Bulan lalu media melaporkan Syarikat Abu Dhabi, Mubadala Investment dan Inpex Corporation syarikat penerokaan minyak Jepun, bersaing untuk membeli SapuraOMV yang bernilai kira-kira $1.2 bilion (RM5.7 bilion). Selain itu syarikat tenaga Indonesia, Medco Energi juga bersaing untuk membeli SapuraOMV.
Setakat ini belum diumumkan syarikat manakah berjaya membida SapuraOMV.
SapuraOMV mengeluarkan kira-kira 30,000 tong bersamaan minyak sehari (kboepd) daripada dua aset di Malaysia, SK310-B15 dan SK408 – Gorek, Larak dan Bakong, kata Sapura Energy dalam laporan tahunan terbaharu bagi tahun fiskal 2023.
SapuraOMV merupakan syarikat usaha sama (JV) antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria pada September 2018 membentuk kerjasama strategik melalui pengambilalihan pegangan sama rata, 50-50 dalam anak syarikatnya, Sapura Upstream Sdn Bhd, dengan nilai perusahaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.63 bilion).
Misi Sapura Jual aset
Pada April 2021, SapuraOMV telah menjual aset milik syarikat di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy sebuah syarikat berpengkalan dari Australia. Menerusi pembelian ini, Jadestone Energy akan mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts. Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.
Hutang dan status PN17
Sapura yang berstatus PN17 bergelut menyelesaikan hutangnya melalui penjualan aset-asetnya.
Sebelum ini Syarikat dari Austria, OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft mungkin menjadi penyelamatnya apabila membeli 50 peratus kepentingan Sapura Upstream Sdn Bhd namun nampaknya belum menyelesaikan kemelut Sapura.
Penjualan SapuraOMV bernilai RM5.7 bilion mungkin satu dari jawapannya.
[BACA – Sapura jual asetnya SapuraOMV RM5.7 bilion kurangkan hutangnya
Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam Sapura Energy iaitu hampir 35% pastinya akan campur tangan syarikat layak membida SapuraOMV.
Rakyat merupakan pemegang saham terbesar Sapura Energy apabila Amanah Saham Bumiputara memiliki 4,805,895,739 atau 30.08% kepentingan. Ini belum termasuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan, Amanah Saham Malaysia 3, Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik, Amanah Saham Nasional, dan Amanah Saham Bumiputera 2.
Sejak awal tahun 2019 sebanyak RM2.68 bilion dilaburkan PNB dalam Sapura Energy syarikat kedua di dalam sektor tenaga dimana PNB mempunyai pegangan besar melebihi 30 % selepas Velesto Energy.
Isunya siapa syarikat yang memenangi bidaan? Siapa pilihan kerajaan dan Sapura?
Apakah Mubadala Investment (Abu Dhabi), INPEX Corporation (Jepun), Medco Energi (Indonesia) atau OMV Austria sendiri meningkatkan pegangannya?
Peluang syarikat Abu Dhabi mungkin lebih terbuka. Hubungan syarikat Abu Dhabi dengan OMV Austria bukan baru. Januari 2019, OMV menandatangani perjanjian untuk memperoleh 15% kepentingan dalam Penapisan ADNOC (Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi) di Abu Dhabi.
Dua tahun selepas itu pada Disember 2022, syarikat milik kerajaan, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) mengumumkan telah memperoleh 24.9% pegangan dalam OMV daripada Mubadala Petroleum and Petrochemicals Holding Company.
Jika Mubadala Petroleum JV dengan OMV untuk memiliki SapuraOMV bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Sapura Energy wajar melepaskan segera SapuraOMV daripada bekerjasama dengan syarikat kesayangan Negara Austria pro Israel ini.
OMV AG merupakan syarikat industri terbesar di Austria dengan jualan kumpulan sebanyak 20 bilion euro (kira-kira RM96.2 bilion) dan tenaga kerja lebih daripada 20,000 orang.
Hubungan OMV AG dengan syarikat minyak dan gas pro Israel
Di kala rakyat Palestin dibunuh oleh Kerajaan Israel, 30 oktober lalu Israel telah menganugerahkan 12 lesen kepada enam syarikat untuk meneroka minyak dan gas di luar pesisir pantai Mediterranean. Enam syarikat itu ialah Eni (Itali) , BP (UK), Dana Petroleum (Korea Selatan- anak syarikat Korea National Oil Corporation (KNOC) ), Ratio Energies (Israel), Socar (Switzeland) and NewMed (Israel).
BP misalnya memang mempunyai kerjasama dengan OMV Austria.
Syarikat pengeluar minyak terbesar Israel NewMed sudah sekian lama bekerjasama dengan Syarikat minyak Abu Dhabi seperti Mubadala Petroleum.
Portal Globe dan Reuters melaporkan syarikat kerajaan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dari UAE dalam proses membeli 50% kepentingan NewMed Energy syarikat minyak terkemuka Israel itu.
Boikot negara, syarikat dan produk sokong Israel
Hari ini kesan kekejaman Israel seluruh dunia terutama negara-negara Islam terus memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.
Awal november lalu 120 negara bersuara demi kemanusiaan menyokong resolusi Gaza yang ditaja Jordan, bersama 46 negara lain termasuk Malaysia yang menyeru untuk gencatan senjata dengan segera dan berkekalan antara Israel dan Hamas di Gaza.
Resolusi diluluskan pada Sidang Khas Tergempar (ESS) Ke-10 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) itu juga merupakan langkah penting pertama diambil di PBB, membawa kembali sinar harapan serta kepercayaan dalam proses multilateral.
Resolusi berjudul ‘Perlindungan Warga Sivil dan Mematuhi Kewajipan Undang-undang dan Kemanusiaan’ telah diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 berkecuali pada ESS Ke-10 UNGA di New York pada Jumaat lalu.
14 Negara itu Austria teratas. Austria negara yang terang-terang menyokong Israel. Pemimpinnya siap bertemu Netanyahu untuk menghancurkan Palestin.
Saiz ekonomi Israel lebih besar daripada Malaysia, USD522.5 billion vs USD406.3 billion. Walaupun population Israel hanya 9.3 juta penduduk, berbanding Malaysia 32.7 juta penduduk. Ini bermaksud GDP per capita Israel, hampir 5 kali ganda daripada Malaysia.
Dua produk utama Israel yang sangat menyumbang besar kepada ekonomi Israel, adalah diamonds, dan semiconductor seperti Intel. Ini bermaksud jika boikot produk dibuat cara betul ia akan memberi kesan kepada Israel. Sektor tenaga, minyak dan gas juga sangat penting buat Israel. Syarikat minyak di negara kita mungkin boleh mengambil jalan menolak kerjasama dengan syarikat yang dimiliki oleh negara-negara PRO ISRAEL
ARTIKEL lain – Ekonomi Israel USD522.5 billion, berkesankan tindakan rakyat Malaysia memboikot McD?