak Revenue Group dengan melantik beberapa bekas pegawai SC, Bursa dan BNM yang boleh akses dengan urusan mereka.
[BACA – Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
Tidak wajar SPRM beku akaun Syarikat Senarai Awam
Beberapa kali berlaku akaun syarikat senaraian awam dibekukan oleh SPRM atas alasan siasatan dan penahanan SPRM. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh SPRM. Ia melangkau tugas Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang tidak pernah membekukan akaun senarai syarikat awam. Hanya SPRM berani melakukannya setakat ini.
Syarikat Classita Holdings Berhad misalnya akaun dibekukan selama 8 bulan. Namun siasatan menunjukkan tiada kes SPRM. Begitu juga dalam kes Revenue Group pembekuan akaun dibuat. Hanya kerana terdapat pihak tertentu seperti Dato’Sri Lim Kok Han yang akses dengan SPRM maka siasatan dibuat. Ini sangat tidak baik untuk pelabur dan ahli perniagaan di negara ini. SPRM tidak wajar membekukan akaun syarikat senaraian awam.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diharap mengambil perhatian kepada perkara-perkara ini.
Setiap kali ada tangkapan SPRM dan pembekuan akaun syarikat Berhad maka akan berlaku rombakan dalam pengurusan syarikat seolah-olah ia sengaja dirancang dari dalam. Mengapa begitu? Tidak mungkin ini satu kebetulan. Tentulah ini memberi implikasi buruk kepada syarikat senaraian awam di negara ini.
Siapa lagi syarikat senarai awam selepas ini jadi mangsa?
PENDEDAHAN FAIL CHONG LOONG MEN (CLM)
Apapun yang berlaku semua ini selain isu Dato’ Sri Lim Kok Han, pendedahan kali ini merujuk kepada peranan penting dimainkan oleh individu bernama Datuk Chong Loong Men.
Beliau merupakan Peguam penting kepada korporat Mafia di negara ini.
Bos utamanya ialah Datuk Victor Chin. Chong Loong Men bekas DPP Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti menggunakan kedudukannya masuk dalam sektor korporat. Beliau bukan saja menjadi peguam malah menjadi Ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham syarikat dan jadi jutawan berbanding dia berada di dalam kerajaan.
Mengejutkan beliau bukan saja berkhidmat buat Victor Chin tetapi turut berkhidmat kepada ahli perniagaan Mafia yang terlibat dengan skandal Penny Stock seperti Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
Berikut merupakan fail latar belakang mengenai Datuk Chong Loong Men yang menunjukkan betapa pentingnya beliau bukan saja kepada Ketua Mafia Korporat Victor Chin tetapi juga ahli perniagaan mafia kontroversi yang lain.
Daripada maklumat itu menunjukkan Choong Loong Men merupakan peguam mafia yang sangat penting dan berpengaruh. Jika Datuk Lim Kok Han (MyEg-Green Packet) menyelesaikan urusan pegawai atasan SPRM, Ng Keok Chai (Hong Seng/Caely) untuk urusan di PDRM, Chong Loong Men pula mengatur kes di Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Kebiasaannya beliau berjaya menutup kes atau membawa sesuatu kes ke mahkamah.
Rakyat Malaysia pasti tidak dapat lupa skandal Penny Stock yang digerakkan Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun. Pendedahan ini pernah dibuat oleh media theedgemarkets pada tahun 2020. Kebanyakan syarikat yang diuruskan oleh Chong Loong Men ada hubungan dengan kes skandal Penny Stock seperti NetX Holdings Bhd, Seacera Group Berhad, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd (Kini Xox Technology Berhad), Focus Dynamics Group Bhd, Green Ocean Corp Berhad, Oversea Enterprise Berhad, Saudee Group Berhad, Advance Information Marketing Berhad dan lain-lain lagi.
Kenneth Vun misalnya pernah didakwa di mahkamah kerana manipulasi saham tahun 2014 melalui syarikat DVM Technology. Namun tangan-tangannya dalam skandal Penny Stock masih ada melalui budak-budaknya Mak Siew Wei (Saudee), Nicholas Wong Yew Khid, Tay Ben Seng, Benson (Focus Dynamics Group), adik-adiknya Carol Vun Nei dan Grace Vun Siaw Nei yang juga banyak memegang saham pelbagai syarikat tangan abangnya Kenneth Vun.
