Selepas MYAirline yang dimiliki Scammer Dato’ Allan Goh pencuci wang digantung operasinya, Mjet International Sdn Bhd -MMAG Holding Bhd yang rugi lebih RM50 juta terus disuntik dengan dana haram Mafia Korporat Victor Chin Boon Long kini SKS Airways Sdn Bhd pula bakal melingkup. Syarikat yang pernah melingkupkan MB World Group Berhad kini bakal melingkupkan syarikat
penerbangan SKS Airways?
Selepas MYAirline menggantung operasi pada Oktober lalu dan disiasat pengubahan wang haram, kini SKS Airways Sdn. Bhd anak Syarikat SKS Group sedang bergelut mendapatkan pembiayaan bagi membayar penghantaran 10 pesawat Embraer E195-E2 dan dipercayai sudah menghentikan operasi penerbangan ke Pulau Tioman dan Pulau Redang.
SKS Group Syarikat yang menjalankan pelbagai disiplin perniagaan merangkumi pembangunan hartanah, pelaburan, hospitaliti, pembiayaan kredit atau pinjaman wang berlesen dan penerbangan yang beribu pejabat di Johor Bahru, Johor.
Diasaskan oleh Alan Sim See Kiong dan Kumpulan ini pernah menguasai MB World Group Berhad yang dinyah senarai pada September 2020. Lembaga Pengarah Airways Sdn. Bhd merupakan antara Lembaga Pengarah MB World Group Berhad iaitu Sim See Kiong, Dato’ Haji Fahrul Rohman Hj Ahmad, Ng Pek Hung dan Dato’ Majid Manjit Abdullah.
Jika mereka mempunyai pengalaman melingkupkan syarikat senarai awam maka tidak hairan jika SKS Group boleh melingkupkan SKS Airwaysnya. Walaupun SKS mempunyai syarikat Ahlong berlesen namun mereka masih belum mampu mengutip dana pembiayaan pajakan 10 pesawat Embraer E195-E2.
Pemegang sahamnya ialah Dato’ Majid Manjit Abdullah, Sim See Kiong dan SKS Southern Sdn Bhd. Modal berbayar syarikat ini ialah RM55 juta dengan aset semasa RM 25.2 juta. Jualan tahunannya RM3 juta dan kerugian tahunannya sebelum atau selepas cukai kira-kira RM20 juta.
Sebagaimana MYAirlines, nampaknya Airways Sdn. Bhd juga mengalami masalah kewangan berbanding perniagaan perhotelan Kumpulan itu yang mendapat pinjaman hijau bernilai RM250 juta dariapada Alliance Bank Malaysia Berhad 4 julai lalu bagi membiayai Pacific Mall atau pembangunan bercampur “SKS Tower” di Pusat Bandaraya Johor Bahru.
Masalah SKS Airways bertambah selepas Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik, Dzuleira Abu Bakar melepaskan jawatannya pada minggu lalu.
SKS Airways berhadapan masalah besar selepas penghantaran pesawat E195-E2 pertama syarikat penerbangan itu telah ditangguhkan ke suku kedua 2024 berbanding Januari 2024.
SKS Airways dijadualkan menjadi pelanggan pelancaran pertama Embraer S.A. di Malaysia, walaupun mereka bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Asia Tenggara yang akan mengendalikan pesawat itu.
“Sekiranya SKS Airways gagal mendapatkan pembiayaan, kemungkinan besar perjanjian itu boleh dibatalkan. Mereka sedang berdepan masalah tetapi sedang berusaha mencari pembiayaan baharu,” kata sumber
SKS Airways mengumumkan perjanjian RM3.9 bilion pada Mei 2023 bagi pajakan 10 pesawat E195-E2 daripada pemberi pajak pesawat A.S., Azorra Aviation Holdings.
Syarikat penerbangan itu dijangka memulakan operasi mulai Mac 2024 ke negara jiran di luar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) walaupun ia telah merancang untuk menerima pesawat pertamanya pada Januari 2024.
Sumber dalaman sektor penerbangan memberitahu bahawa masa depan syarikat itu kelihatan sukar kerana sehingga kini masih belum mengumumkan sebarang destinasi baharu.
“Disember semakin hampir tetapi mereka belum mengumumkan destinasi baharu mereka.
“Slot lapangan terbang serantau di Lapangan Terbang Changi, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi penuh dan sukar untuk syarikat baharu mendapatkannya,” kata sumber itu.
Lapangan Terbang Seletar Singapura adalah yang paling ideal untuk SKS Airways dan semakan mendapati syarikat itu juga tidak memuat naik sebarang kandungan baharu di Facebook dan Instagramnya sejak 29 September 2023.
Difahamkan juga bahawa SKS Airways telah menghentikan operasi kedua-dua DHC 6-300 Twin Otter ke Redang dan Tioman sejak bulan lepas.
Menurut laporan lain syarikat penerbangan itu menggantung operasi ke dua pulau itu berikutan musim tengkujuh yang biasanya bermula dari Oktober hingga Mac.
Bagaimanapun, SKS Airways telah meneruskan penerbangan ke Tioman dan Redang pada November, Disember, Januari dan Februari tahun lepas.
“Penerbangan berjalan setiap bulan sejak pelancaran (bermula Januari 2022) sehingga bulan lepas apabila ia digantung,” kata sumber, sambil menambah bahawa operasi Twin Otter syarikat penerbangan itu tidak menguntungkan dan kemungkinan besar ia tidak akan disambung semula.
Semakan di laman web SKS Airways mendapati tiada penerbangan semasa ke Tioman dan Redang dari Lapangan Terbang Subang.
Apakah nasib SKS Airways?
Apakah Mavcom akan campur tangan sebagaimana MYAirlines. Ada banyak syarikat penerbangan bermasalah di negara ini sama ada syarikat penerbangan penumpang ataupun perkhidmatan kargo barangan. The Corporates Secret baru-baru ini melaporkan masalah kerugian MJet International lebih RM50 juta milik MMAG Holdings Berhad Mafia Korporat Victor Chin. Syarikat rugi namun pembiayaan diteruskan puluhan juta mencetus keraguan sumber wang mana digunakan Mafia Korporat membiayai syarikat. Apakah wang haram untuk mencuci wang di syarikat itu sebagaimana MYAirline?