Apa yang Radzi Jidin makin merepek menjelaskan isterinya bukan kerabat atau Tengku? Netizen atau Pelapor sebelum ini sudah menjelaskan isteri Radzi merupakan proksi kepada ‘Tengku’. Mesej yang tular jelas tidak mengatakan isterinya keturunan Tengku. Mengapa Radzi tidak tunggu saja panggilan SPRM selepas Mohd Fahim Setiausaha Politiknya di reman 4 hari? Lebih banyak bising lebih banyak yang keluar.
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, hari ini, secara terbuka ‘memperkenalkan’ isterinya selepas kedua-dua mereka dikaitkan dengan satu dakwaan tular berhubung kes rasuah bagi projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.
Radzi yang juga bekas menteri kanan kerajaan terdahulu berkata, isterinya, Balkis adalah anak kepada seorang ulama besar di Kedah dan bukan seorang kerabat diraja bergelar Tengku.
Katanya, tuduhan yang mendakwa dirinya terbabit dalam rasuah itu adalah fitnah yang amat besar dan akan mendapat balasan di akhirat kelak.
“Ada mesej viral di mana-mana yang mendakwa kita menerima RM80 juta daripada satu rundingan terus membabitkan penerbitan atau cetakan buku J-Qaf dan dikatakan proksi syarikat membabitkan isteri saya.
“Disebut isteri saya seorang kerabat diraja dan seorang Tengku, jadi saya mahu jelaskan di sini isteri saya bernama Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar.
“Kalau sahabat-sahabat di Kedah tentulah kenal (bapanya) salah seorang ulama besar negeri Kedah yang banyak menerbitkan buku-buku dan banyak bersiar di radio waktu itu,” katanya di laman Facebooknya, di sini, hari ini.
Dalam video itu, Radzi dilihat bersama isterinya namun wanita itu hanya mendiamkan diri.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, dakwaan yang mengatakan isterinya ialah kerabat diraja adalah satu fitnah yang begitu jahat.
“Pada yang membuat fitnah, anda mungkin gembira tetapi jawablah di akhirat. Ini satu perbuatan yang cukup jahat. Bila saya lihat isteri saya seorang tengku, kerabat diraja. Saya tahu ia adalah fitnah jahat
Radzi berkata, tuduhan itu bertujuan untuk membunuh karakternya.
“Apa yang dilakukan itu sebenarnya untuk membunuh karakter saya dan saya mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga yang dizalimi dalam keadaan sedemikian rupa,” katanya.
ISTERI RADZI JIDIN TENGKU?
Sejak bila netizen atau pelapor menyebut isteri Dr Radzi Jidin adalah Kerabat Raja bergelar Tengku?
Mesej tular ialah isterinya PROKSI kepada Kerabat bergelar Tengku BUKAN isterinya Tengku..
Apa sebenarnya drama Radzi mengheret isterinya ke depan? meminta simpati?
Maka lebih baik biarkan SPRM menyiasat lebih terperinci daripada Radzi Jidin ‘meroyan’ membersihkan dirinya. Tunggu saja SPRM memanggilnya beri keterangan.
Radzi Jidin tak perlu menggugut netizen ‘tunggu di akhirat’ kerana di lokap reman perlu jawab dulu soalan-soalan SPRM.
Biarlah SPRM siasat Mohd Fahim bekas Setiausaha Politiknya di dalam lokap tu sebut apa sebenarnya projek RM80 juta ni atau projek selenggara sekolah monopoli ‘Dato Chia’ tu.
Lebih bagus jika Mohd Fahim nak selamat mengaku saja menjadi saksi kes utama kemudian mengaku rasuah Radzi Jidin. Fahim mempunyai pilihan. Berdiam diiri, menjadi ‘kambing hitam’ dan menanggung kesalahan rasuah menyelamatkan Radzi Jidin atau jadi saksi heret Radzi Jidin.
Lagi Radzi sombong, angkuh dan membuka mulut lebih banyak lagi akan keluar. Bekas Menteri di Malaysia jangan berlagak suci. SPRM dah lama simpan fail pemimpin yang berlagak suci. Tinggal buka dan tangkap sahaja.