Legasi ini diteruskan oleh Datuk Eddie Chai Woon Chet (Anzo Holdings Berhad), Fintech Global Berhad, XOX Berhad, Oversea Enterprise, Green Ocean dan lain-lain lagi. Begitu juga Datuk Jacky Pang Chow Huat yang memiliki Sanichi Berhad, Computer (M) Berhad, MNC Wireless Berhad dan Flitters Berhad. Pendek kata terlalu banyak rangkaian syarikat berhad untuk mereka boleh manipulasi saham.
APA KAITAN CHONG LOONG MEN DENGAN 4 MAFIA KORPORAT?
Ada 18 syarikat Berhad dikaitkan dengan Chong Loong Men setakat ini dan mungkin lebih banyak lagi jika dilihat pemegang saham. Chong Loong Men berada di semua syarikat milik Datuk Victor Chin Boon Long, Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
Bagaimanapun The CorporateSecre akan memberikan maklumat beberapa syarikat yang jelas ada nama Chong Loong Men dan berkait dengannya. Manakala Syarikat Datuk Victor Chin Chin Boon telah diperjelaskan diartikel sebelum ini Rahsia MAFIA korporat Malaysia
1. ADVANCE INFORMATION MARKETING BERHAD ( AIM)- DATUK EDDIE CHA WOON CHET
Pegangan saham Chong Loong Men di dalam syarikat ini besar iaitu menguasai 8.61 % iaitu berjumlah 22,897,190 pegangan saham. AIM adalah milik Datuk Chai Woon Chet.
Pada 5/11/2020 “Advance Information Marketing Bhd (AIM) telah menerima notis niat daripada Datuk Chai Woon Chet untuk membuat tawaran ambil-alih sukarela bersyarat sebanyak 13 sen setiap saham bagi 241.97 juta saham yang dikeluarkan.” Datuk Eddie Chai telah mengambil alih AIM.
Siapa Lembaga Pengarah dan Pemegang Sahamnya? Datuk Chong Loong Men.
Pada 2014, Chong Loong Men merupakan peguam kepada Datuk Chai Woon Chet di dalam kes harvest court ( Harvest court adalah nama lama kepada ANZO Holding) dan kini Chong Executive Director dan pemegang saham Anzo. Syarikat PN17 yang diambil alih ini kontroversi selepas sahamnya melonjak naik.
2. LKL INTERNATIONAL BERHAD– KENNETH VUN
Selain peguam kepada Kenneth Vun yang kontroversi Chong Loong juga menguasai syarikat LKL apabila juga merupakan Pengarah Eksekutif Pengarah eksekutif LKL bersama budak-budak Kenneth Vun, Lim MIng Chang dan Tay Ben Seng, Benson
3. VIZIONE HOLDINGS BERHAD- KENNETH VUN/EDDIE CHA WOON CHET
Syarikat Vizione Holdings Bhd merupakan pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd kontraktor projek Terowong Pulau Pinang yang kontroversi. Anak syarikatnya Wira Syukur (M) Sdn Bhd terlibat dalam projek terowong Pulau Pinang kos RM6.34b.Banyak syarikat diserbu SPRM termasuk Vizione.
Projek terowong itu menyebabkan beka sKetua Menteri/ Menteri Kewangan Lim Guan Eng didakwa di mahkamah pada tahun 2020 atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. Kes itu masih berjalan hingga kini.
Namun kini Vizione Holdings Berhad melantik Chong Loong Men sebagai Pengarah Eksekutif kepada Vizione Holdings dan memegang 100,000 saham syarikat itu. Vizione nampaknya terselamat dari terkait projek rasuah terowong bawah laut. Di belakang syarikat ini Kenneth Vun dan Datuk Eddie Cha Woon Chet.
4. SEACERA GROUP BERHAD- JACKY PHANG CHOW HUAT & KENNETH VUN
Seacera Group Berhad syarikat yang terlibat dalam kontroversi Penny Stock bawah budak Jack Phang iaitu Nicholas Wong Yew Khid. Pengerusi syarikat ini ialah Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi. Azim juga pengerusi kepada beberapa syarikat milik Kenneth Vun dan Datuk Eddie Chai Woon Chet seperti dalam Fintech Global Berhad.
