Seperti dijangka lalang-lalang pemimpin UMNO yang menyokong Muhyiddin dan Perikatan Nasional pasti akan menunjukkan belangnya dalam Pilihanraya DUN di enam negeri.
Terbaru budak Hishammudin Tun Hussien bekas pegawai dan orang kanannya Dato’ Harrison Hassan berjaya membeli kerusi daripada Peja dan menjadi calon DUN Jeram. Harrison yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sungai Buloh terlucut sebagai ahli UMNO selepas diumumkan sebagai calon di Dun itu.
Siapa tidak kenal Harrison kaya-raya di zaman Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO. Harrison pernah menjadi Pegawai Khas Menteri KDN 2009-2013 dan Setiausaha Sulit Menteri Pertahanan dari tahun 2013-2014.
Selepas tahun 2014 beliau menggunakan syarikatnya Halaman Optima Sdn Bhd untuk mendapat Projek MINDEF bagi membekal helikopter tempur ringan MD530G buatan gergasi aeroangkasa AS McDonnell Douglas, MD Helicopters Inc, ditempah Kementerian Pertahanan pada 2016 bernilai RM321 juta.
Tempahan itu menjadi tumpuan kontroversi apabila ia tidak dihantar mengikut jadual pada 2017 dan 2018. Tarikh akhir selepas itu ialah hujung 2020 yang juga gagal ditepati, dilaporkan akibat isu teknikal.
Helikopter kononnya akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pangkalan udara tentera di Kluang, Johor.
PEMBEKAL HELIKOPTER TEMPUR RINGAN MD530G DISIASAT SPRM
Calon PN DUN Jeram, Harrison Hassan adalah calon yang sedang dan masih disiasat SPRM berhubung kes rasuah membekal helikopter tempur ringan MD530G.
Tentu rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sekitar Jun 2019 dipanggil SPRM selama 8 jam berhubung siasatan projek Mindef Land Swap dan projek Helikopter MD530G yang gagal disiapkan dari tarikh yang ditetapkan Kerajaan. Harrison dan seorang pengarah direman namun media tidak menyiarkan berita ini.
Kementerian Pertahanan pada 13 Jun 2019 membuat laporan kepada SPRM berhubung status projek ini.
Ia susulan pendedahan Datuk Seri Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang pada tahun 2019 sebagai Menteri Pertahanan bahawa MD Helicopters dari Amerika Syarikat itu belum dihantar selepas beberapa kali gagal menyiapkannya.
Menurut Mat Sabu ketika itu sepatutnya pesawat berkenaan diterima kementeriannya pada November 2017 namun katanya hingga kini kementerian belum menerimanya walaupun sebuah walaupun pembayaran sudah dibuat sebanyak RM112 juta.
“Pembayaran sebanyak 35 peratus dibuat dan bayaran selebihnya akan dilakukan sebaik penghantaran helikopter berkenaan.
“Buat masa ini, kita sedang melakukan penyelesaian dengan Kementerian Kewangan dan Peguam Negara.
MASALAH HARRISON HASSAN & HALAMAN OPTIMA SDN BHD
Selepas Harrison dan syarikatnya gagal menyelesaikan bekalan Helikopter tempur ringan MD530G pada tahun 2017 kerana masalah kewangan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien mengarahkan Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman (Proksi) Pengarah Urusan Destini Berhad membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta.
Destini Berhad mengumumkannya di Bursa Malaysia pada 16 Februari 2017 membolehkan pengambilalihan Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) itu bagi membekalkan membekalkan enam helikopter peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.
Pengambilalihan kepentingan sebanyak 70 peratus dalam HOSB dibuat melalui anak syarikat Destini, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB).
Pengumuman dan syarat pembeliah Halaman Optima boleh dibaca penuh di sini (PDF);
Jika tidak kerana Destini Berhad, Syarikat Harrison Halaman Optima Sdn Bhd itu sudah lama tersungkur gagal menyiapkan bekalan Helikopter itu.
Menurut sumber ketika siasatan dan reman Harrison oleh SPRM, tidak sampai 2 jam Harrison membuat pengakuan beliau membayar rasuah RM5 juta kepada Datuk Seri Hishammudin sebagai komisen kepada projek itu. Bagaimanapun projek itu tak siap dan berbaki RM150 juta Datuk Seri Hishammudin mengarahkan Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Destini Berhad menyelesaikan pembekalan itu.
Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Destini Berhad berjaya menyelesaikannya.
Namun sehingga sekarang tidak diketahui status kes rasuah Halaman Optima dan Harrison Hassan ini sama ada kekal berjalan atau sudah ditutup. Fail video keterangan pengakuan itu masih tersimpan dengan SPRM jika dibuka semula.
Pada Februari 2023 Datuk Rozabil Abdul Rahman mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi Eksekutif yang telah berkhidmat selama 12 tahun bersama kumpulan itu, dengan alasan “untuk mengejar kepentingan peribadinya”. Beliau juga sekarang adalah Ketua Bahagian UMNO Arau selepas tewas dalam PRU15 lalu menentang bekas bosnya Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau turut melepaskan pegangan sahamnya dalam Destini Berhad dan digantikan dengan budaknya Abdul Rahman Rejab. Rozabil sebelum ini memegang pegangan langsung sebanyak 6.229% dan pegangan tidak langsung sebanyak 9.527% dalam Destini.
Sekalipun Datuk Rozabil bersara dari Destini Berhad dan Harrison telah melompat kepada Bersatu Perikatan Nasional namun Harrison masih kekal sebagai Pengarah Halaman Optima Sdn Bhd.
Pendek kata Harrison ‘masih kenyang di Destini’ dan bergaji di Destini Berhad melalui anak syarikatnya.
ENAM HELIKOPTER MD530G SAMPAI FEBRUARI 2022
Sekalipun tahun 2022 Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang-undang Amerika Syarikat namun pembekal itu berjaya menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.
Kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lalu.
Syarikat Destini Bhd telah menyelesaikan penghantaran enam buah helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G kepada tentera darat Malaysia selepas proses ‘Final Acceptance Test’ (FAT) terhadap helikopter itu yang dibangunkan oleh syarikat MD Helicopters Inc daripada Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, selepas selesainya FAT maka keenam-enam buah helikopter itu telah ditakrifkan sebagai ‘layak terbang’ (airworthy).
Destini Berhad telah menyelamatkan Harrison Hassan ketika itu yang gagal namun siasatan pemberian rasuah Harrison Hassan RM5 juta kepada Datuk Seri Hishammudin hasil penjualan Halaman Optima kepada Destini Berhad tidak wajar dihentikan.
SPRM digesa mengumumkan siasatan kes itu agar rakyat sedar pemimpin rasuah jadi tidak dipilih sebagai wakil rakyat. Bayangkan dapat kerusi DUN bayar rasuah dan dah jadi ADUN mesti lebih banyak projek kerajaan disakau.
Lagipun Harrison Hassan orang luar bukan orang Jeram… beliau tak mungkin menyelesaikan masalah di DUN Jeram hanya kerana membeli kerusi itu daripada Peja Timbalan Presiden Bersatu.
2 thoughts on “Skandal rasuah Harrison punca Helikopter MD530G bernilai RM 321 juta hampir gagal dibekalkan”