Chong Loong Men memegang 30 juta saham dalam syarikat ini atau 4.82%. Selebihnya dana pelaburan Kenneth Vun dalam Lazarus, Sanston Financial Group Limited, Tay Ben Seng, Benson (Pemilik Focus Dynamics Group).
5. PARLO BERHAD- KENNETH VUN
Chong Loong Men merupakan Pengarah Eksekutif Syarikat Parlo Berhad. Chong memiliki 6.91 peratus saham atau 32,432,432 saham. LKL Advance Metaltech anak syarikat LKL INTERNATIONAL BERHAD memiliki 19.01 peratus dalam syarikat ini. Syarikat Saudee Group bawah Mak Siew Wei adalah syarikat terlibat skandal Penny Stock.
5. GREEN OCEAN CORPORATION BERHAD- KENNETH VUN
Juga syarikat yang terlibat dalam manipulasi saham skandal Penny Stock di belakang Kenneth Vun. Syarikat ada kaitan dengan Saudee Group Berhad. Datuk Chong Loong Men merupakan Pengarah Eksekutif dalam syarikat ini. Walaupun Chong Loong Men tidak memiliki saham syarikt ini tetapi budak Kenneth Vun Tay Ben Seng melalui anak syarikat Focus Dynamics Group Berhad menguasai 628,000.000 saham langsung dan 628,000.000 saham tak langsung.
Focus Dynamics Group Berhad mempunyai 25.3 peratus saham di Fintech Global Berhad dalam skandal Penny Stock.
Semua syarikat ini berpusing-pusing antara satu sama lain. SC pun dah tak kisah hal-hal begini.
6. OVERSEA ENTERPRISE BERHAD- DATUK EDDIE CHA WOON CHET
Seperti juga Green Ocean, syarikat Oversea Enterprise Berhad juga terlibat dalam syarikat manipulasi saham skandal Penny Stock. Pemain utamanya ialah Datuk Eddie Cha Woon Chet.
Chong Loong Men pernah menjadi Lembaga Pengarahnya namun kini beliau hanya menjadi pemegang saham syarikat ini melalui M&E Nominee (Tempatan) Sdn Bhd bawah Sanston Financial Group Limited.
7. JIANKUN INTERNATIONAL BERHAD- KENNETH VUN/ EDDIE CHA WOON CHET
Chong Loong Men menjadi pemegang saham syarikat dikuasai Datuk Eddie Cha Woon Chet ini. Penguasaan Datuk Eddie dalam syarikat ini melalui syarikatnya Advance Information Marketing Berhad pemegang saham terbesar syarikat ini 7.66 peratus. Chong Loong Men kekal sebagai peguam Datuk Eddie.
Pengerusi syarikat ini ialah Tan Sri Dato’ Sri Mohammaed Apandi bekas Peguam Negara. Timbalannya adalah Dato’ Ir Lim Siang Chai bekas Timbalan Menteri Kewangan. Beliau juga merupakan pengerusi di Advance Information Marketing Berhad.
Sanston Financial Corp Ltd dan juga syarikat Advance Information Marketing Berhad (AIM) syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat termasuk manipulasi saham skandal Penny Stock namun menjadi persoalan mereka gemar melantik Pengerusi syarikat seperti bekas Peguam Negara, polis, pegawai SPRM, Bursa, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan bekas-bekas KSU kontroversi.
Dato’ Sri Tan Choon Hwa dan Wan Kuok Toi merupakan taikun judi cina terkenal memberi Dana PRN Johor dan PRU 15 kepada Perikata Nasional. Taikun-taikun judi ini mudah masuk ke pejabat Hamzah Zainuddin bekas Menteri KDN membayar ratusan juta untuk menutup kes-kes tokan dadah seperti kes di Pulau Pinang.
Chong Loong Men peguam mafia korporat yang mempunyai akses agensi. Oleh itu semua syarikat di bawah bos utamanya Datuk Victor Chin Boon Long dan syarikat Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun bawah perhatiannya.
Sebab itu sehingga hari ini sukar mendakwa kes-kes seperti manipulasi saham, insider trading atau kes-kes jenayah kepada semua ketua mafia korporat.
If some one needs expert view on the topic of blogging and site-building after that i propose him/her to visit this blog, Keep up the pleasant job.